Friday, October 16, 2009

Jom pi bercuti

Tadi baca dalam paper ada iklan Air Asia, tiket murah ke Sabah. So lepas tu terus lah surf website Air Asia. Tengok punya tengok terus terasa gatal tangan ni nak mengetik sana sini and walla, dah beli tiga tiket ke Sabah. Journeynya April tahun depan. Tiket pergi balik ke Sabah tu cuma RM143 aje sorang. This time I tak order meal sebab petang pun flightnya. Boleh makan kenyang-kenyang sebelum tu.

Mula-mula tu call Mak sebab ingat nak ajak Mak gi Sabah. Baaaanyak kali call tapi Mak tak angkat. So apa lagi, call Kak Sobir la. Ajak Kak Fatin sekali sebab Kak Fatin ni orang Sabah. Dua-dua ok so on terus. Yeah tahun depan saja I ada 2 plan cuti-cuti Malaysia ok. Februari pegi Sarawak dengan Mak and Siti. Tiket Mak yang sponsor, cuma RM310 aje pegi balik untuk 3 orang. Tu dah termasuk dengan in-flight meal; Mak punya nasi lemak whilst Siti and me sandwich something la. Lagipun Mak dah lama ajak pegi Sarawak, rindu lah tu dengan kawan-kawan. 6 tahun kitorang dok sana ok. Banyak la tu kenangan. Best dan tak sabar rasanya. Tak penah lagi jalan-jalan bercuti macam ni.

April plak pegi Sabah. Kak Sobir kata bolehla pergi Semporna. Cantik ke tempat tu eh? Wah kene la berjimat dari sekarang. Nanti tak de duit plak nak berjimbarama dan bershopping sakan di sana. Hmmm cakap aje nak berjimat tapi lepas tu bila bershopping je mulalah lupa diri, lupa daratan kejap. Hehehe…

Anyway, mari kita berjalan-jalan di Malaysia kerana baaaaanyak tempat menarik kat Malaysia ni ok. Nak pegi Indon memang tak la, nanti kene tikam pulak dengan buluh runcing. Hahaha…. iye saya ini sangat nasionalis sekarang ok.

Updates!
Mak and Siti pun join gak. Beli another 2 ticket and diorang duduk just behind ours. Wah best ni. Boleh ajak Mak pegi pasar Philipines tengok gelang-gelang. Hehehe... Oh mesti ada yang jeles nanti ni, nak-nak yang kecik tu. Haaaa tu lah sape suh sekolah lagi. Siti free sebab baru lepas STPM masa tu. Lenkali nak bawak orang lain la plak macam ni, kalau tak tak adil la kan.

No comments: