Tuesday, February 08, 2011

Mulut macam mak nenek

Kanak-kanak sekarang serius cakap macam orang tua kan. Cepat betul diorang matang. Nak-nak my niece yang 3 orang tu. Mulut masing-masing mak datuk kalah orang besar. Maybe because at home no one ever talk to them like kid do. Semua cakap style orang besar-besar. Selamba badak je discuss heavy topic dengan budak-budak tu. Bila budak-budak tu mulut macam mak nenek tau pulak geram (more like kelakar la) tapi tanpa sedar sendiri yang ajar diorang macam tu kan. Hehehe....

Like the other day. I was teaching Meera to ride a bike. She was so excited. And then dia terdengar suara Bang Long kat dapur. She asked me to call Bang Long konon-konon nak show off la. Pastu dia suruh I panggil Mama dia pulak. I masuk cari and tengok my sister tengah mandi so I told her la Mama dia tengah mandi. Nak tau dia cakap apa lepas tu?

"Cik Ngah, pergi la panggil Mama. Cakap ngan Mama, "Eh Hayat (my sister's name) pegi lah tengok anak engkau kat luar tu main basikal". Hai geram betul I dengar. Tergelak-gelak semua bila I cerita. Itu baru satu ye. Ada banyak lagi. Nanti kalau I teringat I cerita lagi. Budak-budak ni sangat alert je cara kitorang bercakap kan. Siap ngan intonasi yang kelakar tu.

Now that Meera dah sekolah, all the time I dengar dia dok menyebut (more like berwirid aje); Isnin - Monday, Selasa - Tuesday....bla..bla..bla... January bulan satu, February bulan dua, March bulan tiga...bla..bla..bla... Like all the time ok. Sabar je lah budak sorang ni. Pastu I ajar dia mengira. Lawak gila. Dua puluh jadi dua puluh belas, tiga puluh jadi tiga puluh belas. Adoi kalau dapat rakam kan best. Nanti la nak beli camera yang dah berkenan hari tu. Rakam dan simpan. Esok dah besar biar dia tengok perangai lawak dia tu. Hahaha.....  

Seminggu dok ngan diorang terasa rindu pulak bila dah jauh-jauh ni. Rindu dengan mulut mak nenek diorang tu. Hehehe.....

No comments: