Thursday, May 13, 2010

Sukan buat saya stress laaaa.....

Saya ni bukanlah peminat sukan. Kalau tengok games-games ni pun cumalah gymnastic or synchronised swimming je. Kadang-kadang adalah tengok games lain macam swimming or lumba lari tapi memang boleh kira ngan tangan lah. Games lain memang tak kan tengok. Bola ke apa ke. Memang tak minat. Tapi dalam pada tak minat tu, ada la tersesat tengok kadang-kadang. Saya tak suka tengok games bukan setakat sebab saya tak minat tapi jugak ianya membuatkan saya stress. Rasa tertekan aje. Pastu kadang-kadang macam terhenti nafas kejap. Over kan. Padahal tak minat tu. Kalau minat memang boleh kena sakit jantung terus kot.

Saya tak minat bola. Tapi kadang-kadang bila tertengok tu, rasa geram, marah, bengang semua ada. Padahal rules main pun saya tak tau. Hahaha…. Like badminton jugaklah. I think the last time tengok badminton was in 1992. Masa tu kan kita menang Piala Thomas. Lagipun Rashid Sidek kan kegilaan ramai masa tu. Dah la duduk asrama. TV kecik cinonet aje tapi satu asrama turun. Bersesak-sesak kitorang kat bilik TV masa tu.

Hari tu masa Malaysia lawan Jepun saya ada lah tertengok sikit-sikit. Sebenarnya bukan nak tengok sangat tapi sebab diorang tengok channel tu so tengok ajelah. Bukan tengok betul pun, dengar aje. Sebab leka makan kek bagai kat dining hall. Sipi-sipi je nampak. Tu pun boleh bengang semacam dengan Malaysia tu. Ntah apa-apa lah saya ni.

Pastu semalam tak tau nak buat apa saya pun tengok lah games between Malaysia dengan Denmark. Tu pun start masa Choong Han tengah berlawan. Tiba-tiba gigih dan bersemangat nak tengok badminton eh. Tapi yang lawaknya, sambil tengok sambil pasang internet sebab macam takut je nak focus. Takut kalah. Hehehe… Pastu kejap-kejap tukar channel lain sebab takut. Paling tak tahan, siap tutup terus tu. Tapi 2 3 minit pastu bukak balik. Gila ke apa saya ni. Nasib tengok sorang. Kalau ramai-ramai mesti bengang orang lain dengan perangai gila saya ni. Nak tengok tapi takut. Hahaha…. Tapi memang agak tertekan lah tengok sukan ni. Saya perasan ada masa-masanya saya tertahan nafas sebab cuak tengok markah yang dekat-dekat tu.

Anyway, memang bestlah games semalam. Walaupun ada yang kalah, tapi kalah bermaruah. Tak lah macam haritu, kalah bodoh aje. Tak tau nak tengok ke tidak lawan dengan China esok. Mintak-mintak ada lah cerita best kat channel lain supaya tak terasa nak tengok. Saya bukan tak de semangat patriotic tau. Saya cuma malas nak stress-stress kan lagi diri saya yang memang cepat stress ni. Tengok games mesti stress. Macam manalah dengan peminat sukan yang hardcore ni. Memang salutelah korang kalau boleh stay calm aje. Saya memang tak boleh la. I guess I ni adalah orang yang penuh dengan perasaan kot. Sangat menghayati. Tu pasal kalau tengok cerita, saya boleh menangis bagai nak rak. Feeling terlebih pulak. Hehehe….

Selamat berjuang kepada semua pemain negara. Harap-harap boleh la dapat Piala Thomas kali ni. Tapi dapat ke tak dapat ke macam lah saya kisah sangat kan. Selama ni tak kisah pun tetiba tahun ni terlebih kisah pulak eh. Apa kes? Hehehe….

By the way, bila saya tengok Hafiz Hashim, saya teringat kat kawan saya, Zaraurah. Suami dia sebijik sejebon macam Hafiz Hashim ni. Muka, ketinggian, semualah. Kalau kata kembar pun orang percaya. Nama pun sama ok. Saya kenal Zara ni masa DPA. Dia ada ajak saya pegi rumah dia. So saya tengoklah gambar kawin dia. Siap boleh terfikir ok,; “Eh dia ni kawin ngan Hafiz Hashim ke?” Yelah dah la muka sama, nama pun sama tu yang tak tahan tu. Eh rindu pulak kat si Zara ni. Ok lah nak telefon dia jap lagi.

All the best ye team Malaysia. And Rashid Sidek, anda masih hensem macam dulu jugak. Hahaha…. sempat tu….

3 comments:

swit@kon said...

hahahaha. betul tu!
buat dada aku berombak2. horror kan.

hahahaha. tips aku ialah - mute kan tv anda.

Eny Yusof said...

aku tak main la mute-mute ni. tutup terus. hahaha....

didi said...

Selamat berjuang kepada penonton jugak ye!
Its not an easy job :p

Aku pun tgk sorang2 kat rumah, jerit sorang, tutup mata dgn tangan tapi tgk kat celah2 jari.
Aku tgk F1 & tennis pun buat perangai mcm ni. Kalau x tahan suspens, siap lompat2 lagi.

Mau pengsan tau. Oh malam ni ada lagi....

Penat-penat...Kena buat stretching dulu. Nanti otot-otot terkejut & kejang.

Over tau penonton ni.