Saturday, April 09, 2011

Early birthday gift

So yesterday as planned we had our weekly walkabout to Alamanda. I love the view all the way. Putrajaya ni cantikkan. Tapi sayang selalu tak berpeluang menikmati keindahan Putrajaya ni. I guess kalau orang Jepun and Korea mesti suka gila dapat kerja kat tempat yang bertaman macam kat Putrajaya ni.




Sampai aje terus tuju kat sini

Orang tak de keje.....

Our lunch; Seafood Gala Platter For 2

Jemput makan ye

Alhamdulillah kenyang sudah. Puas hati sebab Cik Yanti pun suka. Cuma dia tak berapa suka the mussels. Tu yang I kena makan 3 out of 4 tu.

Early birthday gift from Cik Yanti. Sukanyaaaaa. Thanks a lot friend.

Lepas makan pegi usha-usha gift yang nak dibeli for April babies. Dik Man telah menghilangkan phone yang I kasi kat dia hari tu so I thought nak replace with a new one. Mesti semua orang bising nanti ni. Senang-senang kasi hilang and senang-senang dapat hadiah baru. Even masa diorang tau dia bagi hilang my phone tu pun diorang dah bising sebab diorang pun tak mampu nak beli inikan pulak nak dapat free. Hehehe.....

Entah la, I ni ada soft spot sikit kalau Dik Man ni. Memang dari kecik lagi dia rapat dengan I. Kalau kena marah dia tak melawan balik. Pastu kalau suruh buat apa-apa pun senang aje. Walaupun Mak Abah selalu marah sebab dia suka merayau pegi main games kat cybercafe and duduk rumah pun main games memanjang tapi bila suruh dia buat apa pun dia buat aje. Abah sakit pening dia la yang jadi tukang picitnya. Ok orang lain pun picit jugak bukan dia sorang je. Tapi tak pelah since rezeki I pun murah this month so I boleh la nak beli hadiah yang mahal sikit kan. Kira rezeki dia lah.

Untuk Ayum I tak tau nak beli apa. Handphone dah ada. Jam pun dah ada. Haaaa..... tau dah. Maybe I patut beli reket untuk dia. Dia suka juga main badminton tapi takde orang nak layan. Tapi mana de kawasan dah nak main kat rumah tu sebab my parents dah pasang canopy kat parking tu. Tak pe boleh simpan and main kat rumah baru nanti. Cewah... ye ye je I ni eh. Hahaha.....

For Hayat and Zakiah pun I tak tau nak beli apa. Kain pasang? Handbag? Purse? Kasut? Apa eh. Lagi besar lagi payah nak beli hadiah sebab almost semua benda diorang dah ada. Maklumlah orang dah kerja kan. Ish serius tak tau nak kasi apa ni. Nak kena riki ni apa yang diorang nak.

As for me, hmmmmm I ni banyak sangat benda yang I nak. Hahaha....... I pun tak sure nak beli apa for myself. New camera,?New phone? (oh no not again!) New watch? Adoi semua pun nak. Sudahnya beli semua dengan alasan hadiah birthday eh. Over betul. Every year memang I suka je beli hadiah kat diri sendiri and selalunya memang gadjetlah sebab gadget je yang mahal kemain pun kan. Apa eh nak beli tahun ni? Ok most probably camera or watch la kot. Although I memang rasa macam nak beli sangat new phone tapi kena la tunggu dulu at least for a few month. Phone I tu pun baru lagi. Nanti ada la kena perli-perli ngan my family sebab asyik la tukar phone kan. Hehehe.....

Kereta I dah ok. Malam tadi Abul datang tolong tukarkan bateri. Thanks la Abul ye. Terima kasih daun keladi, lain kali sila la tolong lagi. Hehehe..... So tu yang tergedik-gedik nak keluar tu hari ni. Kereta dah ok panjang la langkah I kan. List of things to buy I pun dah panjang dah tu. So jom kita shopping-shopping. Hehehe....

No comments: