Tuesday, May 18, 2010

Cerita parking lagi... (tak habis-habis eh)

Tak paham la dengan manusia-manusia sekarang ni. Semuanya sangat menjual ikan (selfish). Sampai tahap melampau dah diorang ni. Saya pun dah tahap menyampah gila bila tengok orang yang macam ni. Ingat senang diri sendiri je. Orang lain tak fikir. Ok la kadang-kadang benda yang dia buat tu tak la melibatkan orang lain, specifically saya but still menyampah mata saya ni tengok. Susah jugak jadi orang yang skema ni. Oh skema sangat ke saya? But still, ada benda-benda kecik yang kita fail to give attention tu. Apakebenda yang saya merepek pagi-pagi ni?

Macam ni, saya rasa satu Malaya dah tau yang Putrajaya ni memang menghadapi masalah parking yang serius. Siap ada liputan khas dalam paper lagi. Ye saya pun tau tu. Dan kerana kekurangan parking itu maka double parking telah menjadi satu amalan yang diterima. Walaupun penat terpaksa menolak kereta orang saban petang, tapi saya menerima keadaan itu kerana kalau saya lewat, saya pun akan double park juga. Tapi itu sangat jarang berlaku kerana saya sanggup datang awal supaya saya dapat parking kereta saya di petak yang sepatutnya dan tidak perlu mendouble park yang akan menyusahkan orang untuk menolak kereta saya dan menyebabkan saya dihantui rasa bersalah sepanjang hari.

Kereta besar yang double park pastu double park dengan hand brake yang ditarik adalah common ok. Pastu sekarang ada yang datang awal tapi still tak mo park kat dalam petak parking yang masih kosong tu. Rela parking melintang sana-sini demi tak nak tolak kereta lain masa balik nanti. Apa guna ada petak parking kalau nak parking sesuka hati je? Saya faham kalau parking tu dah penuh. Ini tak, banyak lagi yang kosong. Saya tau kerana saya kan datang awal so masa saya datang memang parking kosong belambak tapi ramai je yang dengan muka selamba tak bersalahnya parking kat tepi dinding la, kat tepi tiang la, kat laluan la. Haish…. inilah orang Malaysia. Peraturan adalah untuk dilanggar, bukan untuk dipatuhi.

Kalau kena clamp marah, menyumpah berbakul-bakul tapi korang yang mintak. Patutnya security tu kena check. Sapa yang parking lintang-pukang before 7.15am (sebab 7.15 tu normally parking dah penuh la) kena clamp kete diorang. Bukannya apa, bila main parking aje ni, kan ke susah orang lain nak masuk petak parking yang masih kosong tu. Ruang yang elok boleh guna nak reverse kereta ke apa ke dah jadi sempit sebab ada kereta lain yang dah halang. Haish memang saya tak paham dengan orang-orang kat Putrajaya ni.

Tu baru citer pasal parking. Belum lagi citer pasal bawak kereta macam orang gila, langgar traffic light merah and banyak lagilah. Jangan ingat Putrajaya ni bandar terancang and majoritinya penjawat awam maka bandar ini adalah aman damai dan tenteram ye. Banyak cerita balik tabir sebenarnya. Boleh suggest kat TV buat special documentary on Putrajaya ni. “The Dark Side of Putrajaya” Pergh mesti rating naik punya ni.

What ever it is, kepada sesiapa yang ada membuat perangai sebegitu, sila-sila lah ubah perangai buruk anda itu. Buat malu Malaysia aje. Nanti dah terbiasa, terbawa-bawa kat mana-mana jugak. Pastu makin galak la expatriate-expatriate semua tu tulis artikel pasal orang Malaysia yang berperangai tak senonoh ni. Nampak macam kecik tapi sungguh tak patriotic ok.

Sekian bebelan saya untuk hari ni. Terima kasih kerana sudi membaca.

No comments: