Laaaa ingat kan dah habis. Tak habis lagi ke cerita kenduri ni? Please la. Hahaha.... Actually bukanlah pasal kenduri but all this happened semasa kenduri so kira coret-coret kenduri la jugak kan.
Sape yang selalu singgah sini mesti tau how's mak neneknya mulut anak-anak sedara I kan. Adah asked this question kat Kak Jc.
" Pak Long lahir yang pertama kan. Walid (her dad) lahir yang ketiga kan (or was it 'kemudian' tak ingat dah). Abis tu kenapa Walid kawin dulu dari Pak Long?"
Haaaa sape nak jawab tu? Hahaha.....
Eh I pun kena jugak soalan bombastic ni. Takat tanya bila lagi tu dah tak terbilang dah. Soalan paling tak tau nak jawab camne came from my cousin Natasya (anak Mak Ngah). We were doing the bunga telur then. Mula-mula dia tanya bila nak kawin la apa la. Last-last tau apa dia tanya?
"Kak Eny memang tak nak kawin eh?"
Terkejut my Mak Ngah dengar anak dia tanya macam tu. Hahaha.... Kalau tanya bila I boleh la jawab nanti la. Kalau tanya dah ada calon ke tidak boleh la jawab tak de. Tapi kalau tanya memang tak nak kawin ke tak tau nak jawab apa. So I told her yang itu I tak tau nak jawab apa. Sebab I betul-betul tak tau. Hahaha......
Oh something paling tak munasabah of course la keluar dari mulut I ni. Hahaha.... Pak Long Zul and family dah nak beransur balik so masa salam-salam tu macam biasa la mesti la nak tanya soalan cepu emas kan. Since he's with some aviation company, I dengan selamba badaknya jawab;
Me : "Kalau kawin nak helikopter boleh?" (not that I nak helikopter sebagai hadiah kawin tapi saja la nak buat gimik masa majlis kan - wah terperasan diva la pulak)
Pak Long : "Ok kalau Angah kawin next year Pak Long sediakan helikopter"
Me : "Alamak kena kerja keras macam ni"
Mak : "Habis la tercabut semua khemah-khemah macam tu"
Hmmm betul jugak cakap Mak tu kan. Mintak tak agak-agak. Hahaha.... Kalau la dapat helikopter tu pun, apa I nak buat. Macam tak sesuai aje kan. Ingat kau tu selebriti or jutawan ke Eny oiii??? Dah tak payah nak berangan. Tsk patutnya I asked for something better than that kan. But like what eh? Hadiah yang super gempak. Ecece......
Oh jangan tak tau, ada orang (specifically jenjiran la) yang still tak tau I ni sape. Hahaha.... Nampak sangat kurang bergaul eh. Dah tu dok terperap aje kat rumah. Even masa semua dok sibuk kat khemah masak tu, I kat rumah aje sebab banyak tu benda nak buat kat rumah tu thus tak de masa nak bersosialisasi dengan semua. Yeah I know my bad. Bang Long rarely at home tu tapi all the makcik-makcik kenal him. Alah orang keje F&B ni memang terbaik PR dia kan. So memang sesuai la dengan keramahan dia mengentertain semua orang tu kan. I was the talkative one compared to him but once involved audience yang ramai, Bang Long memang champion lah. I ni cakap banyak only to close ones. Kalau ramai-ramai I malu. Malu la sangat. Hehehe.....
Ops tadi macam banyak nak tulis. Now dah terlupa la pulak. Kalau ikutkan ada banyak je dialog-dialog lawak atau funny circumstances sepanjang cuti berkenduri hari tu. Ish tetibe terasa rindu pulak nak balik Kuantan. Hmmmm......
No comments:
Post a Comment