Sekarang ni kecoh pasal nasi lemak tak boleh jual kat sekolah sebab budak-budak ramai yang obese. Ada je benda yang nak disensasikan kat Malaysia ni kan. Dah la isu remeh-temeh. For me bukan nasi lemak yang menjadi puncanya tapi gaya hidup yang menyebabkan ramai budak-budak obese. Ala bukan takat budak-budak je, orang besar pun ramai je yang obese dan berpenyakit macam-macam. And nasi lemak bukan lah punca sangat pun sebab berapa ramai yang dok mengadap nasi lemak hari-hari kan. Again, gaya hidup tu yang menyebabkan obesiti and penyakit.
Masa I sekolah dulu, memang la nasi lemak adalah menu utama yang mampu dibeli dengan duit belanja 50 sen I tu tapi I tak la obese pun. Kurus aje rasanya. Masa darjah satu I tak ingat sangat berapa harga nasi lemak but masa darjah 2, harga sepinggan nasi lemak cuma 20 sen aje. Masa darjah 3 naik jadi 30 sen. Pastu I tak berapa ingat sangat dah berapa. Yang pasti kuih satu 20 sen. Tapi semua pun besar-besar. Takat makan seketul pun dah kenyang. Kadang-kaang makan maggi. Pagi datang tempah and dapat kupon and masa waktu rehat boleh la ambik maggi tu kat kantin. Sepinggan maggi tu 50 sen. Kira tak dapat la nak makan apa-apa dah lepas tu kalau makan maggi. Kalau makan nasi lemak boleh lagi beli jeruk kedondong ke, air ke or coklat.
Tapi selain dari nasi lemak or maggi tu, makanan lain adalah makanan kat rumah. My parents tak ajar makan kat luar. Kalau ada pun during weekends beli nasi lemak or mee or kuih dekat pasar. Tapi selalunya memang makan masakan my mom la. Mak I tu kalau masak macam-macam. Makan pun berpinggan-pinggan tapi masa tu tak de sorang pun adik-beradik I yang gemuk. Tembam pun tidak apatah lagi nak gemuk kan. Bukan pasal tak cukup makan tau tapi pasal lasak sangat.
Budak-budak zaman I dulu main lasak gila. Semuanya berbentuk fizikal. Berlari, melompat, bergayut and macam-macam lah. Siap ada musim lagi. Kalau musim badminton, semua main badminton. Kalau musim guli, semua main guli. Kalau musim layang-layang then semua pun main layang-layang. Ada game rounders, teng-teng, aci nyorok and banyak lagi lah yang memerlukan kitorang berkejaran ke sana ke mari. Bukan takat kat rumah aje main-main ni. Kat sekolah pun sama. Sebelum masuk kelas main dulu seround dua. Masa rehat pun main lagi. Dulu budak-budak lelaki sempat main bola lagi masa waktu rehat. Pendek kata, semua makanan masa tu bertukar jadi tenaga. Hehehe.....
Selari dengan perkembangan sains dan tekonologi yang kian maju, permainan budak-budak pun berubah. Orang dah tak heran sangat dengan permainan berbentuk fizikal ni. Semua nak main games kat TV or PC. Semua dok berkurung aje dalam rumah. Interaksi dengan rakan sebaya pun makin kurang. Paling ketara, berat badan la. Bila jarang main kat luar, berat badan pun makin la meningkat. Even my siblings pun sama. Yang atas-atas kurus, yang tengah-tengah dah start gemuk. Makan banyak pastu tak bergerak aktif, so makin berlemak-lemak la badan tu.
Pasal makan pun sama. Orang sekarang semua benda dah senang nak makan. Masa I dulu, kalau my parents belanja makan KFC dah kira satu nikmat sangat tu. Rasa best, hebat, gembira semualah kalau dapat makan KFC. McD, Pizza dan yang lain-lain tu memang tak merasa la. Kalau nak tau, I had my first McD masa I dah masuk U tau. Pizza pun sama. As for my adik-adik, kecik-kecik dah makan McD semua tu. I la tu yang belanja. Setiap kali cuti and balik rumah, mesti bawak adik-adik jalan kat bandar and makan kat McD. Same goes with my nieces. Asyik la makan KFC bagai. Makan bukan main macam-macam tapi main takat conteng-conteng buku aje. Tak aktif langsung.
So sebenarnya, bukan nasi lemak yang patut diharamkan but gaya hidup orang Malaysia ni yang perlu diubah. Kena lebihkan senaman. Maybe subjek pendidikan jasmani (PJ) kat sekolah tu kena diolah semula. Bukan takat jadi masa untuk bergembira aje. Yelah dulu masa PJ la best sebab boleh main-main kan. Maybe kena buat slot khas macam setiap minggu semua student wajib berlari ke, persatuan yang berbentuk sukan fizikal kena lebih giat dengan pelbagai aktiviti dan apa-apa lagilah program berbentuk senaman. Macam contoh hari Isnin pagi selalu ada perhimpunan kan, then Selasa pagi ada senamrobik, Rabu berlari keliling padang 2-3 kali, Khamis main bola sepak, bola jaring dan sebagainya.
Semua ni depends pada Kementerian Pelajaran dan sekolah la. Kalau tengok kat oversea tu siap ada swimming class lagi. Budak-budak kecik lagi dah diajar bermain so mestilah sihat kan. Parents pun kena main peranan. Jangan la asyik bagi anak-anak makan makanan berlemak-lemak sangat ni. Kalau dah terpaksa then kena la pastikan anak-anak tu aktif sikit. Ajak la diorang swimming ke, jogging ke, cycling ke. Tapi tu lah, parents sekarang semuanya sibuk dengan keje masing-masing. Diri sendiri pun tak terjaga inikan pulak anak-anak kan. I pun sama la tu. Hehehe....
So lepas ni nak bawak adik-adik and anak sedara I buat aktiviti la. Lari keliling kawasan rumah pun dah kira ok tu. Tak pun bawak lari kat taman. Wah mesti meriah kan. Pastu kat rumah nak paksa diorang melompat-lompat and berlari sikit. Kasi main sampai berpeluh-peluh baru lah sihat. Hopefully berjaya lah dilaksanakan sebab I ni kalau kat rumah boleh tahan malas jugaklah nak keluar. Dok terperap aje memanjang. Hehehe....
Sama-sama lah kita berusaha untuk memastikan taraf gaya hidup yang lebih sihat diamalkan untuk kesejahteraan semua.
No comments:
Post a Comment