This morning naik bas 3 orang je tau. Sebesar-besar bas cuma 3 penumpang aje. Ish..ish... pembaziran sumber betul. And kesian driver bas tu. Hehehe..... Bila dah almost seminggu naik bas ni kan, rasa macam syok pulak naik bas. Tak payah susah-susah nak fikir pasal parking. Cuma kena spend time lebih sikit la menunggu bas dan menunggu sampai ke destinasi. Tapi ok je. Dok dalam bas boleh berangan, menikmati keindahan Putrajaya or even menyanyi lagu ikut radio. Kihkihkih.....
Anyway hari ni as usual nak walkabout ke Alamanda for lunch. Kalau tak de apa memang every Friday ada walkabout ni. Bersama teman walkabout yang setia iaitu Cik Yanti. Jarang ada orang yang berminat nak walkabout ni. Sekali-sekala kena la berjalan sikit kan. Ni asyik la duduk aje pastu bising-bising kata sana lebar sini lebar. Kan.... Dah few weeks jugaklah tak berwalkabout ni. Cuaca pun just nice aje today. Tapi hujan ke panas ke kalau kata nak ke ke Alamanda kami redah aje. Hehehe.... Oh that explain why on Friday I suka pakai flatshoes aje. Sonang nak berjalan.
Talking about lunch ni kan, I nak bawak Cik Yanti makan kat Manhattan Fish Market today. I selalu bawak dia tryout kedai-kedai makan western kat Alamanda tu. Tapi kan, for 2 consecutive years I had my birthday treat at MFM so kalau I makan sana hari ni then next week on my birthday takkan nak makan kat sana lagi kot. Wah over la pulakkan sampai 2 minggu berturut nak makan kat sana. But then bukan selalu pun. But then again I kan on cholesterol watchout ni. Ni hari ni punya session pun dah berapa cholesterol counting dia. Tu belum kira everyday punya meals tu. Although I try not to eat fatty food sangat tapi susah ok. Bukan ada banyak pilihan sangat pun.
So ok la next week on my birthday I nak kena cari tempat baru untuk makan. Hmmmm.... kat mana eh. Bukan ada banyak pilihan pun kalau kat Putrajaya ni. Ada sape-sape nak belanja I kat Pullman tak? Hahaha..... Over je tau. Tapi birthday treat mestilah kat tempat yang jarang kita pergi. Jarang tu as in few times aje every year. Or worst still, the only time pegi sana ialah masa birthday. Baru la rasa special sikit kan. Since my birthday would fall on weekdays, nak berjalan jauh demi nak makan adalah malas so itu pasal pilihan adalah Alamanda saje. Apa je kat Alamanda tu yang I tak try lagi. Sushi???? Hehehe.....
So selamat menikmati lunch hour yang panjang ye. See you all in Alamanda.
No comments:
Post a Comment