Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun jari memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya ada tingkah laku atau tutur kata saya yang telah menyinggung, menyentuh atau melukakan hati mana-mana pihak baik yang disedari atau tidak. Sesungguhnya saya hanya manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan.

Halalkan juga makan minum dan segalanya. Sekiranya ada hutang yang saya terlupa nak bayar tu, tolong lah tuntut ye.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

No comments: