Monday, February 28, 2011

Ahad yang tak berapa nak sibuk

Tajuk bersiri la pulak eh. Hahaha...... Ahad macam biasa bangun pagi and sambung kemas dapur. Semalam tu dah kemas tapi ada la beberapa benda yang tak dikemaskan. Settle that, prep ingredients untuk buat nasi goreng pulak. Guna leftovers je. Since I ni tak la pandai nak buat nasi goreng maka kita serahkan saja pada yang pakar. Mak buat nasi goreng kambing. Ish kambing tu. Kalau english sedap sikit bunyinya. Lamb fried rice. Mesti mahal kalau jual tu. Hahaha...

Since Along ni duduk kat Kluang, dia ada bawak kopi Kluang yang famous tu so breakfast la dengan Kopi Kluang Station. Since I feeling omputeh, I tak makan nasi goreng, I makan potato salad and pizza. Hehehe.... Lepas breakfast I menyapu and mop lantai. I suka la kalau ada ramai orang ni. Macam rajin je nak buat kerja. Bukan pasal nak menunjuk kata diri tu rajin tapi entah la. Maybe sebab sambil buat keje sambil menyembang so tak la bosan sangat. Kalau sorang-sorang mengemop semua tu macam bosan je. Fokus kat keje je. 

Along and Ila keluar lepas breakfast. I pulak lepas habis mengemas berborak-borak la dengan my family. By noon semua dah bersiap-siap nak balik. Ala sedih la pulak diorang ni nak balik awal. Sambil diorang bersiap I masak lunch. Lauk simple-simple aje. Dah makan semua dalam pukul 3 lebih (ke 4 eh) barulah diorang gerak. Mak Abah nak pegi melawat Nenek dulu. 

Petang nothing much buat pun. Lepas Maghrib hantar Siti balik. Then balik rumah tengok TV and sembang-sembang jap dengan Along and Ila pastu masuk tidur. Every time my family left my place, I akan ada one kind of feeling. Macam sedih aje. Hahaha..... Ntah apa-apa entah. Namanya je dah tua tapi still nak sedih-sedih. Maybe I should consider of relocating myself kan. Hmmmmm.....     

Sabtu yang lebih sibuk

Walaupun tido lewat tapi awal pagi dah bangun and menyambung kesibukan di dapur. I made coleslaw first. Then cook breakfast pulak. Pastu kemas sana sini and buat puding trifle. Mak tolong vacuum whilst Dik Man tolong mop.

By noon Mak, Abah and Eman ke KL sebab nak pegi amik kereta Abah yang dihantar repair. I pulak masak lunch tapi sudahnya no one pun makan. Termasuk la I sekali. Settle semua sekali dalam pukul 3pm. Barulah dapat bernafas. 

Rombongan pertama sampai dalam pukul 4 lebih kot. Along dengan wife and Putri dengan anak-anak. Dah lama betul tak jumpa si Putri ni. Almost 10 years ok. Mula-mula kasi diorang amik angin dulu. Lepas tu apa lagi, sesi kerahan tenaga la. Hahaha.... Since Mak terlupa nak bawak the meat tenderizer, so kenalah masing-masing mencucuk-cucuk the lamb dengan fork. Ada tukang cucuk and ada tukang grill. Bagus betullah. Eman sponsor pizza so right after diorang sampai I terus call Dominos. Ordered Incredible Meal 5; ada 7 regular pizza ok.   

My hard work won't be complete without any mishap. While arranging the lamb, I cut my right ring finger. It was deep. Blood oozes like nobody business. Ngeri kejap. Right after bubuh ubat and letak plaster,  continue with the lamb and masa nak letak dalam oven, I burnt my right middle finger pulak. Tsk.... Cuai betul la. Last-last budak-budak tu yang take over semua keje kat dapur. Syukurlah wife Along; Ila ni rajin orangnya. If not nangis ok.  

Mad Shah and Tyka sampai dalam pukul 6. Mak and Eman balik dulu and Abah kena tunggu kat worksyop. Around 7 Mak Ngah and her clan sampai. Abah sampai not long after that. Lina bawak spaghetti and Nadia pulak bawak marinated chicken. Ingat nak buat BBQ. Mad Shah and Dik Man beria-ia cari coal kat Alamanda last-last grill atas dapur aje sebab hujan. So tak merasa la nak berBBQ kat open balcony tu. 

Bang Long tak dapat datang sebab his girlfriend's stepdad passed away. Ira pun tak datang. We called her many times tapi tak jawab. Nevertheless, rumah itu tetap penuh dan meriah ok. Total attendees adalah 18 adults and 8 kids. Siti was the last to arrive. Meriah gila budak-budak tu berlari melompat etc. Itu apartment tu. Kalau I duduk kat teres tak tau la macam mana. 

Percaya tak, there was not even a single photo taken. Semua pun busy berbual and makan. Termasuk la host. Makan and makan and makan. Melecet-lecet mulut ni. Konon-konon nak bincang la pasal reunion kat kampung tapi tak de maknanya. Semua fokus on makan aje. Tak pe next time kita buat lagi. Dah lama tak kumpul ramai-ramai camni. Best la. Cuma penat la sikit. Along and wife sleepover at my place until today. Diorang tu LDR- Along kat Johor and Ila kat Kedah. So kasi can la diorang nak dating kat sini kan. Hehehe.... 

Anyway thanks to all yang datang. Seronok ok. We should do this more often. Kalau semua ada lagi best kan. Tak pe at least I dah initiate. Maybe lepas ni boleh buat kat rumah orang lain pulak. The last time we all kumpul ramai-ramai lepas aruah Datuk meninggal was on 1997. Lepas tu macam-macam hal berlaku and semua bawak haluan masing-masing. So tiada lagi kumpul ramai-ramai time raya. Jadinya cucu-cucu ni ingat nak satukan balik everyone. Tapi tak tau la bila tu. Maybe raya tahun depan la kot. Insya Allah.... 

Jumaat yang sibuk

Wah busy betul last weekend sampai langsung tak sempat nak update blog. Since I nak buat makan-makan sikit with the cousins on Saturday so sangatlah gigih membuat persiapan. Syukurlah ada Mak, Abah and Dik Man datang membantu. If not mau pengsan sorang-sorang. 

On Friday tu I left office early sebab ada braces review. Lama betul tak buat review. The last session was on September. Ish time nak makan besar ni lah nak buat review. Merasa la sakit dan melecet lepas tu kan. Review kali ni tak berapa bagus sebab dah lama tak pegi so alignment sudah banyak yang lari. If not dah boleh bukak dah. Aduhai....

Anyway I bawak Dik Man sekali masa jumpa dentist sebab lepas tu nak terus ke pasar tani. Punyalah gigih I menyediakan senarai things to buy sekali tertinggal kat rumah ok. Syukurlah I ingat semua benda sebab-hari-hari tengok list tu. From pasar tani balik rumah dulu for Asar prayer. Oh ada cerita kelakar. I bought burung puyuh goreng kat pasar tani. Then masa nak makan tu both of us kata itu anak ayam goreng.

Me : "Mak, Abah, meh la makan anak ayam goreng ni"   
Mak : "Eeeee anak ayam? Gelinya nak makan"
Me : "Eh sedap apa. Meh la makan"
Mak : "Eeee tak nak lah"
Me : "Hahaha..... Bukan anak ayam la. Burung puyuh. Hahaha.."

She didn't see the burung puyuh masa tu. Percaya je orang kata anak ayam. Ish I pun tak lalu nak makan kalau anak ayam ok. Tapi bila dah makan, amik nak, my mom makan 3 ekor ok. Last-last kena sound, "Ni sape yang kata geli ni tadi?" Hahaha.....

Lepas selesai kerjakan burung puyuh tu, I dok kelentang-kelentung kat dapur pastu lepas Maghrib ke Alamanda with Dik Man. Ada benda lagi yang nak kena beli. Padahal benda-benda yang beli kat dapur tadi pun dah penuh satu fridge tu. Ada-ada je I ni kalau nak membeli tu.

Balik rumah and terus buat potato salad. Pastu prep veges for coleslaw tapi yang tu nak buat pagi esoknya. Kemas itu ini pastu buat brownies pulak. By the time I finished everything, dah pukul 1.15am pun. Hoh tak terasa masa berlalu bila banyak keje ni. Mak dah selamat sampai ke mimpi la kan. Hehehe.....

Bila nak tidur baru terasa sakit pinggang and belakang semua. Penat betul. Ok nanti sambung.

Friday, February 25, 2011

Wonderful mother

Today I bawak bekal for breakfast; bread pudding. I buat last night. Pastu pagi ni reheat balik. Best betul kalau boleh prepare bekal everyday. Although I bangun 5.30am everyday nowadays tapi macam tak sempat je nak buat apa-apa selain dari normal routine of minum air kosong beberapa teguk - termenung panjang in between - siram pokok - and bersiap ke office. I always set target that by 6.30am I dah keluar rumah. Kadang-kadang terlajak jugak between 5-10 minutes. 

Actually kalau I tak rushing to office because of that parking problem, bukan takat sempat nak prepare breakfast, nak makan terus kat rumah pun boleh kan. Provided I bangun awal jugak lah kan. Bila merenung akan kemalasan diri ni, teringat akan kegigihan my mom. My mom pergi kerja sendiri jugak; naik teksi masa kat KL and naik bas masa kat Sarawak. Tapi dia boleh siap masak every morning ok. Assistant dia ni lah yang tengah menaip ni. Hehehe..... 

Since I am the oldest daughter, it is naturally la for me to pikul all the responsibility to be my mom right hand kan. Dah la drill officer tu garang gila. Takut ok. So sangat la berdisplin masa tu. I woke up almost as the same time as my mom. Made the bed and terus masuk dapur whilst my mom did her prayer. I rasa I start helping her in the kitchen every morning since I was 10. Adik-adik I umur 10 tu dok bersukaria je lagi. First thing would be to masak air. Then kupas bawang. Then siapkan ikan. Kalau daging and ayam I tak reti. Ikan je I terer. Mana taknya, every Sunday I kena siang berkilo-kilo ikan ok. Settle semua barulah mandi nak pegi sekolah. Oh kadang-kadang tu siap kena basuh kain pagi-pagi ok. Tension betul I masa tu. Padahal ada maid.  

My mom was raised that way. So she raised me up that way too. Dulu tension gila ok. Tapi if not because of that experience, I won't be someone I am today kan. Bezanya I tak seaktif my mom sebab I bangun and siapkan diri I sendiri aje sekarang. Mana ada buat apa sangat kan. My mom tak. Now that dia dah tak masak pagi-pagi (since Abah pencen), she would sapu longkang, siram pokok and cuci toilet. Boleh? Every freaking day ok. Gigih betul la. No wonder my mom tu sentiasa aktif, kekal muda dan body pun slim. Itu rahsianya. Tak payah nak pegi lari-lari or ke gym ni kan. Total body workout gitu. Hehehe..... 

I tak tau la kalau I dah kawin esok. Kalau kawin la kan. Mampukah I jadi sehebat my mom? Managing everything single-handedly. Patut la dia garang mengalahkan my dad yang askar tu. Dia stress. Kita budak-budak masa tu mana tau istilah stress ni kan. Selalu la tertanya-tanya dan mengeluh; "Apasal la mak kita ni garang sangat?" Tapi sekarang dah tak garang dah la. Bila dah makin tua, tolerance tu dah makin tiggi. Dah banyak benda dia dah tak kisah sangat dah. Lagipun sekarang dah ada orang yang take over bab-bab membebel ni. Orang tu tak lain dan tak bukan ialah.... Hehehe....  

Mak got her own set of do's and don'ts. Thank God she didn't attend any protocol class. If not, dah macam English lady zaman dulu-dulu lah I ni kan. Even ni dah umur nak masuk doublethree ni pun masih kena tegur ok. Basuh pinggan jangan berbunyi, makan jangan berbunyi (berborak tak pe tapi jangan mengunyah sampai berbunyi), tutup pintu jangan berbunyi, duduk kena sopan, batuk and bersin jangan depan orang, nak mengibas benda pun jangan depan orang and thousands more. All that ajaran yang telah diterapkan memang lekat until today. So don't blame me for being what I am. Cerewet and banyak sangat peraturan. Nak buat macam mana... Dah terbiasa kan.

Anyway, my parents ada kat rumah tu. Diorang sampai malam tadi. Datang bertiga je with Dik Man. Abah nak repair kereta. Kesian Abah kena drive sendiri. Nak buat macam mana, Hayat tak boleh cuti. Since esok nak buat cousin's gathering, sebeban benda diorang bawak ok. Segala mak nenek sos dan rempah ratus and termasuklah beras sekali ok. That's my mom. Sentiasa ingat kat anak-anak dia. Hehehe......

Entah apa la my mom buat kat rumah tu. Siap bawak vacuum sekali I tengok. Mau berkilau rumah tu. Nak harapkan anak dia yang sorang ni, memang berabuk aje lah. Hehehe..... 

Thursday, February 24, 2011

By-the-recipe baker

Hey I'm not alone it seems. Read this from Reader's Digest just now. Hahaha.....

My wife is a by-the-recipe baker. But that attention to detail still hasn't made her chocolate chip cookies taste any better. One day, after the cookies had been in the oven a while, I smelled a familiar odour. "They're burning!" I shouted. "I know" she said nonchalantly. "Aren't you going to take them out?" "No. They still have six minutes" - William McEwen- RD Dec 2010
Lega rasanya. Lalalalalala......

Cooking logic

I tak tau la kenapa but me and cooking logic definitely have a very very very long way to go. Benda simple pun I tak boleh nak fikir ok. Hence all the kegagalan. Ok not that gagal la cuma tak berapa nak menjadi. In a way I learn alot thru that mistakes but hey.... takkan la common things pun tak boleh nak fikirkan. Malu betul la. Menangis la sapa nak ajar I baking ni. Thank God ada Puan K yang rajin explain. Sila abaikan me and my lurus bendul tahap tak tau cak cakap apa dah tu.

When trying out new recipe or even doing the same recipe for what ever time it was, I always followed the instruction word by word ok. So sometimes akan berlakulah kerentungan, kekerasan, kecairan dan sebagainya. Agak frust la jugak but I will not stop trying. Basically I sangat frust dengan diri sendiri je kerana tak dapat nak berfikir dengan logic. But hey I kan budak baru belajar. So cool Eny...cool. Bukan nak masuk pertandingan ke apa kan. Ok..ok.. I will....

Cuma nak share la sikit akan tahap teruknya I in baking logic ni. Contoh la kan masa I buat cupcakes using the recipe yang Puan K ajar hari tu. Patutnya bila buat in cuppy version, I kenalah lowerkan the temperature or shorten the baking time kan. And also the oven. Kena lah tengok saiznya. Tapi I tak. Ikut jugak the instruction. Sudahnya rentung cupcakes I tu. Dah la pakai oven my mom yang canggih. Pasang api atas bawah siap dengan kipas lagi. Mau la tak rentung kan. Bukak aje berasap-asap ok. Hahaha.....   

Semalam Puan K telah menerangkan dengan agak terperinci la jugak on that stuff. Kena tengok on the acuan size and the oven size. I dah faham dah. Errr... tapi macam tak berapa nak ingat sangat la. Nanti kena tanya lagi lah. Hopefully she won't pissed off with me la. Hahaha..... But basically if you lower th temperature kenalah add on baking time. Ni selalunya untuk elakkan daripada crack. Patutlah cake I selalu crack kan. Tak pe nanti I akan berlatih dengan lebih gigih lagi.

And then semalam masa nak bake the brownies, I tengok ada line calar dekat baking tin tu. I was in a doubt nak guna or not the tin tapi tangan dok greasing jugak. So sambil greasing tu I fikir maybe I should use the baking paper yang I beli hari tu. So lepas potong I try letak dalam baking tin tapi terlebih-lebih. I cuba adjust-adjust and dia macam ada kedutan la sikit. What was on my mind ialah kalau guna jugak then the end resut akan jadi kedut-kedut just like the paper. Ok fine I guna the other baking tin yang slightly bigger. Dah membazir the baking paper and margarine. Patutnya I just trimmed the paper and lining only the bottom part la kan. Bukan nak kena lining keliling ke apa. And yes I realised that only after talking with Puan K tadi. Tsk.... Apa lah Eny ni.....   

Macam mana la orang-orang yang tengok je recipe dalam internet, buat sekali and terus jadi tu kan. Hebat betul la diorang tu. Tak pe sooner or later kalau I tekun mesti I pun akan pandai jugak kan. Atau kalau tak pandai-pandai jugak, then terima jelah. Ala bukan semua orang dalam dunia ni pandai and boleh masuk universiti. Same concept la tu. Bukan semua orang akan pandai masak. Kan...kan.... Statement penyedap hati namanya tu.    

Murah rezeki

Minggu ni murah betul rezeki. Macam-macam orang bagi. Alhamdulillah. Terima kasih la kepada yang memberi. Last Tuesday Puan K kasi kek rainbow. Serious cantik gila kek tu. Very striking colour. I like! Sayangnya tak de gambar nak share. Tapi memang cantik lah kek tu. Then for berbuka I bought my favourite Whopper Black Pepper at Burger King. Sekali dapat free Whopper Jr. Best betul lah. I simpan dalam fridge and semalam reheat and makan fpr berbuka. Wah 2 days in a row makan burger ni.  

Semalam pulak Puan K kasi vanilla muffin. The other day I mengadu kat dia pasal muffin yang gagal tu. So dia balik and buat the muffin according to the same recipe. Rajin betul kawan sorang ni. Kagum I. Balik from taking the muffin from her, tengok atas meja ada paper bag berisi buah naga. Dalam hati dok tertanya-tanya sape pulak yang kasi ni sekali ada call masuk. Wah tertanya-tanya terus dapat jawapan eh. It was Kak Zah. Rezeki betul. So nanti boleh makan buah naga. 

To some it might look like a small gesture je tapi not to me. Diorang ni selalu buat I terharu tau. Terharu sebab with all the surrounding circumstances, masih ada yang menyayangi. I'm blessed. Syukur kepada Allah and terima kasih kawan-kawan. I love you all lah.

Tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima. Oh tangan I ni nak jugak jadi tangan yang baik. So malam tadi I buat mocha orange brownies. Unfortunately my new IKEA baking tin telah tergores lantas menjadi a but rusty. Ni mesti masa buat apple crumble aritu ni. I guess ada orang guna sudu besi kot. Thank God it's not that expensive. Tapi sayanglah jugak. So terpaksa la guna the other baking tin yang agak besar. The brownies tidaklah tebal and for me a bit dry on top. Tapi haritu Puan D kata brownies memang dry on top. Ok lah jadi la kot the brownies. But I prefer the first one although yang itu dah jadi macam kek aje.

Esok ada baking project with Puan K lagi. Can't wait. Bestnya.....

Wednesday, February 23, 2011

Kerabunan

Walaupun mempunyai mata yang cantik (hehe ada la yang mencebik tu...) tapi kerana tidak dijaga dengan baik lantas menyebabkan ianya kerabunan. Bila dah rabun kena la pakai spec. Contact lens? Ish tak berani le teman. Nak letak eye drops pun takut inikan nak letak lens dalam tu. Dah la selalu ada bulu mata masuk dalam mata. Kalau ada contact lens nanti payah pulak. (alasan je tu padahal takut nak pakai lens)

I rasa I start pakai spec masa I form 4 or 5 kot. Macam mana I tau I rabun? Sebab I tak nampak muka orang. Boleh gitu? Hehehe..... I dulu masa form 4 and 5 pegi sekolah jalan kaki. Since I tinggal dalam kem and sekolah kat luar kem, kena la lalu kat MP setiap hari. MP atau Military Police tu ialah pak guard yang jaga gate kem. In case ada yang tak tau lah. 

Anyway, I perasan bila dah sampai dekat area MP tu, I tak nampak muka MP tu macam mana. I tau ada muka kat situ tapi mata, mulut, hidung semua kabur. Bukan takat kabur, tak nampak. Nampak ada muka aje. Hehehe.... Pastu bila sampai depan gate sekolah, I tak nampak muka students from the opposite direction. I nampak muka sekadar muka je lah, mata hidung semua tak de. So I rasa pelik la.

And then I dulu duduk kelas science. Bila belajar chemistry, I tak nampak formula kat depan tu. Sape belajar chemistry tau la kan formula-formula molecule yang entah apa-apa tu. Bila semua salin nota, I tak salin sebab tak nampak formula tu. Dah la tulisan cikgu I tu come lote. Bila dia tengok I tak salin nota, dia tanya la kenapa and I cakap la I tak nampak. Until then I tak tau lagi yang itu tandanya I dah rabun.   

So my chemistry teacher cum my class teacher; Miss Tham adalah orang pertama yang bagitau I ni rabun and suruh I pegi check mata. Laaaa... rabun ke? Tak tau la pulak. So my mom bawak pegi Kobayashi Optical. I masa tu ada addiction towards everything japanese so seronok la buat spec kat kedai jepun. Hahaha... patutnya sedih sebab dah rabun. Can't remember the power then (ala yang current pun tak ingat jugak) tapi that new spec tak sempat pakai dah patah ok. Adik I patahkan. Bengang betul I masa tu. Terpaksa la letak selotape. Masa tu my parents bukan ada duit. Not like now boleh nak tukar spec selalu. Adik-adik I punya spec jauh lagi mahal dari I punya ok. 

Anyway, masa mula-mula pakai cikgu and kawan-kawan semua sorak. Kelakar ok. Tapi I pakai on and off. Tak best la pakai spec ni. Penglihatan agak terhad sebab kalau nak tengok apa-apa kena gerakkan kepala supaya mata dan lens tu selari dengan benda yang nak ditengok. Kalau dulu gerak mata je dah cukup. Until I dah kerja and power dah naik sampai 200++ barulah I pakai setiap kali keluar rumah. Kat rumah memang tak pakai pun. Especially now la. Power dah tinggi and kalau tak pakai memang sangat terhad jarak pemandangan. Even nak tengok TV pun dah kena pakai spec sekarang ni.
   
Orang pertama pakai spec dalam family ialah my brother Eman. He was in primary 5 or 6 masa tu. Followed by Bang Long when he was in form 4. Both start pakai dengan power yang tinggi gila. I'm the third with lowest power. I tak ingat berapa tapi sebelah less than 100 and sebelah lagi more than 100. I nak pegi check la my current power. I can remember all 20 birthdate of us in the family including both my parents IC number but not my own spec power. Ish....

Ok continue balik giliran memakai spec. Lepas I, my brother Apis pulak. Oh dia ni lah yang nak kawin next month. Lepas tu the youngest one Ayum pulak. Dia lagi teruk. Start pakai masa primary one kot. Since dia ni anak kesayangan, I rasa spec dia lebih banyak bertukar dari I kot. Dah la mahal-mahal. Patah je terus tukar. Kalau I, nak bagitau pun takut ok. I rasa my first spec aje yang my mom buatkan. Ok the second one which was few weeks after that pun la. Hehe.... The third one I buat masa kat U guna my own pocket money. Fourth and seterusnya semua guna my own money la. I jarang buat spec sangat. Even the current one pun dah setahun tak berganti. The only time I gila buat spec ialah masa I baik dengan sorang optometrist ni. Ala sebelah Guardian yang I keje je pun. Masa tu ada berapa spec ntah. 

Ok ok sambung lagi. Suka melalut-lalut tau. Lepas Ayum, Abah pun pakai tapi Abah punya ada 2 power; dekat and jauh. Mak pun pakai jugak tapi untuk yang dekat aje. Kalau dia mengaji atau membaca dia pakai la. Beli spec ribu-ribu tapi bila nak tengok suka teropong guna tangan. Memang annoying kalau I tengok. So I selalu la sound. Derhaka punya anak. Hehehe..... Lepas tu Thalha. Mamat pun rabun rasanya tapi I tak pernah nampak dia pakai spec. Meja je yang pakai sebab spec tu sentiasa atas meja. Hahaha.... Yang paling latest adalah Akak. Baru-baru ni masa balik cuti CNY, I tengok dia dah start pakai. Tapi bila nak keluar aje lah. 

Wah ramai jugak yang pakai spec in the family kan. Duit mak I asyik habis buat spec aje lah. Dah la suka buat spec mahal-mahal. I pun tak buat spec mahal macam diorang tu. I ingat nak ganti my current spec ni tapi nanti lah dulu. Tak sempat nak buat survey lagi. Kali ni nak check betul-betul. Dulu I buat spec tak pernah melecet tapi my last 2 specs ni telah membuatkan telinga I melecet dengan teruk. Padahal dulu buat spec tak de jenama sangat. Ingat beli mahal-mahal ok la. The second last adalah pink Swatch. I buat in 2007 and pakai sampai 2009. Teruk telinga I melecet bila dah lama-lama. Lepas tu I tukar tu current purple Bonia. Paling cantik dan paling mahal tapi sama je. Melecet jugak kat telinga tu. 

I tak perasan pun tapi bila I cerita kat Bang Long and he told me something baru I perasan. All my not so expensive specs before ada spring dekat tangkai dia tu. So the spec boleh la diregangkan according to your face. Yang Swatch and Bonia tak de. So maybe itu yang menyebabkan dia melecetkan telinga I tu. Ok I dah google on this stuff. Melecet kat telinga tu dipanggil pressure sores. One of the reason adalah due to ill-fitting spectacles. So memang betul la sebab spec tu kan tak boleh diadjust.

So lepas ni kalau nak beli spec baru, bukan takat tengok cantik aje tapi kena pastikan ada spring. Kriteria lain ialah colour. Dulu-dulu my spec mesti warna biru. Pink Swatch adalah yang pertama berwarna pink. Then Purple Bonia. Lepas ni nak colour apa pulak eh? Biru ke purple? Next criteria ialah frame. I start off dengan full-frame. Pastu tukar frameless tapi agak fragile, cepat je patah. Patah kat lens dia so tak pasal-pasal kena tukar lens baru. So tukar pada half-frame. Lepas ni nak continue half-frame atau frameless eh. Tapi frameless cantik sikit. 

Yang pasti, my new spec won't cost me sampai ribu-ribu la. Mak punya brand Aigner. Abah and Eman punya brand apa ntah tapi ribu-ribu jugak. Dari beli satu spec sampai 2-3 ribu, baik I beli 5 spec terus. Hari-hari boleh tukar kan. Hehehe.....   

Another kind of addiction

Yesterday before going home, I checked my mail for the last time. Sekali tengok Air Asia ada buat promotion. Saje-saje la I clicked and dapat tiket murah ke Kuching. Return ticket baru RM32. Kalau campur yang lain-lain like seating, luggage and foods pun tak sampai RM100 lah. Teruja betul nak pegi tapi bila I call Mak tak dapat. Call kawan-kawan lain pun tak dapat. Call tu bukan apa, nak mintak no IC je. Oh IC my mom I ingat tapi saje lah nak bagi tau dia kan. Kalau I dah beli tiket mesti diorang akan pegi punya. Lagipun time tu cuti. Tapi tu la. Tak de sorang pun jawab call. Malam try lagi tak dapat dah. Hari ni pun sama. Hish rugi betul. If not boleh pegi jalan-jalan buang duit lagi. Hehehe....

Anyway after office I terus ke Alamanda with my long list of things to buy. I'm hosting a cousins get together this coming Saturday so banyak la benda nak beli. I memang sentiasa ada list of things to buy sebab kalau tak tulis selalunya I akan beli benda yang dah ada and benda yang tak de tu lah yang I lupa nak beli. List tu sebagai panduan benda yang wajib kena beli tapi selalunya mesti terbeli macam-macam. Like I said before, I ni suka sangat shopping groceries. Ada je benda nak beli. 

Like yesterday. I siap beli paper plates and cups with plastic forks and spoons. Padahal I have enough glassware  for everyone to use. Pastu ternampak baking paper. Ambik sekotak. Paling tak tahan, I beli Lea and Perrins Sauce. Padahal I tak tau and tak pernah pun guna sauce tu. Cuma baru-baru ni I googled some recipe and ternampak sauce itu sebagai salah satu ingredients. So saje la beli in case I nak try that recipe ke kan. In case.... hehehe..... Pastu I plan nak buat pie with a friend so beli la quiche pan sebab lebih kurang je bentuk dia. Entah berapa banyak baking stuff I nak beli daaaa.....

I always have this I-might-need-this situation every time doing groceries shopping. Might need this, might need that and last-last bila bayar memang banyak la kan. Although I live alone, my groceries bill cost me few hundreds jugak lah every month. Macam la ada family besar kan. Suka je nak penuhkan trolley tu dengan macam-macam benda. Hehehe.....

I don't know. I just love being in supermarket. I can spend hours browsing every alley. Semua benda nak tengok and belek. Tu yang beli macam-macam tu. Cuma bila in a hurry je I akan budget my time in there. And beli pun yang penting-penting aje. In which selalu jugak la buat. Tapi kalau tak budget time, tu yang melalut-lalut tu. Nak-nak shopping sorang kan. Sukati I la nak buat apa pun. Kalau ada kawan at least ada la perancangan sikit kan. 

Tu cerita supermarket. Kalau ke wet market pun sama. Ada je benda nak beli. I memang tak boleh tengok sayuran segar ni. Geram aje. Padahal tak la pandai masak pun. Hehehe.... Beli sayur ni, sayur tu pastu bila masak mee ke, lebih sayur dari mee. Bagus tu memang la bagus tapi bukan boleh makan semua sekaligus kan. So mesti ada yang layu especially those green leaves one like sawi. Ke kaedah penyimpanan I yang tak betul?  

Is this some kind of addiction? Ye la shopping ni kan salah satu terapi. Retail theraphy gitu. Hehehe.... Mujur la I ni jenis suka groceries shopping aje. Mahal-mahal pun still affordable la. Imagine kalau I jenis suka make-up stuff, clothing, shoes or handbags or accessories ke. Mau makan pasir je I every month. Hehehe.....

I will have another round of shopping to do sebab ada benda tak beli lagi and wet market pun kena pegi jugak. Hopefully I won't go overboard this time. Senarai dah buat tapi..... hehehe.... tunggu dan lihat je lah nanti noooo.  

Tuesday, February 22, 2011

Hooked

Since dah lama betul tak puasa, I started again yesterday. Although pening tak hengat punya tapi Alhamdulillah berjaya jugak bertahan sampai ke petang. Nothing much at home that can be cook selain dari telur dan ikan bilis so puas jugak fikir nak berbuka dengan apa. Thank God a friend suggested that I beli je lauk at food court and then balik nanti just masak nasi and panaskan balik je lauk-lauk tu. Haish kenapalah I tak pernah terfikir nak buat sebelum ni eh. Kalau tak de benda nak masak gigih la I pergi membeli bahan mentah ataupun beli je makanan on the way balik tu. Hai makin jauh la I dari masak-memasak kat rumah macam ni. Ok la sekali sekala boleh la buat kan. Tapi macam nak buat lagi je hari ni. Hehehe....

It seems like Monday would be the day I akan tidur lewat sebab dah terhooked dengan a few series yang best. I ni selain dari drama korea (sekarang dah tak de cerita korea at night kan) suka tengok cerita berbentuk crime and investigation. Thats why I suka sangat channel C&I kat Astro tu. Tapi kalau novel tak berapa sangat. Dulu je rajin baca sekarang more on lovey-dovey materials or bibliography or any other stuff but definately not about penyiasatan-penyiasatan ni.

Anyway, on Monday kan ada banyak cerita best from 8.30pm till 11.30pm. After that I dah tak mau amik tau dah cerita apa. If not lagi la lambat I tidur. 8.30 at Ntv7 ada The Mentallist. I suka sangat Simon Baker atau wataknya Patrick Jane dan his CBI team. Macam pelik tapi dia ada cara dia tersendiri untuk menyelesaikan setiap kes. Right after that continue kat 8TV pulak with NCIS: Los Angeles. Team NCIS ni memang best la lead by Chris O'Donnel atau nama watak dia G Callen. Then at 10.30 ada Criminal Mind pulak with the BAU team. Last week tengok cerita ni sampai menangis-nangis. Entah apa-apa je. Last night walaupun masih pening and tak selesa tapi tahan jugak lah tengok. Sampai tertidur-tidur halfway ok. 

Nampak gayanya ketagihan menonton TV telah mula kembali. I used to be a TV addict tapi bila duduk rumah tak de TV for few years, I dah tak tengok TV sangat. Sekarang ni asyik fikir cerita kat TV je. Yang tak bestnya, my life akan jadi around TV aje la. Nak ke mana-mana pun tak senang sebab ada cerita menanti kat TV. Kadang-kadang bila terlepas an episode mesti terfikir-fikir apa la dah jadi. Hehehe..... 

Ada jugak series yang best tapi I tak ingat sangat hari apa. So bila tak tengok tak la terasa apa-apa. Tapi bila dah tau memang nak kena tengok la and kalau termiss mulalah rasa tak kena. Teruk betul dia ni kan. Kalau weekend je bosan sebab tak de cerita best waktu siang. Tu yang kadang-kadang boleh terbabas tengok citer hindustan tu. 

Thank God I tak subscribe to Astro. Kalau tidak tak tau la apa nak jadi.        

Monday, February 21, 2011

Isnin yang pening

I was so exhausted yesterday that I didn't do anything at all besides cooking for lunch. Itu pun just the simplest dish aje; masak nasi and goreng udang. Almost all the time I baring kat sofa tengok TV with my netbook kat atas dada. Instead of feeling much better atau bersemangat, I end up feeling lebih lesu lagi. Ceh! 

Since tak de apa nak buat plus tak de cerita best kat TV, I went to sleep at 9.30pm. Tapi dapat tidur 3 jam aje. Was awake at 12.30am pastu terus tak boleh tidur. And this morning I'm having this really bad headache at my left side. Ada orang kata migrain tapi tak tau la. Yang tau sakit and mata pun macam sakit sikit especially bila tengok PC.

Talking about PC ni kan, I rasa my new PC ni strained my eyes and kepala pun selalu sakit la. Kenapa eh? Maybe I should ask those IT people kan. I dah perasan lama dah. Bahaya betul. Dah la kejenya mengadap PC dari pagi sampai petang. Pastu sambung kat rumah mengadap TV and netbook pulak. I really need to go somewhere yang tak memerlukan I tengok benda-benda ni and tengok hutan aje. Hmmm bila nak pi melawat orang asli lagi ni....

This whole week I rasa akan busy la. Kerja of course la. Pastu weekend ni cadangnya nak buat gathering with all cousins. So banyak benda nak kena selaras. Rumah pun nak kena kemas. Not that rumah tu bersepah tapi habuk banyak sangat. Pastu nak kena panggil maintenance lagi. Kerta pun dah terlebih due untuk diservis.  Call worksyop asyik tak de orang jawab pun. Plan nak cut my hair oun asyik la tertangguh. Ish banyak benda nak kena buat ni. Hopefully sakit kepala ni tak la melarat-larat.   

Sunday, February 20, 2011

Kenen-kenen

Ok nak tau apa cerita menarik yang terjadi di rumah Nek Ngah? Cerita kenen-kenen la apa lagi. Since semua pun kebujangan, ada je yang nak match-match kan. Nek Ngah nak match kan errr... ada la orang tu dengan her grandkid. Anak kepada her first daughter. Arwah Tok Ngah ialah adik to my Nenek, so that makes my mom and the daughter cousin la kan. What is the relationship of us and the children of my parents's cousins eh? Second cousin ke? Ish I bukan tau sangat bab-bab relationship ni. 

Anyway, I ni macam tak berapa sangat kalau sepupu ke, dua pupu ke, tiga pupu ke, kupu-kupu ke... Eh kupu-kupu pulak. Sebab sedara kan. Nak-nak yang closed ones although I tak kenal pun dengan cucu-cucu Nek Ngah ni. Tok sah kata cucu, anak-anak dia pun tak berapa sangat kecuali yang bongsu sebab Pak Cik Syawal memang selalu ada kat semua kenduri. In fact masa aruah Tok Ngah meninggal, ada la cucu dia yang tanya I ni sape sebab ada kat rumah tu dari pagi sampai malam. Amboi tak kenal I eh. I pun tak kenal jugak dia tu sapa. Hahaha.....

Nek Ngah ni macam serius aje. Takut la pulak. Nak kata tak mau terus macam tak manis pulak kan. Nak kata dah berpunya nampak sangat menipu. Pastu itu akan menjadi modal la pulak lain kali kan. Eh kata dah berpunya, bila lagi nak langsungkan. Tak baik nak tunggu lama-lama. Hah tak ke haru? Masa nak balik tu, yang lelaki semua dah masuk dalam kereta. Nek Ngah tanya I; "Nenek nak tanya sekali lagi ni. Dah berpunya ke belum? Ke tengah menunggu?" Ewah tengah menunggu tu. Ish susah jugak nak jawab tu kan. I segan sebenarnya kalau sedara-mara yang tanya. Kalau kawan-kawan I selamba je. Tapi dengan selambanya I jawab, "So far belum la lagi. Tapi tak tau la nanti kan". Pastu terus I cepat-cepat masuk kereta. I tak pandai la nak handle this kind of situation. 

Hopefully Nek Ngah tak la terasa hati dengan I. Sebab nampak sangat tak berminat kan. Hehehe...... I bukan apa, sedara-mara ni memang I tak minat la. Tapi tak tau la kot esok lusa tetibe terkawin dengan sedara sendiri kan. Tu la jodoh namanya. Jangan korang mengata pulak kat I. Hah tu la dulu kata tak nak sangat. Last-last kawin dengan sedara jugak. Benda in future bukan dalam kawalan kita kan. Kalau boleh I nak elak la. Tapi kalau dah jodoh nak buat camne lagi. Terima je lah.

I ingat lagi masa my closest colleague kat Guardian kawin. I pegi sampai ke Johor sana and tidur at her house for 1 or 2 night kot. Although I was the quiet ones and another partner yang pandai bersosialisasi dengan makcik-makcik kat situ tapi diorang berkenan la pulak nak kenen-kenenkan I dengan ada sorang cikgu tu. Ewah cikgu tu. I was 28 masa tu tapi diorang budget I baru dalam early twenties. Cikgu tu baru 23 kalau tak silap. They took my phone number and we start communicating. He's ok but macam kanak-kanak la pulak. I ni pulak entah kenapa memang kejap aje la kalau benda-benda thru phone ni. I cepat loose interest. So memang kejap aje lah. Rupa dia macam mana pun I tak tau. Hehehe..... 

Hai....this stuff adalah sesuatu yang I pun tak tau nak cakap macam mana. I tak tau I nak apa sebenarnya. Still figuring out this stuff. It's about my life we're talking about. Risau ok. And being someone yang banyak sangat berfikir memang sangat tidak membantu ok. I tend to lihat dari semua sisi. Semua pun ada pros and cons. So just wait and see. And tolong doakan yang terbaik for me. Kawin ke, bujang ke, I tak kisah as long as I'm happy. Kan.        

Mission accomplished

Alhamdulillah selesai sudah tanggungjawab yang diamanahkan. Kalau ada pun maybe satu dua lagi tapi yang utama-utama semua telah dijemput. Of all days kami keluar menjemput, semalam adalah yang paling memenatkan sekali.15 hours outside ok. Left home around half past 8 and reached home back exactly 15 hours later. As always I am the first to leave and the last to arrive. Exhausted to the max lah semalam. Team menjemput telah bertambah dari 2 kepada 4 dengan ahli yang keempat adalah my cousin Mad Shah/Adik/Angah. Keep jumbling his pet name. Kejap Mad Shah, kejap Adik, kejap Angah. Hehehe.... Tapi tuan punya badan memang bahasakan diri dia Adik la. Adik umur 31. Kikiki....

From Putrajaya ke Seri Kembangan to pick up Eman, then to Taman Desa for Bang Long and Lembah Keramat for Adik. Since semua pun kelaparan, went for breakfast first in which I had 2 piece of roti canai and a cup of nescafe tarik; something much regretted later. Then perjalanan dimulakan dengan rumah pertama ialah rumah Tok Lang kat Sg. Choh, Serendah. Actually Adik ada bawak GPS. Garmin lagi tu tapi hampeh tak boleh guna. Tak tau kenapa. 

Perjalanan ke Serendah ok tapi bila dah sampai kat kawasan kampung tu mulalah kesesatan and terpaksa la membuat talian hayat to Tok Lang. Knowing the we'll be coming, terus menantu dia kena masak lunch and kesatan kami memberikan banyak masa la to the cook kan. Alhamdulillah semua nampak sihat although Tok Lang still batuk-batuk and Nek Lang who lost her sight already still rancak bercerita. Lama betul tak datang sana. Tok Lang selalu ajak suruh datang rumah tapi biasalah kitorang ni, plan je nak pegi tapi tak pernah yang sampai. Mula-mula dihidangkan dengan teh-o pastu during lunch ada ribena. Bang Long letak banyak betul nasi sampai nak termuntah I nak habiskan. Tu yang menyesal makan roti canai 2 tu. Banyak benda yang dibualkan but mainly pasal kitorang yang tak kawin lagi ni la. Macam-macam pesan Nek Lang Hehehe....          

From Rawang ke Klang; rumah Tok Busu. Again perjalanan ke sana ok tapi bila dah sampai kat kawasan kampung tu kesesatan lagi. Oh please don't ask about the GPS. Terus I have doubt on buying one for myself. Bila sesat, buat talian hayat to Tok Busu in which selepas itu memaklumkan kat Nek Busu akan kedatangan kami. Masak lagi. We reached there around 3pm so terus solat Zuhur dulu sebelum I offered to help Nek Busu masak. Nothing much just beehoon goreng and puding jagung. Erk makan lagi. This time with air sarsi pulak. 

Nek Busu sorang je kat rumah sebab Tok Busu kerja. She looks healthy despite having high blood pressure jugak. Stranded there until half past 5 due to heavy rain. So lepas solat Asar baru balik. Next destination ialah Keramat AU2; rumah Nek Ngah. Kat rumah Nek Ngah minum milo pulak. Nek Ngah nampak lemah due to macam-macam penyakit. Lagipun she got weak heart. She knew about Abah health so she gave her homemade teh misai kucing and teh hempedu bumi for Abah to try. As usual topik utama yang disentuh selain dari updates on status kesihatan semua saudara-mara yang telah dilawati ialah status kami berempat yang datang menjemput ni. Yang datang semua bujang-bujang ye. Itu la yang disebut-sebut oleh semua. Ala bukan apa, kitorang ni nak menolong orang yang nak kawin. Nak harapkan kitorang yang kawin memang entah bla la kan. Oh ada cerita menarik kat rumah Nek Ngah. Nanti la akan cerita dengan lebih lanjut pasal tu.

From rumah Nek Ngah, ke rumah Mak Ngah pulak hantar Adik balik. Sian dia, malam baru dapat dating. Hehehe..... Lepas solat Maghrib kena minum lagi. Teh-o with pisang goreng pulak. Last destination ialah jumpa our own Nenek at rumah Mamatam. By the time sampai rumah Mamatam memang dah penat and mata pun macam tak boleh nak bukak dah. Bibik hidangkan milo la pulak. Mujur la berjaya untuk decline dinner. Kalau tak mau pengsan nak makan. Left the house exactly at 10pm. Bang Long drive to his home, Eman to his and me to mine. Serius mengantuk gila ok. 

Overall had a pretty funny day all along. Adik si raja lawak tu memang banyak je ideanya. Tambah lagi dengan kitorang.. Mengarut aje sepanjang jalan. Hehehe.... Bila dah selesai menjemput ni rasa lega sikit. If not asyik risau aje. So lepas ni kita fokus on other stuff pulak. Keje kawin oh keje kawin...... Oh one more thing, rasa macam pegi beraya la pulak semalam. Semua pun kena makan and had air manis all day long. Definitely not good. High on sugar. Ooooo tu pasal asyik bergelak sakan aje kot. High. Hehehe.....          

Friday, February 18, 2011

2nd time failure

For today's lunch, I had Kenny Roger's quarter meal which came with the ever famous muffin. At first I wanted to bought some but scrapped that later. Tapi teringin betul nak makan muffin lagi so after work I googled for recipe. Found one yang macam senang aje here. I already have the ingredients so before I knew it, I already in the kitchen measuring and mixing. I only used quarter of the recipe but still end up with more than a dozen cups. Very easy to prepare the mixture it seems. Put into the oven and went for shower and Maghrib prayer. 

Although from the outside everything look good but actually it's not. Texture wise is nit that bad but the taste.... Hmmm...... Don't know where I went wrong but it didn't taste anything at all ok. Rasa macam ada benda masuk mulut and nothing more. Tak manis, tak lemak, and no vanilla taste at all. Tapi dalam pada tak rasa tu, I wallop 5 at one go. Actually I was trying to figure out the taste but after the 5th piece, still can't detect anything. At least it still hot so boleh la nak makan banyak. 

Aaaaaggghhh apasal cerita Nanny 911 ni sedih sangat. Tak pasal-pasal meleleh air mata ni. Orang nak cerita pasal muffin ni, bukan nak sedih-sedih. Ok sambung cerita muffin balik.

So this is my 2nd time of making muffin. First the banana muffin. And now the vanilla muffin. But both time pun fail. Got to practice more it seems. Hai nak buat benda senang pun tak reti. How I wish to bake a chocolate muffin exactly like the one at Kenny Rogers. Serious terbaik dari ladang ok. Muffin oh muffin.... bila nak pandai buat ni?

Thursday, February 17, 2011

No telefon bervirus

Abah called just now from a Maxis Centre. Told me that my number was infected with virus. He asked me to talk with the customer service staff and that guy told me that my number was infected with virus hence the non-stop Ask-A-Top-Up that has caused us few hundreds every month. Kalau telefon bervirus I faham la but the number itself? Ish macam pelik aje. That guy said in order to stop it, I've to cancel my current number and apply for a new one.

What? Cancel the number? No no no no. I bought that number in 2002 and it cost me hundreds ok. Furthermore everyone know that number and it would be troublesome to change it. So I told him that I'm not canceling it. He got to find way to solve the problem then.

Anyway, nak tanya. Ada sesiapa yang pernah kena macam ni tak? Every month mesti ada ask-a-top-up sampai beratus-ratus. Tak faham I macam mana boleh jadi macam tu. Sebab ask-a-top-up ni selalunya akan jadi bila the phone owner replied yes. I tak pernah received any request pun apatah lagi nak reply yes kan. Pelik...pelik... The Maxis man told Abah that bila number kena virus, nanti akan ada charge pelik-pelik like one SMS will suddenly cost RM8, RM2 etc. Kena seek clarification esok ni. Macam tak puas hati pulak.

I can sense that something fishy is going on sebab once I said not to cancel my number, he hung up. Then just now I called Abah back and Abah said since I tak nak cancel my number, Abah have to register another new number. That Maxis man yang suruh. I tak faham kenapa perlu register another number sebab takkan la bila ada new number, virus yang konon-kononya infected my number tu boleh ditransferkan kat number baru tu kan. Ish Abah dah kena tipu ni. Tak boleh jadi ni. Kena buat report ni tapi Maxis hotline ni kerja sampai pukul 6 la pulak. Sigh.....

So nak tanya sekali lagi. Ada sape-sape pernah jadi macam ni tak? Please share ye. Thanks!       

Padah bila diri perasan plumber

Last night before taking shower, I had a good intention of cleaning the sink in my bathroom. When I first moved in, I was so rajin that I scrubbed it with Jif every week. Something I later learn that I shouldn't be doing. Memanglah berkilau memancar-mancar tapi lama-lama dia macam nipis and easily look dirty. Baru seminggu tak cuci dah macam apa rupanya. Pastu since ianya a bit clogged, I try to use screwdriver to remove the thing in the middle. Entah apa namanya tu tapi yang berlubang-lubang tempat air turun tu lah. Tapi benda tu dah berkarat so memang tak dapat la nak pusingkan. (Ok I dah google and namanya ialah strainer basket)

Since I terlebih rajin, I buka the thing down there pulak nak cuci-cuci. Pastu dia macam terjangkit-jangkit tau. Ok maybe I should try to remove this thing pulak kan. Cuci kasi bersih sikit. And this and that. Sekali amik nak masa buka-buka tu I terbuat apa entah so the rubber ring holding the sink and the thing down there to macam teralih sikit. Dah tu tak reti nak pasang balik ok. Sudahnya bocor la sink tu and air mencurah-curah keluar. (Ok the rubber ring pulak ialah rubber gasket).

Ish geram betul. Tu la tak de keje cari keje. Tak pasal-pasal kena panggil maintenance nanti untuk betulkan balik the sink. I thought mudah aje nak pasang benda tu sebab masa sekolah dulu I amik KMT and learn a few things about basic plumbing ni. Tapi belajar dengan practical adalah berbeza ye. Ok la... ok la.... lepas ni I stick to DIY on furniture thingy aje la..... Adoi malasnya nak panggil maintenance. Nanti kalau dia tanya nak cakap apa? Hehehe..... Hari tu saya feeling-feeling plumber sikit la. Tsk... malu... malu...

Wednesday, February 16, 2011

Apa ada pada nama

Rasa macam dah pernah cerita pasal nama sebelum ni. Tapi tak pelah nak cerita jugak lagi. Kalau bosan tak payah baca. Tiada paksaan dalam membaca blog. Eh macam biasa dengar aje ayat tu eh. Hehe..... As you all know, nama penuh tuan punya blog ni ialah Zainiah Aini. Maksudnya perhiasan mataku. Sesuai sangat la tu sebab mata I kan cantik. Ooopppsss statement tak boleh blah betul. Eh tapi betul la. Ramai yang puji. Cantik tapi rabun. Hahaha....... Eh tak baik puji diri sendiri. Nanti riak pulak. Tapi kalau korang nak puji I terima je. Hehehe.....

Nama Eny tu pulak my pet name given by my parents. Bukan nama glamer ye. Kalau pun diglamerkan cuma lah pada ejaannya. Mom would spell my name as Eni. The only person beside my mom who spell my name like that ialah En. Afnan. Direct sangat ejaan tu. Kalau tukar jadi Eny barulah kebaratan sikit, Ewah..ewah kebaratan la sangat kan. Nak speaking pun fail ada hati nak jadi kebaratan. Tapi ada jugak yang eja as Annie. Wow itu memang confirm barat la kan. Hehe..Tak la I spell it as Eny bukan sebab nak sounded kebaratan but it's cool like that. 

Dulu I would always introduce myself this way; Nama saya Zainiah Aini..... Boleh panggil saya Eny. Well until la I masuk keje gomen ni. Although there are still people who would call me Eny but mostly it would be Aini la. Dulu memang I takkan guna that nama. Nak tau kalau orang panggil I Aini dulu, I selalu imagine gadis kampung berbaju kurung berkain batik and duduk bersimpuh. Every time ok. Entah apa-apa je kan.

Tapi sejak masuk keja gomen, I memang guna la nama Aini tu. Nama Eny tu suddenly sounded a bit kebaratan and macam tak formal la pulak. Hish orang psiko memang macam ni. Suka je fikir merepek-repek. So tu yang I always introduce myself as Aini nowadays. Dalam pada dah pendek tu pun ada lagi yang nak pendekkan sampai jadi Ani. Hish tak tahan betul. But itu masih la acceptable. Yang not acceptable ialah bila orang salah pronounce my first name; Zainiah.

Zainiah is spelled with double "I". I cukup pantang kalau orang salah sebut this first name. Missing one "I" and maksudnya akan lari jauh. Elok-elok nama I perhiasan terus jadi penzinaan. Tu yang I pantang orang salah sebut tu. And that is the main reason I memang tak suka orang called me by Zainiah only. Sebab almost 99% akan salah sebut. Susah nak cari orang yang akan sebut Zainiah tu betul-betul. Mesti akan jadi Zaniah atau Zainah. Hish... Geram betul. Kalau nak jugak panggil I by that name, it would be better kalau dapat sebut penuh terus. Ini which memang ramai jugak yang buat sampai I pulak yang terasa pelik. Zainiah Aini... Zainiah Aini... Kalau sebut banyak kali secara berterusan mau terbelit-belit lidah. 

Although I dah selalu bagitau suruh panggil I Aini aje tapi masih ramai yang panggil I Zainiah. Selalunya kalau first timer, memang akan panggil I Zainiah tapi I akan terus suruh panggil Aini aje. Ada yang ikut tapi ada jugak yang still panggil Zainiah. Kalau betul sebutan tu tak pe jugak. Ini salah-salah. Kalau tak de maksud salah tak pe. Tapi sebab maksud dia yang lari jauh tu memang la menyebabkan I allergic sikit. Lagipun dulu masa sekolah-sekolah, selalu orang tersalah faham maksud nama I. Sampai mengalir jugak la air mata ni. Since then la I tak suka nama pertama ni. Tapi bila dah besar I tak la tak suka nama ni cuma tak suka bila salah sebutannya tu. 

Jadinya kepada yang still insist on calling me by my first name tu, please make sure you pronounce it correctly ye. Panggilan itu kan satu doa. Elok-elok doakan kecantikan mata I ni, bila tersalah terus doa I jadi pembuat maksiat tau. Ish jangan la korang. I tak mau tu. Dosa besar ok. Hehehe...... Lagipun I don't have that kekampungan feeling anymore being called Aini. So silalah panggil je I Aini. Tapi kalau panggil Eny lagi I suka. Hehehe....        

Sapa yang mengada-ngada ni

Pernah tak you all terasa macam nak makan tapi tak tau apa benda. Pastu bila makan semua tak kena. I selalu la macam tu. Kenapa eh? Contoh la kan, terasa macam nak mengunyah pastu depan mata ada chips. Bila makan rasa macam tak fulfilling. Pastu cari benda lain pulak. Cookies la, chocolate la or something heavier ke. Tapi semua tak fulfilling. Dalam pada tak fulfilling tu dah berapa banyak benda masuk dalam perut kan. Mana tak jarum ke kanan aje. Aiyo kenapa la selalu macam tu.

Macam semalam la. Macam-macam benda dah makan tapi the feel is not there. So bila tak de cari lagi yang lain. Hoh lama-lama stop la. Tak kuasa nak makan semua benda kan. Tu pasal dalam fridge I tu penuh dengan half-eaten stuff. Buka, makan sikit, rasa tak kena and simpan dalam fridge. Lama-lama sok bila buat clearance semua abang bin yang makan. (tong sampah le.... abang mana pulak korang ingat huh?) 

Sapa ada tips on this crazy wanna-munch-but-don't-know-what sindrom? Should I grab fruits instead? Pernah dah dulu makan grapes la, kiwi la, dragonfruit la tapi masih hampa. Wah fruits pun hebat-hebat. Hehehe.... Dah itu je yang senang nak simpan stock. Yang lain cepat buruk. Kan senang kalau perasaan nak makan itu boleh diidentifykan dengan jelas. Macam teringin nak makan ice-cream ke, nak makan pizza ke, ayam goreng ke or apa-apa jelah. Senang sikit nak dituju. Ngada-ngada betul tekak ni kan. Hehehe.... Ke tuan dia yang mengada-ngada? Hiks.

Tuesday, February 15, 2011

Hari yang penuh kesesatan

It's public holiday today tapi rasa macam hari kerja je sebab pagi dah keluar and petang baru balik. Today's plan ialah nak pegi menjemput lagi; rumah Nek Uda kat Kajang and rumah Mak Long kat Bandar Baru Salak Tinggi. Kalau ikut macam dekat aje kan tapi kami tersesat barat berkilo-kilo langsat ok. Hehehe.....

As usual kenalah pegi amik Bang Long dulu kat Taman Desa. From there ke rumah Nek Uda kat Kajang. Lama betul kami kesesatan sebelum akhirnya menemui jalan yang benar. Itu pun lepas beberapa kali pusing and a few phone calls. Nek Uda nampak sihat cuma kurus sikit. Sakan Nek Uda bercerita. Aruah Tok Uda is like a father to my mom. Although dia cumalah bapa saudara tapi dialah yang banyak membantu my mom dari bujang sampai la kami pindah ke Sarawak. Even kerja kawin my mom pun dia lah yang uruskan. Although he passed away in 2002 but kisahnya dan jasanya masih meniti dibibir mereka yang menerima baktinya. Although I was way too young then but I still remember him. I got many Tok it seems. Hehehe.....

From Kajang ke Bandar Baru Salak Tinggi tapi terlepas simpang terus terbabas sampai ke Taman Desa balik ok. Punyalah jauh terbabas. It was due to navigator (I lah tu) yang dok membebel melepaskan geram kat future groom. Dah lama sabar so kena kasi keluar sikit itu amarah. If not dia tak tau kan. Anyway dah terbabas ke Taman Desa tu kenalah balik ke Putrajaya balik sebelum terus ke rumah Mak Long. By the time kami sampai dah pukul 3 pun. Perut pun dah berkeroncong.

Pak Long and Mak Long dah lama menunggu rupa-rupanya. Hehehe.... Sorilah ye. Navigator tak leh harap. Since I called earlier kata nak datang so Mak Long telah memasak juadah yang sedap-sedap. Kira sampai terus makan la. Langkah kanan betul. Ada ikan keli, lemak cili padi ayam kampung, sambal goreng, sayur campur dan ikan masin. Semua pun sedap. Lately ni banyak betul makan and dah lama tak puasa. Weighing scale tu pun dah more ke kanan aje jarumnya. Hehehe.......

Anyway, Mak Long ni anak kepada Nek Long. Nek Long ialah cousin my nenek. So apa kaitan dia eh. Sepupu saudara ke dua pupu? Ish I pun bukan reti sangat bab-bab ni. Although nampak macam jauh jugak hubungan tu tapi kami rapat. Pak Long memang rajin melayan I berborak kalau datang. Macam-macam topik boleh cover. Agaknya kalau diteruskan, sampai ke malam boleh continue. Hehehe.... Since Bang Long ada hal, pukul 5 dah kena gerak balik. Reached home back around 6. Betul-betul macam balik keje kan.

Mengantuk dan penat la pulak tapi tak boleh nak tidur sebab dah Maghrib. Alahai bila lah boleh nak tidur puas-puas ni. Penatlah...... Tapi apa yang penatnya eh? Hmmmm.....  

Monday, February 14, 2011

Isnin yang hangat

What a bad day to start the week. Last night I didn't sleep at all so ni dah start pening-pening lalat. Tambah pulak aircond dalam bilik ni yang macam tak berfungsi aje. Panas-panas tambah dengan pening buat hati pun panas aje. Tengok nombor-nombor and screen computer ni pulak buat rasa nak termuntah aje. Entah apa-apa entah hari ni. Asyik tengok screen computer membuatkan my eyes macam strain and pedih la. Aduhai.... Can't afford to be like this. Ni ada satu paper untuk meeting this Thursday yang perlu disiapkan by hari ni jugak ni. Sigh......

Anyway my weekend was not that bad. Semalam sakan berjalan. On Saturday pulak I lepak the whole day kat rumah; buat laundry and tengok TV. Siap layan cerita Dil To Pagal Hai lagi. Hehehe...... Tersenyum sorang-sorang masa tengok tu. Cerita Bollywood ni start meletup masa I tengah study kat UiTM Shah Alam. So bila lepak kat kompleks je mesti layan cerita yang dipasang di hampir semua gerai yang jual cd. Lagu dia memang layanlah sampaikan bila buat aktiviti senamrobik ke apa ke kat kolej mesti guna lagu cerita ni and cerita Kuch Kuch Hota Hai. Teringat kenangan dulu memang best aje kan.

Sambil-sambil bosan tengok cerita I sempat la masuk dapur 2-3 kali memasak. Gigih gitu kan. Tapi masak simple-simple aje. For breakfast buat bread pudding for Sal yang datang for cookies sleepover tu. Then masak maggi aje sebab macam malas nak makan beria-ia. Tapi by late evening dah lapar tahap gaban so masak bubur and buat sup telur and kentang. Kenyang sangat la pulak lepas tu. Hehehe....

Layan tengok TV seharian memang la pening. Ingat nak tido awal tapi Shikin pulak call nak sleepover. Hoh lama betul tak jumpa minah ni. Rindu sangat. The one and only friend yang boleh buat bergaduh tanpa ada terasa hati. Hehehe..... Ala gaduh bukan pasal apa pun, pasal timing aje tapi biasalah suka nak kecoh-kecoh kan. I ni kan very the punctual and minah ni pulak time management memang fail. Bila dah selalu sangat lambat tu mana la tak mengundang amarah kan. Tapi dia ni bukan makan saman pun. Hehehe.... So tu yang syok leh gaduh-gaduh manja tu. But we're cool like that.

Sudahnya lewat jugak tido. Tengok cerita yang entah apa-apa. Eh cop tajuk entry ni Isnin kan. Kenapa cerita pasal Sabtu pulak ni. Hoh melalut-lalut. Anyway still panas lagi ni. Dah bukak tingkap tapi sama je. But at least berangin la sikit cuma kena la mendengar bunyi kenderaan lalu lalang kat bulatan depan tu. Ok nak sambung conentrate buat paper. Chill everyone (boleh ke chill dalam bilik separa oven  ni?)

Sunday, February 13, 2011

Such a touching journey

My brother is getting married next month. Since Abah is not well, Bang Long and me telah diamanahkan untuk menjemput saudara-mara ke majlis menyambut menantu yang akan diadakan pada 26th March nanti. I was a bit reluctant to go at first because there's no invitation card. That very good brother of mine yang nak kawin itu adalah begitu selamba badak lepas tangan dalam semua persiapan di sebelah lelaki sampai kad kawin pun tak buat ok. Geram betul and I macam biasa telah membebel-bebel and finally Mamat and Thalha telah berusaha membuat sendiri kad jemputan. Bang Long pulak tukang cari kertas, sampul and of course buat keje-keje printing. Hai tak sia-sia membebelkan. 

Kalau ikut Abah memang tak payah kad-kadnya. Tapi macam tak kena je bila pegi menjemput tapi tak kasi kad kan. I tak kisah la kad murahan macam mana sekalipun asalkan ada kad. End result adalah tidak menghampakan. Not bad considering everything is own-made. Kad and sampul kemain cantik. Settle masalah kad, masalah lain pulak; tak tau jalan. Hehehe.... Itu salah sendiri sebab selama ni jadi penumpang aje and tak pernah la kisah nak amik tau pasal jalan. Tak pe lah cari yang senang dulu and then pandai-pandai  la kan. Bukan I yang nak drive pun. Hehehe.....

My mom was raised by her grandparents so she has a very close relationship with all her aunties, uncles and cousins; lagipun she's the first grandchild from a firstborn. So far senarai jemputan utama yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:- (wah terbawa-bawa pulak dengan penulisan report ni)
  • Nenek - Taman Permata    
  • Nek Ngah - Keramat
  • Tok Lang - Sg. Choh, Rawang
  • Nek Teh - Kg. Pasir, Jln. Kelang Lama
  • Nek Chik & Nek Long - Kg. Melayu Subang
  • Nek Uda - Kajang
  • Tok Busu - Klang
  • Mom's closed cousins - Shah Alam, BB Salak Tinggi dan mana-mana yang sempat lagi lah
So hari ni we plan to meet Nek Teh, Nek Chik & Nek Long and Nek Uda. Since rumah Nek Teh tak jauh dari rumah Bang Long, we went there first. Can't remember when was the last time we met tapi ada la dalam 2 tahun kot. Lama tak jumpa tapi layanan tetap mesra; untung jadi anak kepada anak sedara kesayangan ni. Being antara cucu sedara terawal ni boleh kata semua nenek and tok sedara memang kenal la Bang Long and I. Sian pulak tengok Nek Teh; mata dah tak berapa nampak and kaki pun selalu kebas-kebas. Ingatan pun dah tak berapa; keep on asking the same question again and again tapi I jawab jelah. Takkan nak cakap, "Eh kan dah bagitau tadi..." Memang kureng la tu kan. Hehehe..... 

Uncle Ramli (menantu Nek Teh) baru lepas buat bypass so terus decide nak pegi rumah Auntie Suraya kat Shah Alam. Sebelum balik Nek Teh pesan, "salam peluk cium untuk mak nanti eh".... Serius sebak ok. One thing yang I tak tahan kalau pegi rumah Nek Teh ni ialah dia akan tunggu kat luar and lambai-lambai bila kita balik tu. Agak menyentuh perasaan ok. I ni bukan boleh benda-benda macam ni. Mulalah nak tersebak tak tentu pasal.   

From there ke rumah Nek Chik pulak. Ada la sedikit tersesat sebelum jumpa rumahnya. Nek Chik nampak ceria and energetic macam biasa tapi rupa-rupanya tak lah sihat sangat; sakit sendi and darah tinggi sampai 200. Tok Chik pun tak berapa sihat tapi still ramah bercerita. Cik Anet pun ada. Lepas lunch borak bukan main lagi pastu barulah ke rumah Nek Long yang jaraknya dalam beberapa puluh meter saja. 

Alamak ni paling sedih; Tok Long dah tak boleh jalan and bergantung pada mesin untuk bernafas. Nek Long nampak sihat aje. Allah maha adil dan penyayang pada hamba-hamba-Nya. Nek Long had a big C and terpaksa underwent chemo after removing her first B's. After removing her second B's, she didn't want to underwent chemo treatment anymore and Alhamdulillah she's getting better and healthier. Kalau ikutkan masa she underwent chemo treatment haritu macam dah tak de peluang dah. Teruk sangat her condition. Sekarang dah sihat boleh la dia jaga Tok Long pulak. Sedih betul ok. Macam-macam cerita Nek Long. Sebak sampai nak menangis tapi tahan aje. Actually dalam ramai-ramai senarai kat atas tu, Nek Long ni cumalah cousin kepada my nenek tapi a closed ones la to my family. 

When I was 16 or 17, Nek Long and Tok Long selalu datang rumah. Diorang datang melawat anak diorang yang duduk kat kem jugak so alang-alang tu datang jumpa my mom. I tak kenal pun diorang ni but one day she came and gave me 2 pairs of silks. Cantik sangat. A small gesture and I'll remember that forever. Even my own nenek pun tak pernah kasi I any kain. She said she just had a talk with Tok Long and Tok Long said dalam banyak-banyak anak sedara, my mom and anak-anak Nek Chik lah yang selalu ingat kat diorang. Statement yang hampir mengalirkan air mata I ialah bila Nek Long kata she was so proud when my mom came with us to visit her. We lived so far away and yet would come and visit her bila turun KL. Pergh sebak ok. Bang Long pun tak terkata apa-apa sebab tersentuh. 

From there ke Shah Alam untuk melawat Uncle Ramli. Pernah cerita pasal family ni here. He looks a bit weak. Suara pun macam tak berapa nak keluar. Both his arm ada kesan parut panjang; they took out the vein and put it inside the heart. Barulah I tau sikit-sikit pasal bypass ni. Selalu dengar aje. Berborak panjang dengan Auntie Su, Siddiq and Shafiq. Diorang kata dah tau dah yang I nak datang (mesti Nek Teh bagitau ni) and ingatkan I nak jemput untuk my own wedding. Hehehe.... Entah bila lah tu eh. Since hari dah lewat, plan nak ke rumah Nek Uda terpaksa la ditangguhkan. Yelah bila singgah setiap rumah bukan kejap-kejap. Bukan selalu pun datang kan. 

Perjalanan yang sangat menyentuh hati. Terasa diri ini sangat tak baik kerana jarang pegi melawat all the nenek sedara yang telah sama-sama membesarkan my mom. Sedih and insaf bila tengok semua yang makin dimamah usia and ada macam-macam sakit and yet still talk about all the nice memories raising up my mom. Baiklah lepas ni akan cuba untuk meluangkan masa melawat semua sedara-mara especially all those tok and nenek sedara. Mudah-mudahan rasa sedih dan insaf ni tak lah stop setakat 2-3 hari ni je. Lepas ni kalau pegi rumah Tok Lang and Nek Uda pun mesti akan sedih jugak. Tok Lang and aruah Tok Uda dah macam ayah kepada my mom. Banyak menarik pasal diorang ni.

Rasa menyesal pulak sebab haritu macam berat hati nak pegi. After this I tak kisah dah kalau Abah nak suruh I pegi selalu pun; menjemput ke apa ke kan. Diorang memang selalu suruh datang tapi biasalah I ni selalu ada alasan sibuk and tak de masa. Sibuk apalah sangat kan. Kena lah menghargai saudara-mara especially yang dah tua-tua ni sebelum kehilangan. Nanti bila dah tak de menyesal pun tak guna. Reminder kepada diri sendiri ni. Mudah-mudahan mereka akan dikurniakan kesihatan tubuh badan yang baik dan dipermudahkan dalam segala urusan. Amin....

Saturday, February 12, 2011

The quest to bake cookies

Sal wanted to join me in baking too. This time I choose to bake cookies. Puas la menggoogle recipe and I end up with way too many to pick. The funny thing was, masa I said nak buat cookies, I asked Sal to find the recipe and when she told me about the ingredients, I have everything except shortening. So I asked her to bought it. Dari hari Khamis sampai Jumaat tak jumpa-jumpa shortening ok. Finally last night we went to Bangi to find the baking shop yang Puan K pernah bawak hari tu. Dah sampai sana boleh pulak tak jumpa. Puas memusing and finally jumpa jugak, tu pun lepas call Anis. I didn't know the shop name tapi I tau it sounded something related to sedap. Yummie rupa-rupanya. Bila dah sampai sana banyak sangat benda sampai tak tau nak beli apa. Yang pasti shortening memang ada la. 

Bila dah balik, tengok-tengok balik all the recipes and finally we pick the easiest ones; the one without shortening in it. Boleh gitu? Hahaha.... Setelah bersusah-payah mendapatkan shortening last-last tak guna pun.   We made this cookies. Nampak macam senang tapi end result tidaklah memberansangkan. The first batch adalah sedikit rentung and second batch pulak not as crunchy as the first one. Despite being a bit rentung tapi sedap jugaklah. I've to play more with my oven sebab I tak berapa nak pandai budget lagi about the temperature. Although dah ikut as the exact temperature as the recipe tapi lain oven lain la suhu dia kot.

The quest to bake cookies adalah sangat menyeronokkan although hasilnya tak la begitu menjadi. Masa mula-mula Sal kata tak jumpa shortening, I telah menggoogle pasal shortening substitute and dapatlah jawapannya. Pastu I got to learn about cream of tartar; also one of the ingredients yang selalu ada dalam cookies recipe. And also about conversion table. Wah gigih ok membuat kajian. Almaklumlah recipe ni ada yang guna grams, ada yang guna ounce, ada yang guna cups and spoon la. Pastu degrees oven pun ada yang guna Celsius and ada yang guna Fahrenheit. I ni kan baru la nak berjinak-jinak dengan baking-membaking ni jadi sangat bergantung pada the recipe on the dot. Tak pandai nak budget sendiri lagi so tu pasal kena lebih sikit buat kajian. 

Definately I akan cuba untuk membuat cookies lagi. Nak membuat bancuhan tak susah cuma nak budget  suhu and masa membakar tu aje yang perlu lebih latihan supaya cookiesnya menjadi just nice. I nak buat choc chips cookies yang macam Famous Amos tu. I pernah makan cookies yang sedap dan ala-ala Famous Amos dah tapi masa tu tak berminat lagi dengan this baking stuff so tidaklah meminta recipe. Rugi....rugi.... Anyway ada sape-sape nak share choc chip cookies yang sedap dan mudah sila-silalah ye. 

Friday, February 11, 2011

Keywords lagi

Ada keywords baru lagi yang kind of menarik untuk didiscusskan.

"Kenapa rasa lost"

Ish..ish.. tak sangka ada jugak orang google benda macam ni kan. Kesian dia, mesti tengah lost atau depress. Search itu telah membawa dia ke entry ini. That entry was written somewhere in December 2009. Dah setahun lebih dah tu. Since then my life has been much better. 

I started to join event larian yang telah memesrakan diri ini dengan ramai kawan baru from other department. I buat gardening sikit-sikit but I'm a worst gardener ever sebab selalu tak de kat rumah so pokok-pokok pun macam ala-ala aje. Tapi banyak jugak hasil tuaian yang telah disedekahkan kat orang tau. Alhamdulillah. Not that bad la kot. I also learn how to bake. I'm still learning but at least I have things to look forward to do bila bosan-bosan tu. I bought a TV set (although I hardly watch it but sometimes bila bosan ada la benda nak tengok and of course sekarang macam dah terhooked dengan beberapa series). I used to be an avid reader but now tak la serajin dulu. But I still read. Dan banyak la lagi benda-benda yang I buat that makes my life pretty much livelier than before. Cuma my working life aje macam makin merudum sebab I'm still stuck doing the same thing. 

Anyway, what I'm trying to say is, when you feel lost or bored or depress with your life, I thing it's about time for you to reassess back your life; what do you really want in your life. Cewah macam la I tau I nak apa in my life kan. But sort of la. Kalau tak de long term goal pun at least ada short term ones. And basically I live mine with the latter. I admit that I don't have long term goal yang kind of spectacular; macam nak jadi somebody in the service ke, ada banglo juta-juta with another juta-juta in savings ke, kereta mewah 5-6 biji ke and that kind of goal la. My only long term goals kalau ada pun is to be a better person especially in my amal ibadah la. And of course towards my family, my parents especially. Yang lain-lain tu tak la begitu penting for me. 

But I have many short term goals; and itulah benda-benda yang I dok over excited about tu. Macam gardening tu kan. Mana pernah I buat sebelum ni. Now although tak la sebagus my dad but at least I have my own pokok cili, something I really wish to have since mula-mula pindah quarters. Laugh all you want tapi memang kadang-kadang kehendak I ni macam pelik-pelik aje bunyinya. 

I tak pernah berlari langsung masa sekolah dulu. Eh maybe pernah tapi sebab terpaksa and I can only sprint. Itupun tak la laju mana. Tak pernah menang even on sukaneka pun. Masa kat uni ada la kena lari-lari ni tapi semuanya buat kerana terpaksa. Yelah dah join Kesatria kan, jadi Komander plak tu so kenalah lari-lari sikit. Tak larat sebenarnya tapi kenalah control macho sikit depan anak-anak buah kan. Eh terbocor rahsia pulak. Hahaha..... Tapi nowadays I lari atas kemahuan I sendiri. I'm still a lousy ones compared to kawan-kawan lain but at least I have will to to or to finish every event I join. Berapa laju I can run is not my goal but berapa jauh. Slow and steady win the race, tak gitu. 

So basically itu antara benda-benda yang I buat just to make sure I'm not bored. Sometimes bila semua benda baru ni dah jadi rutin, rasa bosan tu akan mula creep in so masa tu reassess balik and and find new stuff pulak. Maybe lepas ni menjahit ke, mana tau kan. Jangan biarkan rasa bosan atau lost itu take over our joy in living. Lagipun kita kan ada keluarga dan kawan-kawan. Although I masih suka dok memerap kat rumah but I do try to hang out with friends sekali-sekala tu. Kalau dengan family I rasa I memang tak de masa nak buat apa-apa dah pun sebab all my time akan spend buat house chores atau berborak bergaduh dan sebagainya. Bukan la bergaduh bertumbuk tu ye. Ala gaduh-gaduh manja gitu.   

Kawan-kawan pun kenalah variety. Jangan la memilih kawan atau limitkan kawan tu. Kawan je dengan semua. Lagipun setiap kawan ni ada la kelebihan masing-masing macam ada kawan untuk ajak memasak, ada kawan untuk bersukan, ada kawan nak gossip artis, ada kawan nak cerita politik, ada kawan nak bincang bab-bab agama, ada kawan nak ajak pi shopping. Hah nak pi shopping pun ada jenis gak tau, yang boleh ajak pi cari kasut, baju, gadget, barang rumah dan sebagainya. So memang akan sentiasa penuh dan padatlah hidup itu dengan aktiviti semua ni kan. 

Paling penting, solat jangan lupa. Doa banyak-banyak. Kadang-kadang bila diri dah lost, pastu amal ibadah pun tak jaga, mula lah syaitannirrojim nak cucuk jarum. Tu yang ada kes bunuh diri la, amik dadah la dan buat benda-benda tak berfaedah yang lain. Nauzubillah....mudah-mudah dijauhkan. 

So kepada orang yang lost itu, have fun. Chill out doing stuff. There's so much in life awaiting for exploration. Jangan lost-lost ok.       

Thursday, February 10, 2011

Rasukan apakah ini

I don't know what bug has gotten into me tapi lately asyik nak buat desert or baking projects aje. I guess it all started when Puan K taught me how to bake the easiest chocolate cake here. Pastu dia macam terjangkit-jangkit pulak.  

Balik Kuantan seminggu I buat kek coklat tu 2 kali; 1st time in cuppies tapi macam tak berapa jadi and 2nd time dalam loyang kek yang biasa and sekejap aje dah licin. Pastu sempat buat kek batik dalam 2 bekas besar. Ramai peninat pulak kek batik sekarang ni.

Now that I am super excited in baking (oh Eny memang sentiasa over excited over everything pun kan), I keep stocks of baking stuff. Bila ada everything, tangan tu mulalah terasa gatal nak buat itu-ini. Dapur pun memanggil-manggil aje. Hai simpan stock salah, tak simpan stock pun salah. Hehehe..... Ada-ada aje dia ni. Now I know the feeling of my friends (you know who you are) yang bila stress atau bosan tak tau nak buat apa akan buat baking project. Memang akan lupa kat benda-benda yang menyetresskan tu kan.

Last Tuesday night despite tengah stress and penat fikir pasal that big meeting on Wednesday morning, I sempat lagi buat orange mocha brownies. Rasanya adalah marvelous (no I'm not making this stuff) but texture wise ada sedikit kureng. Not sure where I went wrong tapi brownies tu terlalu padat. Padat but super moist and sedap aje. So lenkali boleh buat lagi sebab kind of senang je nak buat.

Then last night I buat apple crumble pulak. Normally I would follow recipes on the dot tapi last night ada buat ajdustment sikit so my apple crumble is a tad too sweet lah pulak. But I guess sedap aje despite that. Wah bakul bocor lah pulak. Masalahnya bila buat desert malam-malam ni, I akan terus testing right after keluar dari oven. Makan panas-panas barulah sedap kan. Tapi dah malam and makan manis-manis so very unhealthy kan.

Hopefully tonight I won't feel like baking anymore. Amboi tiap-tiap malam nak makan benda manis-manis memang sengaja nak cari pasal la kan. But I guess this bug won't stay long kot so sementara terasa nak buat tu, baiklah diikutkan saje. Yang untungnya tentulah staf-staf kat sini. Thanks la korang sebab sudi makan and yang penting habiskan. Bila tengok licin tu yang semangat nak buat lagi tu berkobar-kobar. Hehehe..... Bila time-time macam ni lah I rindu sangat kat Kak Mah. Dulu masa dia ada kat sini I belum pandai buat desert sangat lagi kecuali trifle pudding tu. If not boleh bagi dia rasa kan.

Anyway, kalau ada sape-sape nak share resepi yang mudah dan ringkas silakanlah ye. Boleh la I try.  

Wednesday, February 09, 2011

Keywords

Hahaha tergelak besar I tadi bila tengok keywords yang orang guna sampai boleh termasuk blog I ni. Selalu memang ada yang kelakar and pelik tapi hari ni memang lawak tahan gaban lah. Nak tau keywords apa?

"kena bunuh oh tidak"

Hahaha.... Apekebendalah cari keywords tu. Dah tak de keje ke apa diorang ni. Selalunya orang akan cari guna keywords yang berkaitan dengan I like eny@30, enyyusof, zainiah aini, eny blog dan yang lebih kurang macam tu lah.

Ada jugak yang cari benda lain macam myspata,majlis-majlis berkaitan kklw, nak beli running shoes, sakit tekak ada pisau (hah yang ni pun macam lawak jugak), nama-nama larian yang I selalu join tu dan macam-macam lagi lah. Lenkali kalau ada jumpa keywords lawak lagi boleh la I update kat sini. Maybe boleh buat page khas. Lawak betul diorang ni. Gigih mencari. Tapi serius memang kadang-kadang tak sangka ada orang cari benda-benda pelik tapi tersampai kat sini. Selalunya benda pelik yang lawak-lawak lah. Bukan benda pelik yang melucah ke apa ye.

Well lalat-lalat semua tu pun sama gigih jugak lah mencari kan. Semangat kental betul nak baca blog I yang banyak merapu ni kan. Hehehe.....

Tuesday, February 08, 2011

Mulut macam mak nenek

Kanak-kanak sekarang serius cakap macam orang tua kan. Cepat betul diorang matang. Nak-nak my niece yang 3 orang tu. Mulut masing-masing mak datuk kalah orang besar. Maybe because at home no one ever talk to them like kid do. Semua cakap style orang besar-besar. Selamba badak je discuss heavy topic dengan budak-budak tu. Bila budak-budak tu mulut macam mak nenek tau pulak geram (more like kelakar la) tapi tanpa sedar sendiri yang ajar diorang macam tu kan. Hehehe....

Like the other day. I was teaching Meera to ride a bike. She was so excited. And then dia terdengar suara Bang Long kat dapur. She asked me to call Bang Long konon-konon nak show off la. Pastu dia suruh I panggil Mama dia pulak. I masuk cari and tengok my sister tengah mandi so I told her la Mama dia tengah mandi. Nak tau dia cakap apa lepas tu?

"Cik Ngah, pergi la panggil Mama. Cakap ngan Mama, "Eh Hayat (my sister's name) pegi lah tengok anak engkau kat luar tu main basikal". Hai geram betul I dengar. Tergelak-gelak semua bila I cerita. Itu baru satu ye. Ada banyak lagi. Nanti kalau I teringat I cerita lagi. Budak-budak ni sangat alert je cara kitorang bercakap kan. Siap ngan intonasi yang kelakar tu.

Now that Meera dah sekolah, all the time I dengar dia dok menyebut (more like berwirid aje); Isnin - Monday, Selasa - Tuesday....bla..bla..bla... January bulan satu, February bulan dua, March bulan tiga...bla..bla..bla... Like all the time ok. Sabar je lah budak sorang ni. Pastu I ajar dia mengira. Lawak gila. Dua puluh jadi dua puluh belas, tiga puluh jadi tiga puluh belas. Adoi kalau dapat rakam kan best. Nanti la nak beli camera yang dah berkenan hari tu. Rakam dan simpan. Esok dah besar biar dia tengok perangai lawak dia tu. Hahaha.....  

Seminggu dok ngan diorang terasa rindu pulak bila dah jauh-jauh ni. Rindu dengan mulut mak nenek diorang tu. Hehehe.....

Letupan apakah itu

Last Saturday night, I tengah melipat kain, the boys were playing PC games, Mak Abah dalam bilik tengah solat, Mak Lang tengah taking nap, the girls tengah melepak dalam bilik when suddenly terdengar bunyi letupan yang sangat kuat. Siap ada cahaya yang macam bom meletup tu la. Terperanjat semua. Bang Long terus meluru berlari keluar. Ingatkan ada accident ke apa sebab rumah we all tu depan jalan besar. Sekali nampak rumah sebelah terbakar.

FYI, kawasan perumahan I ni style lama, ada rumah atas macam style dulu-dulu so yang meletup dan terbakar adalah bawah rumah yang ada semak samun or barang-barang lama tu. Bang Long terus buka paip air, hulur getah ke sebelah and terus berlari ke rumah sebelah untuk padamkan ap. Masa tu dah kecoh-kecoh. Mamat and Thalha yang baru sampai sempat la tengok tragedi letupan tu secara langsung.

Yang peliknya, orang sebelah tu macam in a daze aje. Kind of lalok or stone kot. Dia buka pintu, tengok api kat bawah and yet macam tak de apa-apa padahal orang dah ramai kat rumah tu nak tolong padamkan api. Bila kitorang cakap rumah dia terbakar baru lah dia keluar pastu nak buka paip jalan siap lenggang mak limah lagi ok. Ni bukan I sorang je yang cakap tau. Semua saksi kejadian pun perasan and biasalah lepas tu kan gossip-gossip. Hehehe..... Padahal letupan tu punyalah kuat. Api pun besar. Takkan lah dia tak perasan kan.

Abah suruh telefon bomba so I telefon la bomba tapi diorang tak pick up pun. Dah padam api barulah diorang return call. Nak buat apa dah pun kan. Just verified yang itu bukan prank call aje lah. Settle padam api semua, balik la ke tempat asal. I sambung lipat kain tapi satu rumah riuh bergossip. Pelik dengan orang sebelah. Hehehe....

Actually itu jiran baru. Doktor lagi tu. Tapi masa tu doktor and bini doktor tak de kat rumah. Yang ada beberapa budak lelaki; adik-beradik diorang lah kot. Diorang ni jenis tak campur orang. Tak pernah bertegur sapa and kalau kita senyum pun dia buat tak pot aje. Tak paham I orang macam ni. Ok fine lah kalau tak mau bercampur kan tapi bila orang datang tolong tu at least acknowledge la sikit. Boleh tak dia tak cakap pun terima kasih ke apa kat Bang Long. Memang la kita ni tolong dengan ikhlas tapi bila sepatah haram pun dia tak cakap lepas tu mesti la kind of pelik jugak kan. Adakah mereka bisu? Tapi kalau bisu kan boleh cakap dengan bahasa isyarat. Pelik...pelik...

So sampai sudah kami tak tau apa benda la yang meletup sampai macam tu sekali tu. Serius macam bom ok. Kuat dan api pun marak dengan pantas. Syukurlah ada Bang Long yang cekap tu. Hai abang sapa la tu kan. Hehehe...... So api berjaya dipadamkan dan tak la terbakar satu rumah tu. Tapi memang pelik la bila tak de angin tak de ribut tetibe je meletup. Lain la kalau diorang tengah bertukang ke apa ke kan. Apalah agaknya yang meletup tu kan. Curious betul nak tau. Hehehe.....