Thursday, May 20, 2010

Hari yang mandom

Aduh sakitnya lah gigi saya ni. Semalam buat review and dentist tukar wire untuk gigi bawah. I've noticed the wire became thicker and thicker. Kesudahannya sampai saat ini, gigi saya terasa sakit, sengal, ngilu dan sebagainya. Dalam tidur pun terasa sakitnya tau. Oleh sebab itu, wahai Cik Switakon, silalah consider back your decision untuk memakai braces kerana ianya amatlah menyakit dan menyiksakan. Since saya dah terpakai dan terbayar, nak tak nak kenalah abiskan juga the treatment. 

Sudah la gigi saya sakit yang menyebabkan saya sukar nak makan and nak bercakap, hari ni office di landa garuda lah pulak. Semua pun tak de. Ni kat luar ni tinggal saya sorang aje. Kerani-kerani semua pegi exam KPSL. Ye lah diorang pun nak la naik pangkat jugak kan. Pegawai yang ada 3-4 kerat ni pun tinggal saya satu kerat aje. Yang lain pegi meeting or tak datang. Boss-boss pulak semuanya outstation ke Johor termasuklah big boss sekali. Kesudahannya, saya kenalah menjawab telefon. 

Telefon ni pun satu. Dah la saya tak sure telefon mana yang berbunyi. Pastu manalah saya nak hafal ext no setiap orang kan. Kan dah fail jawab panggilan dalam 3 deringan. Pastu nanti cakap macam tak berapa nak clear je. Maklumlah mulut yang sakit ni nak cakap pun kena cover-cover. Air liur pun rasa banyak je. (ok memang gross ah pakai braces ni). Patutnya semua kena pakai telefon canggih yang boleh pick up setiap call tanpa perlu tekan berbutang-butang. Saya pun tak hafal-hafal step nak tarik call sebab banyak sangat benda nak kena tekan. Dulu masa keje private, walaupun syarikat cokia je tapi telefon senang nak guna. Ada lampu berkelip-kelip kalau ada call masuk so sape pun boleh pick up. 

Hah tu baru sorang pegawai masuk. Amboi mentang-mentang boss-bos semua tak de boleh la datang sesuka hati eh. Camne nak lead by example ni. Tak paham saya. Ok lah nak sambung tenung excel yang telah menyebabkan mata saya stress aje sejak-dua menjak ni.    

No comments: