Monday, December 01, 2008

Nora oh Nora

Hari Sabtu tu, mula-mula plan with Yus nak settle wedding card dia tapi tak jadi. Plan nak ke IKEA with En. Nasrol pun tak jadi. So plan C ialah mencari cabinet TV yang telah diidamkan sejak sekian lama. Since ramai yang telah mengesyorkan cari kat area Bangi/Kajang sebab banyak pilihan and price pun ok so I pun ajaklah Nora tolong temankan. Pertama sebab dia kan tinggal kat Bangi so sure expert ngan area tu kan. Kedua sebab, I memang suka je ajak si Nora ni pegi beli furniture. Last time masa beli wardrobe kat IKEA pun dengan Nora jugak.

Mula-mula janji kul 12 sebab mak dia suh tunggu orang hantar gas kul 11. Pastu delay setengah jam lagi sebab mak dia suh jual paper plak. Tunggu punya tunggu sekali dalam kul 1 camtu mamat tu cakap dia tengah pusing satu Kajang cari pusat recycle. Sabar jelah mendengarnya.

Nasib baik last week Edwin ada bagitau pasal pusat recycle yang baru buka kat P9 so I suh dia datang Putrajaya jelah. Boleh tak si Nora ni, dia pegi buang buku-buku yang penting untuk PTK. Ada buku Dasar-dasar Awam Malaysia, Pentadbiran Kerajaan Malaysia dan banyak lagilah. Paling tak tahan, dia pegi buang buku Pelan Integriti Nasional sekali. Padahal on Thursday tu I baru je bought the same book. Hish tak sayang buku betul dia ni. Sume tu buku mak dia and dia tak nak so buang ajelah.

Settle jual buku, terus ke Kajang. Yang lawak tu, kebanyakkan shop yang kitorang pegi ingat kitorang ni couple la apa la. Our reaction;

Me: Eh kitorang duk rumah lain-lain lah.

Nora: Saya ni driver dia aje.

Siap terserempak dengan cikgu si Nora ni sekali. Tau cikgu dia cakap apa?

Haaa dah besar dah pun ni. Dah nak kawin dah pun. Nanti kawin jemput la cikgu.

Whatever lah cikgu… Actually budget nak beli cabinet dalam RM400 je sekali terbeli yang RM600 punya. Takpelah janji puas hati kan. Hai manalah nak cekau duit nak bayar bulan depan ni. Bonus sudah tentu kena potong sebab sekarang ni jumlah tertunggak elaun rumah je dah RM2400. Melayang duit bonus begitu sahaja. Sob…sob….

After lunch I asked Nora to go to the nearest surau for my Zohor prayer. Tapi dia dengan selambanya kata;

Alah tumpang semayang kat umah aku jelah.

Gulp! Pegi umah Nora? Alamak takut la plak. Takut ngan mak dia actually. Yelah mak dia ni macam strict jugaklah kan. Kang dia kata ni pompuan mana lah ni tak malu ikut anak aku balik umah ni. Ha mana nak lari masa tu? I ni memang la suka pikir yang bukan-bukan tapi kira berasas la ok. Si Nora ni mommy’s boy so mak dia sure tak nak dia kawan ngan ntah sape ntah kan. Errr… I ni ntah sape-sape ke?

So while he went inside bagitau mak dia, I waited outside anxiously. Siap tunggu kat pagar ok sebab takut. Sekali terdengar… ‘Hoi masuklah!’. Cess Nora. Kalo ye pun panggil le sopan-sopan sket. Masa masuk tu, dalam hati ni macam-macam rasa. Hahaha… macam nak jumpa mak mentua plak. Padahal nak tumpang solat aje. Mak dia tengah masak masa tu. Dia suh I naik, solat kat atas.

Gulp. Masa naik atas tu, hai risau gak lah. Rasa macam diperhati aje. Tapi tu perasaan aje ok sebab mak dia kan sibuk masak. Nak cari telekung satu hal, nak amik wudhu pun satu hal. Si Nora ni bleh suh masuk je bilik mak dia. Wei segan lah kan. Last-last guna toilet Nora. Hmmm bersih. Hehehe….

Lepas solat tu, tak tentu arah I kejap ok. Si Nora ni mandi kot. So I pun turun bawah. Duduk salah, berdiri pun salah. Takkan nak duduk je nanti mak dia kata apa plak kan. So borak-borak la kat dapur tu. Sekali mak dia suh duduk je kat depan tu hah. Hadoi la… mana la si Nora ni hah. Yang I ni pun satu. Dok risau sangat ngan apa yang mak dia ni pikir ni kenapa. Bukannya nak jadi menantu dia ke apa kan. Pelik betul la…

Ingatkan bila Nora dah turun boleh la balik kan. Sekali mak dia dah goreng cempedak la plak. So kena la minum petang dulu. Oh ye… I and Nora di bila bercakap ‘aku engkau’ je. So bila depan mak dia tu kenalah control sket supaya tak terkeluar ‘aku engkau’ tu. Bukan ape, my mom tak suka when I used ‘aku engkau’ with my friend so manalah tau mak dia pun sama macam my mom.

Tapi yang lebih teruk ialah I panggil Nora ni Nora. So takkan nak panggil dia Nora depan mak dia kan. Kang meroyan plak mak dia sebab I panggil anak bujang dia dengan nama pompuan. Ops for those yang tak tau, nama penuh Nora ni Norazhar. Instead of Azhar, I panggil dia Nora. Mula-mula saje la macam main-main, sekali terlekat, susah nak tukar. Ada gak yang panggil Haha. Tapi I tak boleh la… Nora jugak yang I panggil. Well exclusive lah sket kan.

Masa borak sambil minum petang tu, I dah tak panic dak. Dah ok dah. And turn out mak dia pun okey aje. Fuh lega. Ntah macam mana boleh terkeluar cerita pasal seafood kat Kuantan. Mak si Nora ni suka makan seafood. Yang tak tahan tu, boleh mak dia cakap;

Nanti nak balik Kuantan, bagilah tau. Azhar ni nak ikut.

I was like ‘hah?’. Iyelah mak cik. Si Nora plak;

Eh mama ni… dia yang nak kita plak yang kena.

Tak kisah la tu. Nanti I balik I belikan lah seafood tu. Tapi sekarang ni musim tengkujuh so susah sket la. I was actually very full ok tapi kena gak makan. So dengan penuh susah-payahnya, I makan la jugak 2 ulas cempedak goreng tu. Pastu balik. Ok dah abis cerita.

Eh sebelum tu…. untuk yang tak kenal lagi tu, ni lah Nora.

No comments: