Monday, May 28, 2012

Black Monday

Wah black la sangat kan. I rasa instead of black, I should change it to red la. Sebab hari ni I lewat masuk ofis by 5 minutes. Kira kalau guna punch card, keluar ink merah la kan. Pakai sistem pun keluar jugak la that red word of "LEWAT". Padahal I dah keluar awal ok. 

The thing was, kereta I kan still kat worksyop. Thalha pulak dah balik Kuantan. So kena la pegi kerja sendiri. Last night I tanya one of the staff yang stay at the same apartment on how to go to office by bus. Kalau ofis lama I dah terer la tapi kat ofis baru ni tak pernah naik bas lagi. She said ada bas at 7.30am but kena keluar by 7.15am sebab bas tu tak tentu timing dia kadang-kadang. Tapi perut ni pulak meragam pagi tadi so by 7.20am barulah keluar rumah. Tunggu punya tunggu dah almost 7.45am tapi bas yang ditunggu tak kunjung tiba. Bas lain ada la.

I dah a bit cuak la jugak sebab mesti lambat nanti ni. A few minutes before 8am, bas yang ditunggu-tunggu pun sampai tapi hampagas betul sebab bas tu dok kat right lane and bukan main la lajunya. So confirm la tak berhenti kan. I dah pasrah dah. Confirm lewat la ni. Tak kisah la bas no berapa pun lepas ni I naik je lah. Right at 8am datang la bas lain and I naik je lah.

Bas tu patutnya lalu kat another laluan and I'm supposed to turun kat a next bus stop and naik bas lain. Alas the road was closed due to khemah yang sedang didismantlekan. So driver to reverse and lalu ikut jalan yang lain which is agak dekat la dengan my ofis. I told the driver yang I sebenarnya nak ke bangunan sana (pointing to my ofis) so kat mana nak turun ye. The driver turunkan I kat satu simpang tu. From there I kena la menapak ke ofis. Agak jauh la jugak tapi belasah je lah. Dah la sengal-sengal kaki kesan berlari hari Sabtu tu tak hilang lagi. Tambah dengan stomach cramp lagi. Aduhai dugaan sungguh.

Naik bas by 8am. Kena jalan jauh plak tu so I budget memang lambat gila la I sampaikan. Sekali masa tap the card tengok 8.05am. Alhamdulillah tak la lewat sangat. Ingatkan dah 8.20 ke apa. Rupa-rupanya my watch tu early by 5 minutes. Tapi still lewat la jugak kannnn. Hampeh betul. This would be my 2nd or 3rd time kot datang lewat sepanjang more than 5 years in service ni. Ye baru kali ke 2 atau 3 tapi still tak best la kan. Lewatttttt....

Esok macam mana la nak pegi kerja. Hopefully tak la lewat lagi macam hari ni. Dah la mesyuarat tadi ada bincang pasal time attendance semua ni. Tak nak la menjadi orang yang lewat sampai kena tukar jadi hijau or merah kan. Takotttt...... Kena keluar lebih awal la kot. Hmmmmmm..... 

Thursday, May 24, 2012

Afternoon ramblings

Ok jawapan untuk telur gula hangit tu ialah CARAMEL. Boleh? Ye-ye la I ingatkan basi ke apa rupanya nak kata susu tu sedap. Sudahnya banyak kali la dia mintak nak minum lagi susu tu. By the way, it's a Dutch Lady Low Fat Milk. Ye ke rasa macam caramel? 

As for box tu, selalu sangat dengar pakcik-pakcik dia sebut boxer when looking for their underwear (which is a boxer la kan) so tu yang dia ingat box tu spender tu. Tool box = peralatan spender. Hahaha.......

On a different note, tomorrow will be Thalha's aka The Grand Chef last day of practical training at LHDN Cyberjaya. He plans to go back to Kuantan on weekend. Later balik ke UUM kejap untuk settle the paperwork before graduating probably in October. Terasa macam sedih pulak. Walaupun selalu je marah-marah dia (sebab dia pemalas tapi bab masak dia memang rajin) tapi bila nak balik for good, macam terasa kehilangan la pulak kan. 

For the past few months, dengan Thalha la I selalu keluar. Pegi wedding, pegi pasar, pegi beli groceries, pegi shopping kasut, baju etc. In fact ramai je kot yang selalu terserempak dengan kitorang. Sebelum mereka berprasangka yang Thalha ni boyfriend I, baiklah awal-awal lagi terus bagitau yang dia ni adik I kan. Yelah walaupun beza 10 tahun tapi kalau tengok memang nampak macam sebaya je kot. Eh nak kata diri sendiri tu awet muda la tu. Hehehe...... 

Kalau lapar and malas masak, boleh la suruh Thalha masakkan. Walaupun I ada la jugak masak sekali-sekala tapi dia masak sedap and macam-macam. Kalau I masak asyik-asyik lauk yang sama je. Nak buat camne, itu je pun yang reti. Dah la rasa ntah pape. Nasib le kan. Bukan takat masak je yang boleh disuruh. Kadang-kadang I suruh tolong isi minyak kereta la, pegi beli barang kat kedai la. Suruh mengemas je tak pernah. Dengan Mamat I jarang keluar berdua. Lagipun dia kan sibuk nak bersukan. Manalah suka nak keluar dengan kakak dia ni. Ntah-ntah takut saham jatuh le tu. 

Hai sedih pulak Thalha nak balik dah. Nak suh tinggal sini pun rasa macam selfish pulak. Better la dia stay kat Kuantan aje. Boleh jugak tolong Mak Abah apa yang patut. Awek dia pun kat sana. Kalau ada rezeki kerja kat sini, I suka je kalau dia tinggal sini. Tapi sementara nak dapat keje tu, better la dok teman Mak Abah. Esok dah kerja, dok pulak jauh macam I ni hah, barulah terasa rindu nak balik la apa la kan. So sementara ada peluang dok sama ni, silalah gunakan peluang itu sebaiknya. Tak gitu?  

Thalha pernah tanya, masa dia tak de, selalunya I buat apa. My answer ialah dok rumah mengemas (tapi tak kemas-kemas jugak rumah tu punnnn), buat projek baking ke apa, keluar dengan kawan makan-makan, join event berlari (last year banyak la tapi this year tak start pun lagi) or keluar shopping. Kadang-kadang sorang kadang-kadang berdua. Jarang kelaur ramai-ramai ni. Tak pun balik Kuantan. Dia cakap bosannya. Bosan ke? Tak la rasa bosan sangat cuma kadang-kadang tu terasa jugak nak buat aktiviti lain cuma malas or tak de geng aje. Boleh? 

Lepas ni berdua dengan Mamat je lah. Tapi tu lebih kurang macam duduk sorang je sebab atlit tak jadi tu kan sibuk bersukan.... Sigh.....

Tuesday, May 22, 2012

Macam-macam Cik Ngah

Adah modelling for Cik Ma

"Cik Ngah, susu yang Cik Ngah beli tu rasa macam telur gula hangit la"

Hah sape boleh teka apakah rasa yang dimaksudkan itu?

Meera enjoying a wedding cake
We were at IKEA. I was looking for a tool box for Ayum. I was mumbling about the said tool box.

"Box tu spender kan Cik Ngah"

Dik Manan yang makin aktif and Angah yang dah macam tomboy
"Cik Ngah, gigi Cik Ngah tu gigi betul ke gigi palsu?


Now we wait until Dik Manan can talk pulak eh. 


 

Monday, May 21, 2012

Dugaan sungguh

I didn't join the aerobic session last Friday and also my supposed to be first running event this year yesterday sebab balik Kuantan. Abah warded again. Alhamdulillah dah discharged pun. Ada calluses which is slightly watery at his soles. Actually when he came here last week pun dah ada the calluses but he wanted to wait for his appointment first. Sugar level pun tinggi. So kena la warded untuk pemerhatian. 

Nak dijadikan cerita, my car buat hal la pulak last Friday. Actually problem tu dah lama and dah banyak kali hantar worksyop tapi tak penah settle. Problemnya ialah bila kita start enjin pagi or bila enjin dah sejuk, kereta tu akan batuk-batuk and bila kita tekan minyak pun dia takkan gerak. Kena off enjin and on balik baru ok. Banyak kali terkena tetibe kereta tu berhenti tengha jalan ok. sabar je lah.

Tapi last Fridat was the worst la. Dar parking nak keluar aje dah berapa kali berhenti. Nak balik ke rumah yang cuma 4km away tu aje pun Masya Allah puas berdoa ok. Asyik berhenti aje. Tekan minyak kuat mana pun tak mo jalan. Nak-nak bila lalu kat traffic light. Puas la I berdoa supaya jangan la kereta tu terstop kat tengah jalan. Bila sampai tu lega sangat. Alangkan 4km tu pun bercinta nak sampai, inikan pulak nak menyampai ke Kuantan kan so terpaksa cari alternatif lain. 

Siti baru je sampai rumah tapi I mintak tolong dia pegi cari tiket bas kat Sentral. Askar kan tough so takat ulang alik camtu tak de halnya. Kan Siti kannnn.... Unfortunately no ticket available kat Sentral. Sold out. Baik from Putrajaya or from KL. Ish peliknya. Ada apa-apa event ke sampai sold out ni. Rasanya ticket to Kuantan selalu available aje. Hilang arah sekejap sebab by hook or by crook nak balik Kuantan jugak. Finally Bang Long kata biar dia try cari kat Puduraya. Alhamdulillah ada. Pukul 10.30pm. 

So from Putrajaya kami 3 beradik (Siti, Thalha and me) naik le public transport ke Puduraya. From rumah naik bas ke Sentral. Then naik ERL sampai ke Bandar Tasik Selatan and from there naik LRT sampai ke Plaza Rakyat. Dari Puduraya naik bas ekspress ke Kuantan and sampai Kuantan naik kereta Hayat pulak balik rumah. Hah amik nak bertukar-tukar kenderaan ok. Pukul 2.30am baru sampai. Letihnya laaa. Syukurlah seat selesa and I siap bawak selimut bagai. Hahaha over je. Tapi memang patut pun. Naik bas malam sejuk wooo.

Although Abah dah discharged tapi risau jugak ni sebab the calluses is still there. Doktor kata kena biarkan baik sendiri. Mudah-mudahan cepatlah baiknya. Rasanya calluses tu jadi sebab Abah pakai safety shoes ke construction site. People with diabetic ni kena cari kasut bersesuaian la kan. Keras tak boleh. Open toes macam selipar jepun tu pun memang no-no sebab senang nak terluka. Tapi Abah pakai jugak. Haish...... Nak cari kasut Crocs la kat Abah. Tak pun Scholl. Lembut dan selesa sikit. 

Semalam balik sini naik kereta Abah. This week jadi mem la pegi keje sebab ada orang drive pegi keje. Maklum le kereta tu manual. I mana reti drive kereta manual. Hehehe.... Tapiiii..... mem mem pun, mem nak jatuh bankrupt la kot. Kereta kecik tapi kuat makan duit tu sakit. Berapa la kos kesakitan kali ni...... 

Banyak betul dugaan eh....

Friday, May 18, 2012

Kebocoran lagi

Help! Help! Ada kebocoran paip kat sini. Melimpah ruah tanpa dapat dibendung. Paip start pecah dari pagi tadi lagi. Sebelum ni dah ala-ala nak bocor dah tapi boleh control tapi pagi ni terus bocor. Dah nak dekat sekotak tisu dah ni. Hehehe..... Paip dalam hidung daaaa.....

Adoi ini bisa bikin hidung mancung guwe melecet ni. Paling tak best, hilang deria rasa. Semalam berbuka makan mi cendawan. Thalha yang masak. Tak tau la apa rasanya. Yang pasti ada sesuatu masuk dalam mulut and terasa kenyal-kenyal cendawan aje. Tak dapek nak menikmati rasa mi tu. Entah sedap entah tidak wallahualam. 

Hari ni kalau ikut plan ada lunch date dengan kawan-kawan. Nak makan TGIF kat Alamanda. Tak pernah lagi makan kat sana. Tengok menu online macam tempting aje. Siap terliur-liur semalam masa baca emel kawan-kawan semalam. Tak padan dengan puasa. Hahaha..... Tapi dengan kondisi guwe ni, pasti tak tau apa rasa makanan tu semua kan. Alahai..... 

Hari ni penuh le tong sampah tu dengan tisu. Kalau tak buat penat aje cleaner datang sampai 2-3 kali sehari sebab kosong aje tongnya. Hari ni datang 10 kali pun confirm ada isi akak cleaner ye. Jangan terbejangkit dekat akak sudah la. 

Ok back to work...... 

Wednesday, May 16, 2012

From couch to 5k running plan

Last year (or was it year before) I found a good articles on running. Siap print lagi. Konon-konon nak practice la tapi tak de maknanya. Before I lost my mojo in running sebab tengok kawan-kawan semua makin hebat, better la amalkan this workout kan. Mana tau instead of my normal 1 hour for 5km, boleh up sket jadi half an hour je. Macam senang tapi ada sikit leceh sebab nak kena tengok timing. Dah la I ni tak reti nak budget jarak. Tapi kalau tak amalkan pun tak salah kalau share kat sini kan. Manalah tau ada kawan-kawan lain nak took up running ke. Boleh la try this simple workout. 

Kalau ikut jarak sebenar dia guna yard and miles tapi I dah convertkan to meter and km. Kalau ikut exact conversion jaraknya lain so I bundarkan kepada yang terhampir so senang nak budget. I took the articles here

Week
Workout 1
Workout 2
Workout 3
1
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 60 sec & walk 90 sec alternately for 20 min
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 60 sec & walk 90 sec alternately for 20 min
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 60 sec & walk 90 sec alternately for 20 min
2
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 90 sec & walk 2 min alternately for 20 min
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 90 sec & walk 2 min alternately for 20 min
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 90 sec & walk 2 min alternately for 20 min
3
Warm up – brisk walk 5 min
Do 2 repetition of:
·       Jog 200m (90 sec)
·       Walk 200m (90 sec)
·       Jog 400m (3 min)
·       Walk 400m (3 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Do 2 repetition of:
·       Jog 200m (90 sec)
·       Walk 200m (90 sec)
·       Jog 400m (3 min)
·       Walk 400m (3 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Do 2 repetition of:
·       Jog 200m (90 sec)
·       Walk 200m (90 sec)
·       Jog 400m (3 min)
·       Walk 400m (3 min)
4
Warm up – brisk walk 5 min
Then:
·       Jog 400m (3 min)
·       Walk 200m (90 sec)
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 400m (3 min)
·       Walk 200m (90 sec)
·       Jog 800m (5 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Then:
·       Jog 400m (3 min)
·       Walk 200m (90 sec)
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 400m (3 min)
·       Walk 200m (90 sec)
·       Jog 800m (5 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Then:
·       Jog 400m (3 min)
·       Walk 200m (90 sec)
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 400m (3 min)
·       Walk 200m (90 sec)
·       Jog 800m (5 min)
5
Warm up – brisk walk 5 min
Then:
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 800m (5 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Then:
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 800m (5 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Then:
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 800m (5 min)
6
Warm up – brisk walk 5 min
Then:
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 1.2km (8 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 800m (5 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Then:
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 1.2km (8 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 800m (5 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Then:
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 1.2km (8 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 800m (5 min)
7
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 2.5km (25min)
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 2.5km (25min
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 2.5km (25min
8
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 4.5km (28 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 4.5km (28 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 4.5km (28 min)
9
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 5km (30 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 5km (30 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 5km (30 min)

By the way, I survived the 1 hour aerobic session yesterday despite puasa and slightly feverish. So next time tak perlulah I korbankan puasa I kalau nak beraerobickan. Cumanya kurang sikit berpeluh sebab buat dalam hall yang ada full blast aircond. Kalau kat luar mesti panas so lagi banyak peluh kan. Hari ni makin teruk pulak demam ni. Hopefully esok dah ok lah sebab Friday ada another session of aerobic and on weekend ada running event. My first for this year. Mesti teruk gila performance kan. Hehehe.....

Tuesday, May 15, 2012

Under the weather

Rasa nak demam la. Tekak sakit betul sampai tak lena tidur. Hidung pun mula nak berair. This year kerap betul demam, selesema dan sakit tekak. Selalunya dalam beberapa tahun baru sekali kena. Since I puasa so tak boleh la nak minum air banyak-banyak. Tapi petang ni nak join senamrobik. Hehehe.... Ada hati tu. Saje la nak test power. Hopefully larat la ye.

Agaknya penangan hujung minggu yang super sibuk la ni kot. Tak sempat nak berehat. Hari-hari tidur lewat. Siang pulak ke sana ke mari. Yang tu nanti la cerita sebab tak sempat nk upload gambar. Keje pun agak banyak this week. Masuk je keje semalam dah banyak benda urgent nak kena buat. Dah la ada pending satu minit. Hoih bercinta betul bila bab-bab kena tulis minit ni tau.   

Sejak puasa last week, hari-hari ada masalah. Masalah tak tau nak makan apa untuk berbuka. Sampai ada satu hari tu just makan cereal semangkuk. Pastu pow maggi Mamat sket. Gila kentang ah makan macam tu aje. Tapi kurusnya idok juga. Hehehe..... Sahur hari-hari makan a cup of Nestum (bancuh guna 2 packs 3in1 punya) and a cup of Hi Goat milk. Air masak pun minum sikit aje. Last time I paksa diri minum sebotol air kosong (ada la dalam 4++ml kot) tapi sekarang macam tak lalu pulak. Minum secawan aje. 

Sahur ok je macam tu tapi berbuka je ada masalah sebab selalu tak tau nak makan apa dan tak lalu sangat nak makan. Semalam makan nasi and udang goreng tapi macam tak fulfilling. Ni hari ni tak tau nak makan apa pulak. Dengan tekak sakitnya. Kalau makan Burger King aci tak? Hehehe....

Hoih stressnya nak fikir pasal nak makan apa ni.......

Thursday, May 10, 2012

Weighty issue

Baca her entry terus inspired to write one too. Title pun sama. Hehehe.... Sori Dids. 

So.... (Ini pun nak sama. Ini sudah lebih. Hehehe....) Until my late twenties, my weight adalah 40-42kg. Paling berat pun 43kg. But how come I was not as small as Dids eh? Towards the end, I've gained few kilos so jadi la dalam 45kg. I blamed it on makan lewat malam yang super heavy with Abah. Balik keje, makan, mandi and terus tido. Mana la tak gemuk kan. Duduk pulak ngan parents so jumlah langkah sehari adalah sikit aje. Dok KL kan kena jalan kaki turun naik bas LRT bagai tu kan. So agaknya tu yang boleh maintain slim tu kot. 

Masuk je government service terus shoot up to 58kg. That was within a year ok. Gila ah. Tak sanggup nak tengok gambar-gambar masa I went to DPA. Orang lain jadi selim melim tapi I jadi ikan dugong kat sana. Manalah taknya. Selalu makan paling banyak pun 2 kali sehari. Sekarang ni ada masa-masanya sampai 6 kali sehari ok. Normal 3-4 kali la. Kejutan budaya la kot badan ni. Makan pulak tak ingat-ingat. Lemak tepu memanjang.

Sekarang ni masalah berat badan adalah amat meresahkan. Pergh ayat tak boleh blah. It's kind like yo-yo. Kejap turun kejap naik. Tapi turunnya sikit. Naiknya Masya Allah..... Starting 2 years ago I managed to loose some weight. Turun sampai 47-49 ok. Last year almost everyone I met  commented on how slim I was. Terus semangat buat kurung moden (although not as fitting as her la). Walaupun due to certain health issue my tummy is always bloated but part lain-lain tu telah berjaya ditoned kan. I was active running (yang perlahan mengalahkan orang berjalan itu but still berpeluh-peluh so lantak la kan) and jarang makan malam sangat so both banyak membantu la kan. I jugak rajin puasa. Selalu puasa hari Isnin hingga Khamis. Hingga ye bukan dan. 

Tapi tahun ni sejak sakit teruk hari tu I tak pernah join any event larian lagi dah. Ni dah masuk bulan 5 and baru sekali je I berlari. Itupun mengelat banyak sebab teman Thalha je pun masa tu. Tinggal pulak dengan chef kan so dalam masa 4 bulan, berat telah naik kepada 55kg. Semua baju kurung moden telah ketat. Ok bukan takat baju kurung moden aje. Baju kurung biasa, jeans, pants and blouse. Semua adalah ketat. Stress ok. Takkan la asyik nak beli baju baru aje. 

Masalahnya mulut ni yang cakap dah gemuk la apa la tapi mulut ni jugak la yang laju je mengunyah bila nampak makanan. Pastu suka bermalas-malasan. Dah jadi couch potato. Suka lepak kat sofa tengok TV. I hardly do any keje rumah yang berat-berat lagi dah like mopping and sweeping the floor. I used a mop yang tak perlu gigih memerah. Menyapu pun dah pakai penyapu mahal yang tak perlu berpeluh-peluh bila menyapu. Yelah kalau pakai penyapu jerami biasa tu agak berpeluh la jugak nak kena swing-swing tangan kan. Dasar pemalas kan. Nak senang aje kejenya. 

Puasa pun dah jarang. Januari hingga Mac langsung tak puasa. April sehari je. So this month I start balik and Alhamdulillah hari ni dah masuk hari keempat. Makan malam pun I dah reduce kan. Jarang la makan kecuali lapar sangat. Lunch I nak kena belajar makan secara moderately. Since I've skip dinner most of the time so lunch adalah time to wallop everything. Which is definitely a wrong way to loose weight. I don't have problem with breakfast sebab hari-hari memang I akan amik breakfast before pegi keje. My breakfast mainly consisted of either cereals (I used to love low fat milk but nowadays I opt for full cream), 2 piece of toast or a cup of nestum and a cup of Hi Goat milk. I don't fancy heavy breakfast macam nasi lemak mee goreng bagai tu. Sekali sekala boleh la kot. 

Dulu I managed to loose weight sebab I banned air berperisa. Minum plain water je everyday. Sekarang main belasah semua. Sampai ada kad Starbucks la. Over kan. So lepas ni kena banned balik air berperisa ni. Maybe once a month boleh la kot nak minum Starbucks ke apa. Bukan apa, bila makan kan dah banyak lemak dan sebagainya. Top up pulak dengan air berperisa yang kaya dengan gula tu. Memang mintak penyakit la kan. Lagipun I noticed kalau minum nescafe tarik hari-hari, dalam seminggu je dah boleh rasa berat naik sikit. Susu pekat manis punya kerja la ni. I rasa kalau nak minum nescafe tarik ke apa kena substitutes dengan fresh milk la kan. Kurang sikit gula. Tapi yang penting, plain water kena banyak minum.

Bersenam. Hmmmm..... Yang ni tak tau nak cakap dah. Plan baik punya tapi execution hampeh. Nak start nak start tapi hampeh belaka. Tapi tak pe sebab starting next week akan ada senamrobik kat office every Tuesday and Friday so boleh la join. Bab jogging tu yang agak lambat sikit sekarang ni. Geng berlari I semua gigih lari siang malam. I je yang malas. Malu pulak nak join diorang sebab confirm akan tertinggal jauh kat belakang nanti. Maklumlah cheetah lawan siput kan. Hehehe..... I've bought a goggles so boleh la belajar swimming tapi tak de geng la pulak nak swim. Ada je alasan eh. 

My target ialah nak turun sampai 45kg. Entah bila la boleh tercapai tu. Agak-agak by end of this year boleh tak? Dream on la Eny oiii. Hehehe...... Ok tak pe. Kita set target sket. Hopefully by end of this year boleh turun bawah angka 50. Tak kisah la 49.5 ke apa yang penting bawah 50. We'll see how la eh. 

Tuesday, May 08, 2012

The green story continue...

Masa I sakit awal tahun hari tu, lama tak de kat rumah kan. So pokok-pokok yang I cerita kat entry ni semua dah kekeringan. Sedih sangat tau. I sayang ok pokok-pokok I ni. selalu I cakap-cakap dengan pokok ni bila I nak tinggal diorang lama. Diorang? Hehehe....

Dari segar bugar terus jadi macam ni....
Kering dan tunggu masa aje untuk mati
Lama jugak I biarkan pokok-pokok tu mengering dalam pasu. Nak buang sayang tapi dah tak de harapan it seems. Tapi Alhamdulillah lama-lama tumbuh tunas baru. Yang atas tu semua dah kena cantas so tunas baru keluar dari batang yang kat bawah tu. Alhamdulillah panjang umur pokok-pokok I ni. And now presenting the hasil.....

Berwarna-warni kan
Hijau ada, oren ada, merah pun ada
Banyak sangat sampai tak termakan sebab semua pokok berbuah
Ini pokok yang Abah tanam. Hampir mati tapi hidup balik
Buah limau purut
Limau purut I ni rajin berbunga dan berbuah tapi selalunya buah dia tak tahan. Mesti gugur
Sedap ni buat ulam
Eh cili I lebih tinggi dari 4 high rise building kat Putrajaya ni le. Ofis I nampak kecik aje.  Hehehe....
Sekarang semua benda letak cili padi. Goreng telur dadar, masak sardin, buat sambal belacan, sambal dengan ikan keli. Tapi tak terhabis-habis. Tu yang sampai cili tu dah tukar pada merah dah tu. Lama-lama tua la. Ada sape-sape nak? Lelong-lelong. Kasi free aje. Segar dari ladang okeh. Kalau yang dah merah and gugur tu I simpan aje. Buat jadi benih. Nanti boleh bukak ladang cili padi. Kannn......

Daun kunyit pun banyak. Memang tak pernah guna pun. Selalu kasi kat orang aje tapi ni dah terbanyak sangat. Sampai kering-kering. Sape mau? Kasi tau eh....

Wedding second cousin

Bulan Mei ni maka bermula la pesta perkahwinan. Sana sini orang kawin. Last weekend wedding second cousin kat Intekma Shah Alam. Kami pergi 7 beranak aje. By the time sampai pengantin pun sampai so masuk sama dengan pengantin. 

Me and Jannah
Sampai hati gambar Kak Ngah dia yang hot tu cuma sebelah aje....
Kepak kepung kepak kepung.... I rasa I suka kompang yang guna gendang sekali tu.  Yang ni tak de
Pengantin. Errr tak ingat pulak nama my second cousin ni. Hahaha......  Actually tak kenal sangat pun. Kenal parents dia aje. Keji punya sedara. Hahaha...... Fine nama wife dia I tau. Nadia.
Abah and Jannah
With Akak 
Orang suh amik gambar dengan Abah sekali tapi ini hasilnya. Cettt....
Macam biasa wedding adalah tempat berkumpul segala sedara mara so lepas makan kena la jumpa semua tok nenek mak pak sedara. Akak pegang camera tapi hampeh dia tak amik gambar sape pun. Oh jumpa batchmate Nazzian sekali. Hot mama gitu. Husband dia kawan my second cousin tu. Gambar masa makan tu tak de gambar Mak sebab Mak and Thalha tak join kitorang. Mak jumpa best friend lama dia so lekat kat meja tu. Wife Yusof Haslam. Tapi wife dia datang sorang je. Kelassss Mak ni. Geng best-best aje. Maklum la.... orang key elll kan. Kitorang just salam aje la. "Anak-anak kau ni Bedah semua hidung terpacak". Ehem-ehem terima kasih la sebab memuji. Boleh amik jadi pelakon tak? Hahahaha.......

Jannah, Abah, Mak, Thalha, Akak and me
With Bang Long
Akak dah tembam sekarang kan
Apakah motifnya bersembunyi di belakang orang ni?
Dah puas bersalam dan bertanya khabar barulah gerak balik. This weekend akan berjumpa lagi dengan semua sedara mara ni sebab wedding cousin pulak. Yang ni close cousin so kalau kata tak kenal memang nak mintak kena sekeh. Hehehe..... The last one from family Mak Ngah. Mesti grand ni. The last and anak lelaki tunggal kan.... Memandangkan kami adalah seperti adik-beradik maka kehadiran penuh adalah wajib so kalau ada kawan-kawan yang nak kawin this weekend, mintak mahap le awal-awal sebab tak dapat datang. Wedding fiesta start hari Jumaat sampai Ahad so memang tak dapek nak pegi mana-mana. Sori noooo.....

Saturday, May 05, 2012

The vowels song

I heard Akak sang a song and agak catchy bunyinya so I try to sing the song too. 

Ada sang ulat bulu
Punya kaki seribu
Siapa jumpa kakiku, kakiku
Jikalau tak dapat
Terpaksa ku melompat
Dengan kaki seribu kurang satu

Ada sang alat bala
Panya kaka saraba
Sapa jampa kakaka, kakaka
Jakala tak dapat
Tarpaksa ka malampat
Dangan kaka saraba karang sata

Ede seng elet bele
Penye keke serebe
Sepe jempe kekeke, kekeke
Jekele tek depet
Terpekse ke melempet
Dengen keke serebe kereng sete

Idi sing ilit bili
Pinyi kiki siribi
Sipi jimpi kikiki, kikiki
Jikili tik dipit
Tirpiksi ki milimpit
Dingin kiki siribi kiring siti

Odo song olot bolo
Ponyo koko sorobo
Sopo jompo kokoko, kokoko
Jokolo tok dopot
Torpokso ko molompot
Dongon koko sorobo korong soto

Udu sung ulut bulu
Punyu kuku surubu
Supu jumpu kukuku, kukuku
Jukulu tuk duput
Turpuksu ku mulumput
Dungun kuku surubu kurung sutu

Basically it's the same lyric cuma tukarkan the vowels aje. Bila nyanyi sekali terasa macam nak nyanyi banyak kali pulak so I kept singing the song over and over again. Tetibe anak sedara terbijak di dunia itu telah bersuara:

Adah : Cik Ngah, cuba Cik Ngah nyanyi dalam Bahasa Arab pulak.

Aduh terdiam Cik Ngah dia tau. Mesti dia ingat I nyanyi dalam banyak bahasa kot sebab bunyi lain macam aje. Hahaha...... Agak-agak la Adah oiiii. Tau la anak ustazah and kat sekolah belajar Bahasa Arab. Errrr Cik Ngah pun belajar jugak tapi fail wilth the capital E. Hehehe......

Now I try changing the vowels of other song pulak. Macam addicted pulak. Hehehe.... Try la. It's a fun thing especially kalau boleh lawan-lawan. 

Wednesday, May 02, 2012

Life of a chipsmore

I'm literally living out of my suitcase (or a backpack) nowadays. Keep packing and packing my stuff. It all started last March. Before ada jugak travel sana-sini tapi tak la kerap sangat. Jadual perjalanan adalah seperti berikut:

Mac 
23-25 : Off to Lumut for retreat
30-31 : Balik Kuantan

April 
1 : Balik Kuantan
13-16 : To Cherating for annual report thingy
18-20 : Lenggong. Opah passed away
21-22 : Back to Kuantan again
25-27 : Pulau Pangkor for leadership course
28-29 : Balik Kuantan lagi sebab ada kenduri

May
2-4 : Off to Sandakan, Sabah for a meeting

Tatau la after the one I'm going today akan ada outstation lagi atau tidak but all my weekends in May are fully booked sebab ada kenduri kawin bagai. Kadang-kadang macam seronok jugak travelling selalu ni tapi kadang-kadang macam tak seronok. Mainly sebab baju banyak kena basuh. And missed nak tengok my fav show. Hehehe......

After this akan selalu la balik Kuantan lagi. Epoi and family dah pindah ke rumah baru diorang. So sibuk la balik Kuantan untuk tolong diorang pindah barang. And since kami pun akan berpindah (but not too soon) so kenalah start kemas junk yang begitu banyak berlonggok kat rumah tu. Segala macam mak-nenek ada. Nak buang macam sayang tapi nak simpan buat menyemak. So last week dah banyak jugak yang dibuang. Baju, kasut, anak patung. Macam nak sedekah aje tapi Abah kata tak sesuai nak sedekah sebab anak-anak patung tu dah season sangat. Baju banyak yang ok lagi tapi tak de sape nak sorting bagai so kenalah buang.  

My own house here pun dah agak huru-hara jugak tapi semalam sempena Hari Pekerja aka Hari Buruh, maka saya telah memburuhkan diri dengan mengemas rumah. Walaupun ada banyak je benda lagi yang nak dikemas but tak la semessy before. The fridge is in order. Kain baju siap basuh, lipat and simpan. The hall is neat. Habuk je lah yang banyak pun. 

Weekend ni my parents akan datang to attend a wedding. Mudah-mudahan pak cik dua orang kat rumah tu tidak membuat sepah. Selalu diorang buat sepah I kemaskan tapi semalam makan nasi terabur 2 biji (ye 2 biji je) I suruh kutip. Hahaha.... Macam kejam la pulak eh tapi sekali sekala kena la kejam sikit. Selalu kita je yang kena mengelap, mencuci bagai kan. Lepas ni nak selalu kejam lah. Geram tau kadang-kadang tu. They hardly lift their finger to do anything. Except for memasak la kan. Tu pun sorang aje. Yang sorang lagi tu asyik bersukan bagai. Sukan banyak pulak tenaga. Nak tolong I kemas rumah tak larat. Hampagas betullll.....  

Oklah nak ke airport dah. Lamanyalah naik flight ke Sandakan ni. Naik flight ni yang tak bestnya seat tak begitu ergonomic. Tak syok langsung. By the way, bila selalu kena travel ni kan, terasa betapa syoknya kalau ada Ipad. Boleh main games to kill time. Hehehe...... 

Ok-ok I'm leaving now. See ya...