Wednesday, March 30, 2011

Painful Wednesday


Orang lain buat wordless Wednesday. I pulak buat painful Wednesday. What a rough day today. Actually masa pagi tadi ok je. Ada la rasa macam tak sedap perut but nothing unusual. Memang selalu je ada rasa tak sedap perut. Then for lunch I pegi makan asam pedas and ayam goreng kat Kajang with Klynn and Yanti. Elok aje nak balik perut I tetibe sakit sampai cramp. Again nothing unusual kalau stomach cramp ni. Tapi kali ni I rasa lain macam sebab tetibe sangat jadinya. On the way back to Putrajaya sakitnya makin menjadi-jadi. Sampai berpeluh-peluh and berkerut-kerut la muka ni menahan sakit.

Melihat keseriusan akan kesakitan itu, Klynn suggest pegi klinik. Lunch hour Klinik Kesihatan Putrajaya tutup so pegi la ke private clinic kat Precint 9. First clinic doctor tak de; keluar lunch so ke second clinic. Doctor checked and melihat I sakit sangat she gave me a jab to reduce the pain. Tak pasal-pasal bum-bum I kena inject tau. Tak pe sakit sikit aje. She gave me two choice; jumpa gynae petang tu at the same clinic or pegi Hospital Putrajaya. Mula-mula I ingat nak fatang jumpa gynae petang tapi masa bayar tu I kena RM80 for a jab and gastric medication. Gastric? Cannot be lah. So terus I cancel nak pegi jumpa gynae petang nanti and mintak referral letter to Hospital Putrajaya. Since Klynn got to chair a meeting at 2.30pm, she passed the responsibility to take me back to office to Anisah. Yanti memang peneman yang setia.

So lepas tu balik ke office semula although ada dapat MC. Something scary happened. Lepas kena jab, mata I terus blurry. Semua benda kabur. Ngeri ok. Balik office pun still blurry. And since masih sakit, we decided to just go to Hospital Putrajaya. Yanti tak reti nak drive my Savvy, so we asked for Luqman's help. He drove us to the hospital and waited. Register and tunggulah berjam-jam. First masuk triage room dulu. My blood pressure was 137/89 ok. Tinggi tu. Nurse cakap sebab tahan sakit kot. Then tunggu lagi berjam-jam. Right when Yanti went to ask, terus kedengaran nama I dipanggil. Masuk bilik rawatan. Doktor adalah sangat mesra.

So I told her my history of pain. I have very bad period pain every month but not this time. I thought maybe it's due to my hard work during the kenduri la kot kan. Years ago, I selalu sakit perut yang tahap tak tau nak cakap. Sinply said; rasa macam nak mati. Not that I tau rasa nak mati tu macam mana la kan. Anyway, after years of going without any proper diagnostic, I was then referred to a gynae at HUKM. Itu pun sebab kena attack sakit perut melampau kat office. So bos mestilah concern kan. Mula-mula ke private clinic tapi sebab tak baik tu pasal referred to HUKM. First check up kena scan perut macam preggerino tu. Hasilnya didapati I ada cyst so kena scheduled for another checkup few months later.

Second checkup the cyst is gone. Gynae ada explain to me on my condition tapi what she said then masuk telinga kanan and keluar telinga kiri. Tak paham langsung. She prescribed me with tonne of painkiller sampaikan I ate painkiller macam makan TicTac ok. Sangat dependent pada painkiller. That was in 2002. 2003 after the second attack of sakit perut macam nak mati tu, I agreed to go to hospital. I had acute appendicitis rupa-rupanya. Dah nak pecah so they removed it. Since then dah tak de dah sakit perut macam nak mati but occasionally memang akan cramp.

