Bulan June nanti ada kejohanan sukan antara jabatan dan agensi in this ministry kat Perlis. Kalau tak silap I sukan ni diadakan every 2 years. I ni macam biasa la kalau bab-bab sukan memang tak kuasa nak join. Selain dari tak athletic, semangat kesukanan memang tiada dalam diri ye. I ni actually tak berapa competitive sangat so kalau nak masuk competition memang la tak kuasa. Nak nak yang melibatkan sporting event or games ni.
Furthermore, I kan tak minat dengan balls ni. Any kind of it so futsal ke, bowling ke, bola jaring ke, bola tampar ke memang tak de dalam list ye. Nak main tennis and badminton pulak tak reti. Pendek kata, semua benda la I tak reti and tak minat. Tapi I suka traditional games. Congkak ke, batu seremban ke or any kind of traditional games la. Tapi gasing tu tak la ye, tak reti jugak nak main. Hahaha....
Selalu I memang tak kuasa nak join sukan-sukan ni. Kalau tak kerana terpaksa, memang korang takkan nampak muka I join games la. Tapi last time masa diorang buat sukan ni kat UPM, I macam berminat nak try my hands on congkak games. I can play congkak tapi takat main suka-suka je lah. Tak pernah la join tournament or anything. Sekali masa nak buat pemilihan tu, I tengok semua pun otai-otai and the way they play is quite different from the way I play. Yelah I main suka-suka, diorang tu bertanding so ok la I pun tak jadi la nak join. Even kalau nak pun I don't think I akan terpilih sebab ramai je yang pro.
As for this year, I teringin nak try on batu seremban pulak. Dulu masa kecik-kecik I selalu je main batu seremban and quite terer la jugak. Ecece..... Tadi ada la perjumpaan kali pertama dengan semua yang berminat nak main. Kak Nab, ketua pasukan telah menunjukkan cara permainan batu seremban mengikut format pertandingan. Again, adalah sangat berbeza dengan the way I used to play masa kecik-kecik dulu. Hai sape la yang ajar I main dulu eh. Kenapa la tak ajar I main macam yang semua orang pandai main ni.
To be honest, I macam malas jugak nak join based on the way everyone play. Semua pun macam otai je. I je yang macam terkial-kial. Dah la I baru nak get used to the step. Siap salin notes bagai ok. Nanti I publish my notes tu. Lawak pulak. Mengalahkan nak amik exam. Kak Nab kata ada banyak masa lagi nak practice and nanti kalau selalu practice mesti boleh main punya. Practice tu satu. Diorang kata masa main tu semua pun akan fokus kat kita. Uish tu yang I lemah tu. I paling tak suka jadi center of attention hence my dislikes of emceeing. Mau gabra main kalau semua dok fokus kat kita kan.
Hai...... I ni memang cepat je patah semangat kan. Hahaha..... Cepat kalau bab yang I tak la berapa minat sangat. Cuba benda yang yang betul-betul minat. Memang berusaha habis-habisan la. Anyway, nak join ke tak eh? Malu la kalau tak pandai main and menyebabkan team kita kalah kan. Tapi kalau bukan sekarang bila lagi nak join. Hmmmmm....... Nak join ke tak? Nak join ke tak?
2 comments:
Join jer.. for experience... kalah menang belakang kira...
Go for it
hehehehehe
- Tkt 7 -
Puan Anony,
Betul jugak kan. Join for the experience. Baiklah caiyok-caiyok. Akan berusaha practice lepas ni. Hehe..
Post a Comment