Hari ni datang kerja dengan penuh rasa bersalah. Yelah my parents datang jauh-jauh nak tengok I tetibe I pegi keje pulak hari ni. Nampak macam tak hargai pulak apa diorang buat. Ke I sorang je yang fikir macam tu? Hopefully diorang tak de la fikir apa-apa kan. Ish I ni suka je fikir lebih-lebih kan. Tapi betul la. It didn't look good bila family sanggup ambil cuti and datang nak tengok anak sakit tapi anak tu boleh pulak selamba aje pegi keje. Perut I masih sakit lagi walaupun tak seteruk semalam tapi ada benda nak kena buat so tu yang datang jugak keje tu. Serba-salah la.....
Anyway, April is my favourite month of the year. Tapi not a good start la this year. Tak sihat pulak and ada banyak benda yang terjadi, bakal terjadi and bermain-main di fikiran. Hoh macam-macam. Risau pulak. This month ada 5 birthdays in our family; Zakiah my SIL on 11th, me on 13th, Hayat on 19th, Ayum on 21st and Dik Man on 27th. Banyak jugak nak kena beli hadiah tu. Hadiah untuk orang dan hadiah untuk diri sendiri. Hahaha....
I nak beli apa eh for myself? Banyak sangat benda on my mind. Oh maybe selain dari beli benda-benda fizikal for myself, I should also consider some self-pampering session like pegi hair saloon ke (memang nak kena pegi ni sebab rambut dah sangat panjang dan merimaskan), pegi spa ke or pegi mani-padi ke. I spend too much on stuff for myself but not on myself. Paham tak ni? I kalau barang untuk rumah tu bukan main nak yang best-best. Kena beli sabun khas untuk itu-ini, rak special for itu-ini etc. Tapi kalau for my ownself memang kedekut. So this month is the best month to start on self-pampering ni kan. Ada sape-sape nak ikut? Jom!
Tapi kan, this month jugak adalah bulan mesyuarat besar itu. Maknanya sibuuuuk sangat dengan segala mak nenek paper. So ada ke masa nak manja-manjakan diri ni. Hmmmmm....... Eh tak kira, kena jugak kan. Bukan selalu terasa nak manja-manjakan diri ni. Bila dah datang perasaan tu baik la laksanakan cepat-cepat. Hehehe..... Lagipun kerja ni sampai mati takkan habis kan. Ecece... cakap aje tu. Pastu bila ada keje banyak sama la jugak. Abandon semua and lebihkan kerja dari segala-galanya. Tak patut...tak patut.....
Anyway, I guess the time has come for me to seriously take some action towards my own health. Kalau beli benda-benda harga ribu-ribu pun tak kisah. Tapi kalau pasal kesihatan ni selalu berkira. Tak patut kan. Padahal tanda-tanda untuk sedar akan hal ini dah lama ada. So I nak buat thorough health screening la. Check everything just to make sure. Tapi macam takut aje kan. Yelah kalau tak tau tu tak rasa apa-apa tapi bila dah tau mesti rasa risau aje. Like now la. Dah tau ada cholesterol tinggi rasa risau aje tapi takat risau je lah kan. Tangan dengan mulut tetap selari menyuap dan mengunyah benda-benda banyak lemak tu. Hehehe.... Eh tapi ada la sikit changes. Try not to eat dah junkfood and fastfood semua tu. Slow-slow la kan. I know when I have set my mind on something, I can do or achieve whatever I want. Very determine gitu. Tapi masalahnya jarang sangat I ni very determine. Selalunya tak kisah aje. Hahaha..... Tak pe tak pe, my motto ialah slow and steady win the race and better late than never.
So from now on, kena sihat jiwa dan raga. Eh betul ke jiwa dan raga? Ok la physically, mentally, emotionally and spiritually. Semua kena sihat baru hidup seimbang dan bahagia. Tak gitu? So tolong doakan agar semuanya baik-baik aje ye. I pun doakan agar semua orang sihat sejahtera hendaknya. Eh macam tulis surat pulak. Hahaha..... Ok kena ada motto baru lah. Health is wealth. Kena berul-betul pegang motto baru ni.
Together we strive towards a better life. Ewah!
No comments:
Post a Comment