Bukan ke ada orang tu kata dia sibuk pagi tadi. Ni sampai 3 entry satu hari ni apahal. Hahaha..... Memang la sibuk pun tapi ni dah balik ok. And entry kedua tadi tu pulak time lunch. Bila sibuk-sibuk ni la idea dan semangat nak mengupdate blog mencurah-curah. Bila time tak sibuk tu selalu je blur nak update apa. I guess bila otak bekerja keras memerah idea then segala benda pun terpalit sama la kot. Maybe I'm on writing mode this week kan. Hehehe....
Ok actually nak cerita pasal parking lagi. Dah lama tak drive ke office. Ok tak la lama sangat pun. Seminggu aje. Hari ni ada Pasar Tani so ingat lepas keje nak ke sana. Since malas nak ulang-alik 2-3 kali kalau naik bas I kena la drive to office. Although adalah trauma dengan incident ini, I still park my car at the same spot. Cuma I park ke belakang lagi. Since hari adalah hujan lebat petang tadi, I cancelled the plan nak ke pasar and stay back nak siapkan my reports until around 6.30pm. By right time tu parking adalah lengang. Tapi kenapa entah ada jugak kereta dok block kereta I. And paling tak boleh blah, the same car that caused kecederaan tu my Savvy.
Kereta ni pehal ni. Dengki ke apa ni. Entah apa-apa je kereta ni tau. Suka je nak block-block orang. So I tolak la sikit kereta tu. Since my last stomach cramp here, I noticed that my tum-tum is extra sensitive. Tolak kereta sikit pun dah rasa sakit sikit. Ngeri la pulak. So tolak sikit aje and try la hopefully dapat la keluar. Yang susahnya ada kereta lain yang block parking lot depan tu so ada small space aje nak keluar. Nak reverse like last time tak boleh sebab lot belakang ada kereta.
Right when I nak keluar tu and noticed that memang tak lepas pun, ada la 2 orang hamba Allah yang menunggang motosikal lalu and terus tanya I boleh ke nak keluar. Nak tak diorang tolong tolakkan kereta sebab obviously memang tak lepas I nak keluar. I said ok so diorang tolak kereta tu until I dapat keluar. Bila tolak ke depan, of course akan menutup ramp nak turun tu pulak so diorang tolak ke belakang pulak. Masih ada insan yang baik dan tidak mementingkan diri sendiri kat Putrajaya ni. Definitely species yang rare and hampir pupus. Hahaha.....
Alhamdulillah berjaya jugak keluar. Syukur atas bantuan dua orang hamba Allah tadi tu. It might look like a small gesture but I really appreciate it. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan diorang tadi. Dah la comel. Hahaha.... Sempat lagi tu. Ala I bukan nak tengok sangat pun tapi dah dia tegur I, mesti la ternampak muka dia kan.
Sepanjang on the way balik tu, I tersenyum panjang. Bukan pasal kecomelan mamat tu tapi pasal kebaikan diorang. Sangat kena dengan status FB Puan D hari. "Every day may not be good, but there's something good in every day". Alhamdulillah. I feel blessed for still be able to see and experience all this. Agaknya orang yang commit suicide semua tu jenis putus harap and fail to at least notice all this small things kan.
Tengok tu. Camne la nak keluar kalau cenggini caranya
Kereta Satria ni blocked kereta I and that white car pulak blocked the other car. So nampak tak space yang sangat sempit itu? Like I wrote somewhere earlier, Putrajaya is a good training ground for maneuvering car ni. Confirmed cekap gila ok
Fine. Esok I naik bas. Tak larat nak hadap benda macam ni selalu. Dah la seriau dengan perut ni. Hmmmm..... Oh by the way, pagi tadi I took this photos. My hasil tanaman yang tak la seberapa. Photos adalah a bit blurred sebab it was 6 something and gelaplagi. Tak pe next time I'll try amik photos yang sharper ye.
Yang paling depan adalah anak pokok cili yang I semai hasil dari pokok cili yang belakang sekali tu. Sebelah anak pokok cili adalah pokok halia and sebelah pokok halia adalah pokok limau purut. Cili tu cili padi ye. Pedasssss......
Cili padi yang dah masak. Sebenarnya merah tapi entah kenapa macam oren la pulak dalam gambar ni
Banyak ok. Sape la yang nak makan banyak-banyak ni????
Pokok halia. Oh this photo didn't do justice to the halia yang gemuk-gemuk itu. My mom pun terkejut tengok halia I yang yang gemuk-gemuk ni tau
Gemuk kan daun limau purut I. Kalau tengok real life lagi terliur. Baunya.... Ummmmppphhhh wangiiiiii....
So ni ada sedikit iklan tak berbayar. Hahaha..... Kalau ada sape-sape nak cili padi or daun limau purut, silalah jangan segan-silu untuk mintak dengan I ye. Don't worry. Everything adalah free of charge. I saje je tanam suka-suka so macam membazir pulak bila dah banyak-banyak tu. Sebenarnya dah banyak jugak I tuai cili tu tapi masih banyak lagi hasilnya so baiklah I kasi je kat sape yang nak kan. I tanam dengan penuh kasih-sayang tu so confirm masakan you all akan menjadi lebih sedap kalau guna cili padi and daun limau purut I tu. Hehehe..... Eh tak baik pulak riak ye. Ok bukan confirm tapi Insya Allah. As for halia tu, I pun tak tau how to deal with it. So sape nak halia muda bagitau I eh. Segar dari ladang ok. Hehehe.... Oh anak pokok cili tu pun free for grab. Just tell me ok.
5 comments:
org msia kan mana la nak pergi kerja naik park n ride even itu la antara planningnya masa pjaya di bina dulu..nak x nak parking la lapis2..adoi..kalau kena kt aku yg terkejar nak amik mya kt nursery ni cmno? mmg i lenyek je itu kereta kasi mamp***! haha jahat =P
halia muda: rebus dgn rangka ayam plus sengkuang boleh jd kuah stimbot yg super duper sedap
daun limau purut: rajin2 la masak tomyam and paprik selalu =)
cili pada: meh pos kt aku sekilo meh i mmg sambal cili padi tu buat ulam jek hehe..
Lin,
Tu la pasal. Bila dah naik bas ni rasa syok pulak sebab tak payah susah2 fikir pasal parking.
Kalau senang, memang i dah pos semua kat u tau. Yelah dok kat sana mesti payah nak dapat semua ni kan.
As for nak masak tu, byk mana sangat la pn nak guna kalau dok sorg kan. Tapi yang sebenarnya tak tau nak masak. Hahaha....
sila buat jeruk cili padi. kalau makan dgn bihun sup ke, WOOWWWWW!!!!!!
at least x cepat rosak :)
Didi,
Ya betuuullll. By the way, if u need any of that just bagitau ok. Aku petik pagi-pagi sebelum pegi keje. Segar dari ladang....
Mahu!!!! Buatlah 1 botol utk aku. Hehehe:)
Post a Comment