Tuesday, April 26, 2011

Hidup kena sentiasa positif

Sometimes it amused me (in opposite way) when people feel pathetic about themselves. Comparing what other people have and they're not. I guess adat la sebagai manusia ni nak compare-compare ni kan. I tak kata I tak buat tapi sometimes ada benda yang kita boleh compare and ada benda yang tak payah la kita nak compare-compare. Syukurlah dengan apa yang kita ada. Kalau kita bandingkan dengan orang yang lebih dari kita memang la terasa banyak kurangnya diri kita ni kan. Cuba tengok yang kurang dari kita, hah lagi kesian.

So konsep I senang aje; sentiasa lihat orang yang kurang dari kita dan jangan tengok orang yang lebih dari kita. It help me to stay positive and tidak la pathetic aje dengan diri sendiri yang banyak kurangnya dan jauh dari sempurna. Kalau tetibe korang terdengar statement pathetic dari mulut I ni then ketahuilah, ianya hanyalah statement mengada-ngada nak bermanja-manja dengan kawan-kawan. Saje la nak mintak simpati konon-konon. Hehehe.....

Contoh terbaik ialah status I sekarang ni. I tak pernah rasa sedih, tertekan, kecewa dan semua yang sewaktu dengannya sebab tak kawin lagi sedangkan orang lain dah kawin dan beranak-pinak. Yang kawin-cerai-kawin balik pun ada. Tapi I tetap macam ni la jugak. Bukan takat nak kawin, boyfriend pun tak pernah ada. Hehehe.....

If marriage is the benchmark of having a perfect life then my life is far from perfect la kan. If kebahagiaan diukur apabila orang kawin dan ada anak so supposedly I ni tak bahagia la kan. If ada designers clothes, handbags, shoes, jeweleries, big car, owned a home and all the latest gadget adalah lambang kesenangan hidup then I ni kira susah la kan. If graduated dengan first class honour, ada Masters and PhD, fluent in few languages, English especially adalah lambang kepandaian dan kecerdikan orang then I ni tak pandai la kan. Wah semua pun tak macam mana ni. Kesiannya la si Eny ni. Ish..ish..ish...

Surprisingly I tak la rasa macam teruknya la my life ni. Dah la tak de rupa, harta pun tak de, ilmu pun cetek. Patutnya kena rasa macam mana eh? Sedih ke apa? Entah la but I'm cool with the way I am now. Memang la ada je benda-benda yang I nak perbaiki atau capai tapi tak la sampai kalau tak tercapai tu kira loser la. No no no... I'm not a loser. Cewah macam living in denial pulak. Tapi betullah. Semua benda tu subjektif. So mungkin apa yang penting atau baik pada mata orang lain, tak semestinya penting atau baik pada mata I kan.

I tau kawin ni memang la bagus. Bukan la I tak nak kawin tapi yang dah kawin tu tak payah la beria-ia sangat nak suruh I kawin as if orang tak kawin ni loser la, tak bagus la apa la. Yang tak kawin lagi tu pulak tak payah la nak whining-whining pasal tak kawin lagi. Paling tak boleh blah kalau yang kecoh tak kawin tu adalah lebih muda dari I. Seriously I menyampah ok. Sorry to say tapi memang pun. Kalau nak whining dengan nasib diri, pegi cari orang yang sebaya atau lagi muda dari diorang. Not someone older. Especially me. I memang tak suka. Dulu memang la I tak kisah tapi lama-lama macam apa hal diorang ni. Betul-betul whining or nak perli I yang tak reti-reti nak kawin ni? Hahaha....

Konsep I senang aje. Perjalanan hidup kita ni dah ditakdirkan. Ada orang memang elok aje laluannya. Menggembirakan aje. Semuanya baik-baiklah. Tapi ada jugak yang tidak. Kalau ada yang terasa cemburu atau sedih dengan kawan-kawan yang dah kawin and berbahagia tu, then tengok la orang yang kawin tapi tak bahagia. Bercerai-berai, kena dera dengan suami, keluarga mertua yang tak suka or 1001 benda lagi. Ada jugak yang semua ok dan baik tapi kawin 10-20 tahun pun tak dapat-dapat anak sampai naik bernanah hati dan telinga tu mendengar cerca orang. Hah masa tu mesti kita akan rasa hidup kita ni actually jauh lebih baik comparing to yang tak bernasib baik tu kan. So syukurlah dengan hidup kita ni.

Same case la dengan harta benda atau taraf akademik or apa-apa jugaklah. Maybe I'm too laid back kan. Sebab tu la I ni tahap mendatar aje the life line. Nothing extraordinary. Tapi tak pe I ok je. Benda-benda ni depends pada diri kita la jugak kot. Kalau orang yang ambitious yang dah set everything yang nak dicapai within certain time limit memang la rasa macam loser or down habis but for me yang have nothing much to achieve ni memang tak rasa apa pun la. In a way tak bagus jugak bila tak de hala tuju dalam hidup ni sebab kita tak de sasaran so hidup pun macam tergapai-gapai aje.

I bukan la tak de wawasan langsung dalam hidup ni. Tapi benda-benda yang I nak capai tu semuanya benda-benda kecik yang pada sesetengah orang tu macam "ek eleh takat benda camtu dah lama aku capai". Hehehe... Nak buat macam mana, I ni memang tak bercita-cita tinggi. Antara benda yang I nak capai ialah menjadi orang yang lebih baik dari sekarang dalam aspek amal ibadat dan mengawal emosi. Nak jadi lebih sabar tapi dalam masa yang sama bijak mengawal emosi dan keadaan. Sabar tapi makan dalam tak bagus la jugak kan. Sabar tapi bila marah tu boleh luahkan secara berhemah tanpa ada sebarang kesan sampingan dalam hati lepas tu. Kalau I berjaya buat tu memang kira satu pencapaian yang hebat la.

As for pencapaian berbentuk keduniaan ni macam biasa la, nak pandai masak, pandai buat keje rumah, rajin, boleh berlari dengan lebih baik, turun kan berat, kerja dengan lebih baik dan benda-benda yang macam ni je lah. I tak la set nak jadi KSU ke, nak ada duit simpanan juta-juta by the time I'm 45 ke or benda-benda yang pada I tak la penting mana pun. Makin banyak duit makin banyak masalah ok. Nak-nak I yang tak reti-reti nak jaga duit dengan baik ni. Hehehe.... So kalau I dah pandai semua perkara asas yang tadi tu kira hidup ni dah berjaya la jugak. Kalau kawin then kena la set benda-benda yang berkaitan pulak. Kalau ada anak pun sama la. Tapi until then, I set target untuk I sorang je lah dulu kan.

So for the time being, my life would still be like this la. Belum dapat true calling lagi kot untuk bercita-cita tinggi. Hahaha..... So to those friends yang sekapal dengan I ni, chill la. Jangan stress-stress ok. Banyak lagi benda yang boleh dibuat selain dari meratapi nasib diri. Hehehe....

Oh by the way, I tak faham dan tak berapa suka actually bila orang keluarkan statement, "aku tak kawin lagi" bila berada dalam situasi yang berisiko. As if kalau tak kawin tu tak boleh mati la. Kelakar pun ada. Kawin tu lebih penting dari buat amal ibadat ye. It would be better if kita rephrase balik statement tu pada, "amal ibadat aku tak cukup lagi ni". Kan... Jangan marah nooo pada yang terasa macam pernah keluarkan statement itu. Hehehe.....

5 comments:

didi said...

Eny,

kalau nak ikut ambitious tak ambitios, aku pun sama dgn kau. Takde lah ada pressure di dalam diri ini utk dapat gaji besar, duk rumah besar, naik kete mewah. Setakat hati aku tenang, takde hutang keliling pinggang, xde expectation tinggi dari society (cewah, society tu!haha), x heran apa org nak cakap.

Not meaning kita tak azam dan kerja kuat. Oh, kau dan aku kan agak skema bila bab2 keje nih. Cuma aku tak fikir MESTI ada balasan utk kerja keras aku. Aku nak buat sebab aku memang nak buat, aku dibayar gaji, itulah tanggungjawab aku dan aku berdosa kalau aku goyang kaki. Duit tak berkat. Bukan sebab kalau x buat bos marah, atau kalau tak buat tak dapat APC. Hehe.

Oit, bersyarah pulak aku. Soal jodoh dan takdir, semuanya telah ditentukan dan terbaik untuk semua :)

Eny Yusof said...

Didi,

Not being ambitious is one thing. Complaining and whining about your so-called-pathetic-or-miserable-life is another thing.

Jangan lah cakap aku punya kereta murah aje) padahal pakai kereta import), rumah aku kecik aje (padahal ada rumah sendiri compared to aku yang tak de rumah ni), kecoh tak kawin padahal lebih muda dari aku dan macam-macam lagi lah.

Aku serious tak paham dengan orang macam ni. Apa tujuan kau nak whining bagai ni.

Aku tak stress dengan hidup aku tapi stress dengan orang macam ni. Hahaha.....

Anonymous said...

Rezeki masing2. Jgn la buang masa dgn perkara2 macam....

It drains your energy tau... Instead better u fikir your next step/activities macam emmmm ....

-> bila nak kena register Shape Run this year (jgn lupa hint kat i tau) hehehehehe

Hidup mesti cerios, hanya Allah SWT saja yang tau perasan kita, kan?!

Eny Yusof said...

Puan Anony,

Tu la pasal. Buang masa, tenaga dan emosi je bila asyik la nak whining and comparing.

Hidup ni kena sentiasa bersyukur kan. Barulah terasa semuanya indah.

Running selalu via FB. Nnt btau FB name ye. I'll add u.

Anonymous said...

Nama penuh i ler heheheeheh