Makin lama the cramp adalah makin kerap. Selalunya terjadi selepas makan. Cramp tak ingat punyalah. Kembung berangin sampai senak and tegang aje the tummy. Hence the kebuncitan. Hahaha.... Another problem ialah my bowel movement adalah jarang-jarang. Sometimes I can go for weeks without any bowel movement. I don't have any constipation. I just don't have the urge to go. Sometimes pulak kena diarrhea. Eh bukan sometimes. It's either no bowel movement at all or diarrhea. But sometimes I had a normal one. Sangat tak teratur ok. As for the cramp due to angin and perut yang mengembung dan mengeras tu, memang selalu je jadi.

So tadi they took my blood and urine for further investigation. And then masukkan drip with a meds in it. Tapi selepas 2 jam of having that drip attached to my arm, jumlah yang masuk adalah beberapa titis aje ok. Seems like ada blockage kat my right arm tu. I bet it was due to my bad drip during a hospital stay years ago. Masa operation tu kot kalau tak silap. Bosan ok duduk sorang-sorang kat wad kecemasan tu. Dah la sakit; tangan dan perut. Battery phone pulak dah tahap nazak. Pastu ada la beberapa incident lagi. Kelakar betul.

I'm not sure what is the result of my blood and urine. Tapi doctor told me I ada gastric; hence the diarrhea, angin dan sebagainya tu. And I might be having addition colic. Tak sure how to spell it tapi bunyinya gitu la. Addition colic ni adalah effect akibat dari operation. Sometimes when they operated on our tummy, the usus-usus setelah diusik-usik, digode-gode, akan menjadi melekat-lekat. Hence perut akan selalu kembung dan berangin. Dan akan ada bowel movement problem. Selalu jadi kekembungan, keberanginan dan cramp bagai lepas makan. E eh memang menepati my kesakitan lah.

And doctor jugak suspect I might be suffering from IBS; irritable bowel syndrome. The addition colic, kalau nak baik maybe kena operate balik la perut I ni untuk memisahkan lekatan-lekatan itu. Tapi since I dah ada history of addition colic then kalau operate maybe akan kena balik. As for the IBS, nak diagnos kena buat thorough checkup and kena masuk camera kat either mulut or rectum untuk melihat dalaman perut da usus. Pergh that sound scary and painful. Takutnyaaaaa..... Bila dah ada IBS, makan la apa pun memang takkan ada bowel movement jugak. Kena makan ubat baru ok. Adoi malas la nak hidup bergantung dengan ubat ni.

So I dah balik and tak de pulak doctor kasi any letter untuk further checkup. Only kalau makin sakit atau tak baik-baik, I kena pegi sana semula untuk rawatan selanjutnya. Abis yang explain bagai tadi tu buat apa kan. Alang-alang tu kasi je la referral letter to specialist so boleh terus check and clear all the doubt. KAn I dah risau tak tentu hala. MAna nak fikir perut lagi, cholesterol lagi. Adoiiiiii.....

Ni tengah sakit and cramp ya amat ni. Tapi tahan ajelah. Macam la tak biasa kan. Esok nak pegi clinic ke tidak eh. Hai risau pulak bila tak tau in detail ni. Sila doakan agar saya sentiasa sihat walafiat ye kawan-kawan. Mudah-mudahan tak de la sebarang penyakit critical. Takut la. Makin jaga kesihatan ni makin banyak pulak penyakitnya. Dulu masa ain hentam keromo aje elok pulak sihat. Hai macam-macam.

Anyway, I would like to convey my heartiest gratitude towards semua yang telah bersusah-payah membantu ketika I sakit tadi. Thanks Klynn sebab hantar I ke clinic. Thanks Anisah sebab bawak I balik dari clinic. Thanks Yanti sebab teman I kat clinic and hospital. Thanks Lokman sebab hantar I ke hospital and balik rumah. Thanks En. Hadi kerana tolong mengjumperkan kereta saya yang tetibe tak mau hidup la pulak and tunggu sampai saya keluar and hantar Lokman balik. Mucho gusto gracias semua. Saya sangat terharu di atas budi dan jasa baik kalian semua. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Akhir kata, tolong doakan agar kesihatan saya baik-baik aje ye. Thanks!

No comments: