Monday, February 14, 2011

Isnin yang hangat

What a bad day to start the week. Last night I didn't sleep at all so ni dah start pening-pening lalat. Tambah pulak aircond dalam bilik ni yang macam tak berfungsi aje. Panas-panas tambah dengan pening buat hati pun panas aje. Tengok nombor-nombor and screen computer ni pulak buat rasa nak termuntah aje. Entah apa-apa entah hari ni. Asyik tengok screen computer membuatkan my eyes macam strain and pedih la. Aduhai.... Can't afford to be like this. Ni ada satu paper untuk meeting this Thursday yang perlu disiapkan by hari ni jugak ni. Sigh......

Anyway my weekend was not that bad. Semalam sakan berjalan. On Saturday pulak I lepak the whole day kat rumah; buat laundry and tengok TV. Siap layan cerita Dil To Pagal Hai lagi. Hehehe...... Tersenyum sorang-sorang masa tengok tu. Cerita Bollywood ni start meletup masa I tengah study kat UiTM Shah Alam. So bila lepak kat kompleks je mesti layan cerita yang dipasang di hampir semua gerai yang jual cd. Lagu dia memang layanlah sampaikan bila buat aktiviti senamrobik ke apa ke kat kolej mesti guna lagu cerita ni and cerita Kuch Kuch Hota Hai. Teringat kenangan dulu memang best aje kan.

Sambil-sambil bosan tengok cerita I sempat la masuk dapur 2-3 kali memasak. Gigih gitu kan. Tapi masak simple-simple aje. For breakfast buat bread pudding for Sal yang datang for cookies sleepover tu. Then masak maggi aje sebab macam malas nak makan beria-ia. Tapi by late evening dah lapar tahap gaban so masak bubur and buat sup telur and kentang. Kenyang sangat la pulak lepas tu. Hehehe....

Layan tengok TV seharian memang la pening. Ingat nak tido awal tapi Shikin pulak call nak sleepover. Hoh lama betul tak jumpa minah ni. Rindu sangat. The one and only friend yang boleh buat bergaduh tanpa ada terasa hati. Hehehe..... Ala gaduh bukan pasal apa pun, pasal timing aje tapi biasalah suka nak kecoh-kecoh kan. I ni kan very the punctual and minah ni pulak time management memang fail. Bila dah selalu sangat lambat tu mana la tak mengundang amarah kan. Tapi dia ni bukan makan saman pun. Hehehe.... So tu yang syok leh gaduh-gaduh manja tu. But we're cool like that.

Sudahnya lewat jugak tido. Tengok cerita yang entah apa-apa. Eh cop tajuk entry ni Isnin kan. Kenapa cerita pasal Sabtu pulak ni. Hoh melalut-lalut. Anyway still panas lagi ni. Dah bukak tingkap tapi sama je. But at least berangin la sikit cuma kena la mendengar bunyi kenderaan lalu lalang kat bulatan depan tu. Ok nak sambung conentrate buat paper. Chill everyone (boleh ke chill dalam bilik separa oven  ni?)

No comments: