Monday, February 07, 2011

What a week

Phew.... I had a super duper busy week sampai langsung tak dapat nak jenguk my blog. Jadi azam nak mengupdate setiap hari telah gagal. Gagal bab itu tapi berjaya bab lain so still consider ok lah kan. Seminggu bercuti tapi setiap hari busy mengalahkan YB. Cewah! Malas nak cerita detail setiap hari so roughly my days were as follow:-

Isnin
Pegi beli cat dengan Abah - I got to choose the colour since I pay for it. Hehe...
Amik Mak balik keje
Shopping groceries dengan Mak

Selasa
Hantar Akak buat follow-up checkup - hari tu dia kena operate, cerita detail later.
Ke Tabung Haji dan CIMB Bank - urusan kewangan la apa lagi....
Membantu dalam urusan cat-mengecat - but this time very minimal sebab I busy dengan benda lain
Finishing my paperworks - yes people I bawak balik keje. Bosan kan.
In between all that, kena menjaga anak sedara, membasuh pinggan mangkuk yang tak reti surut-surut, mengemas rumah dan lain-lain

Rabu
Hari ni besday Abah so buat kek yang rentung. Haha....
Sambung buat paperworks. Stress...stress....
Mak Ndak called kata nak datang. Rumah dah la macam dilanda garuda. So mengemas ruang tamu dengan pantasnya.
First time masak mee goreng dalam portion yang besar. Semua kata sedap. Thank you.
Sila ulang baca tugasan terakhir yang kat atas tu ye.
Kesian Abah; tahun ni tak buat pun makan-makan and I tak sempat nak fikir hadiah apa nak bagi this year. Nak kasi apa eh?

Khamis
Hari ni besday Nabila pulak. Epoi suruh buat chicken chop.
First time buat coleslaw. Not bad.
Time ni la menstrual datang lagi dengan sakit perut yang melampau.
Mengemas..mengemas...dan terus mengemas.
Stress sebab rumah macam dilanda garuda. Semua tempat bersepah.
Kemas rak buku and telah membuang bertan-tan buku. Eh tipu je... berkilo-kilo. Puluh-puluh kilo ok. Banyak betul buku kat rumah ni...
Tido malam dengan birthday girl

Jumaat
Epoi and family ke Johor; bosan la tak de budak-budak kecik. Meera je yang tinggal.
Mak Lang pulak nak datang dengan Ira (daughter) and Cik Nab (friend).
Mak Lang kata muka I sembab; sebab penat dan sakit perut. Tapi tak boleh nak rehat-rehat. Keje banyak ok.
Masak for lunch tapi sape pun tak makan; semua sibuk. Membazir aje.
Berjaya jugak emel paperworks kepada staff I. Semalam tu internet asyik hang aje. Selagi tak settle bab paperworks ni selagi tu lah stress. Tido teringat, basuh pinggan teringat, mandi teringat, asyik teringat ajelah....
Malam tu diorang ke Teluk Chempedak. I dah penat tahap gaban so tak ikut.

Sabtu
Ada kenduri kawin dekat belakang. Mak Abah and orang lelaki pegi menolong. I stay kat rumah sambung mengemas. Aaaaarrrgghhhh bilalah nak siap ni. Kemas sini sana sepah. Kemas sana sini sepah.
Mak Lang pun pegi makan kenduri. Ajak I join tapi tak dapat la. YB Eny ni busy weh.
Tengah berpeluh-peluh mengemas (sambil menahan sakit perut), Abah called kata anak-anak Mak Long nak datang. Ya Allah time rumah bersepah macam kena landa garuda ni la semua nak datang. Malu ok.
Ramai betul yang datang (sampai 3 kereta); diorang baru balik bercuti kat Cherating.
Mak Abah je yang layan diorang; I busy mengemas buku-buku. Ni rumah ke perpustakaan negara ni?
Malam ada peristiwa letupan kat rumah sebelah. Tu nantilah cerita.
Mak Lang balik KL malam tu jugak.

Ahad
Lepas kemas dapur, sempat buat kek lagi. This time around menjadi cuma bab merekah kat atas tu masih la. Tak pe, taste wise, sangat sedap.
Tengok kucing beranak. Mak jadi bidan. Rumah tu kan hospital bersalin bagi kucing-kucing yang bunting ni.
Push off ke KL dalam pukul 12. Kereta sarat barat dengan barang.
Jem teruk ok. Pukul 5 baru sampai KL. Naik pening kepala ni.
Makan kat Hartamas, hantar Bang Long, pegi rumah Mak Ndak untuk hantar barang, hantar Siti, hantar Eman and I sampai rumah pukul 9. Penat gila babun.

So itulah cerita cuti seminggu. Tak macam cuti pun. Pagi-pagi dah bangun buat keje and malam bila tido baru lah stop tangan tu. Penat tok sah cakap tapi tak de masa dah nak buat semua tu. Kendurinya tak lama lagi. Orang lain yang nak kawin orang lain yang stress. Hahaha.....

Kalau minggu lepas sibuk perah keringat membanting tulang buat keje rumah, this week sibuk memerah otak dan membanting jari jemari atas keyboard pulak menyiapkan paperworks lagi. Menyampah betul bila buat paper ni. Hehehe.....

No comments: