Sunday, February 20, 2011

Mission accomplished

Alhamdulillah selesai sudah tanggungjawab yang diamanahkan. Kalau ada pun maybe satu dua lagi tapi yang utama-utama semua telah dijemput. Of all days kami keluar menjemput, semalam adalah yang paling memenatkan sekali.15 hours outside ok. Left home around half past 8 and reached home back exactly 15 hours later. As always I am the first to leave and the last to arrive. Exhausted to the max lah semalam. Team menjemput telah bertambah dari 2 kepada 4 dengan ahli yang keempat adalah my cousin Mad Shah/Adik/Angah. Keep jumbling his pet name. Kejap Mad Shah, kejap Adik, kejap Angah. Hehehe.... Tapi tuan punya badan memang bahasakan diri dia Adik la. Adik umur 31. Kikiki....

From Putrajaya ke Seri Kembangan to pick up Eman, then to Taman Desa for Bang Long and Lembah Keramat for Adik. Since semua pun kelaparan, went for breakfast first in which I had 2 piece of roti canai and a cup of nescafe tarik; something much regretted later. Then perjalanan dimulakan dengan rumah pertama ialah rumah Tok Lang kat Sg. Choh, Serendah. Actually Adik ada bawak GPS. Garmin lagi tu tapi hampeh tak boleh guna. Tak tau kenapa. 

Perjalanan ke Serendah ok tapi bila dah sampai kat kawasan kampung tu mulalah kesesatan and terpaksa la membuat talian hayat to Tok Lang. Knowing the we'll be coming, terus menantu dia kena masak lunch and kesatan kami memberikan banyak masa la to the cook kan. Alhamdulillah semua nampak sihat although Tok Lang still batuk-batuk and Nek Lang who lost her sight already still rancak bercerita. Lama betul tak datang sana. Tok Lang selalu ajak suruh datang rumah tapi biasalah kitorang ni, plan je nak pegi tapi tak pernah yang sampai. Mula-mula dihidangkan dengan teh-o pastu during lunch ada ribena. Bang Long letak banyak betul nasi sampai nak termuntah I nak habiskan. Tu yang menyesal makan roti canai 2 tu. Banyak benda yang dibualkan but mainly pasal kitorang yang tak kawin lagi ni la. Macam-macam pesan Nek Lang Hehehe....          

From Rawang ke Klang; rumah Tok Busu. Again perjalanan ke sana ok tapi bila dah sampai kat kawasan kampung tu kesesatan lagi. Oh please don't ask about the GPS. Terus I have doubt on buying one for myself. Bila sesat, buat talian hayat to Tok Busu in which selepas itu memaklumkan kat Nek Busu akan kedatangan kami. Masak lagi. We reached there around 3pm so terus solat Zuhur dulu sebelum I offered to help Nek Busu masak. Nothing much just beehoon goreng and puding jagung. Erk makan lagi. This time with air sarsi pulak. 

Nek Busu sorang je kat rumah sebab Tok Busu kerja. She looks healthy despite having high blood pressure jugak. Stranded there until half past 5 due to heavy rain. So lepas solat Asar baru balik. Next destination ialah Keramat AU2; rumah Nek Ngah. Kat rumah Nek Ngah minum milo pulak. Nek Ngah nampak lemah due to macam-macam penyakit. Lagipun she got weak heart. She knew about Abah health so she gave her homemade teh misai kucing and teh hempedu bumi for Abah to try. As usual topik utama yang disentuh selain dari updates on status kesihatan semua saudara-mara yang telah dilawati ialah status kami berempat yang datang menjemput ni. Yang datang semua bujang-bujang ye. Itu la yang disebut-sebut oleh semua. Ala bukan apa, kitorang ni nak menolong orang yang nak kawin. Nak harapkan kitorang yang kawin memang entah bla la kan. Oh ada cerita menarik kat rumah Nek Ngah. Nanti la akan cerita dengan lebih lanjut pasal tu.

From rumah Nek Ngah, ke rumah Mak Ngah pulak hantar Adik balik. Sian dia, malam baru dapat dating. Hehehe..... Lepas solat Maghrib kena minum lagi. Teh-o with pisang goreng pulak. Last destination ialah jumpa our own Nenek at rumah Mamatam. By the time sampai rumah Mamatam memang dah penat and mata pun macam tak boleh nak bukak dah. Bibik hidangkan milo la pulak. Mujur la berjaya untuk decline dinner. Kalau tak mau pengsan nak makan. Left the house exactly at 10pm. Bang Long drive to his home, Eman to his and me to mine. Serius mengantuk gila ok. 

Overall had a pretty funny day all along. Adik si raja lawak tu memang banyak je ideanya. Tambah lagi dengan kitorang.. Mengarut aje sepanjang jalan. Hehehe.... Bila dah selesai menjemput ni rasa lega sikit. If not asyik risau aje. So lepas ni kita fokus on other stuff pulak. Keje kawin oh keje kawin...... Oh one more thing, rasa macam pegi beraya la pulak semalam. Semua pun kena makan and had air manis all day long. Definitely not good. High on sugar. Ooooo tu pasal asyik bergelak sakan aje kot. High. Hehehe.....          

No comments: