Sunday, May 16, 2010

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK atau nama barunya PPK)

Ok this is another one of my way too basi story; my PTK exam. Nak tulis jugak as remembrance. Esok bila dah pencen mesti terasa lawak bila baca balik. As government servant, Penilaian Tahap Kompetensi ni amatlah penting untuk dipertimbangkan bagi tujuan kenaikan pangkat and confirmation. Ingatkan bila dah abis belajar kat U ni maka tak perlulah nak amik exam lagi. Oh sangatlah salah pemikiran itu kerana exam ni tak pernah abis. Nak masuk servis kena amik exam, dah masuk servis lagilah banyaknya exam dia.

Anyway,as a gred 41 officer, I seperti jugak yang lain kenalah amik PTK Tahap 1 untuk naik ke gred 44, or lebih tepat lagi, untuk disahkan ke dalam jawatan gred 44 itu. Ada 2 komponen dalam PTK ini; generic and functional. Generic ni focus on general knowledge berhubung perkhidmatan awam whilst functional focus on specific job scope. Semua soalan adalah berpandukan kepada Pekeliling yang telah dikeluarkan dari semasa ke semasa. Besides pekeliling ada banyaklah bacaan tambahan lain. Setiap satu komponen, ada dua kaedah penilaian; generic ada written exam dan kena buat paper whilst functional ada written exam dan presentation on Sasaran Kerja Tahunan or SKT.

Tanyalah sesiapa juga dalam servis ni, memang tak de sorang pun yang akan suka dengan PTK ni. I pun sama sebab malasnya lah nak study bagai ni. I ni memang sejak azali dah pemalas study termasuklah zaman belajar dulu jadi benda-benda yang nak kene berstudy ni memang lah tak mendatangkan minat langsung. Dah la tu, semuanya atas inisiatif sendiri untuk membaca. Tak de sapa nak bagi lecture semua tu. Dulu kalau tak study pun boleh je nak pass exam sebab ada cikgu/lecture nak ngajar and ada member-member nak buat group discussion. Ni hampeh. Semua sibuk ngan keje pastu ada family lagi jadi manalah ada masa nak spend untuk group discussion ni. Tinggallah I sorang-sorang terkontang-kanting untuk membaca. Bosah seh. Baca 2 baris dah mengantuk.

Walau pun begitu (pergh ayat!) PTK ni bagus sebenarnya sebab bila nak exam, kenalah baca semua pekeliling yang sebelum ni tak heran pun nak amik tau tu. Jadinya banyaklah benda-benda asas yang sebelum ni tak tau, dah jadi tau. No wonderlah ada PTK kan. Bagus-bagus, now I knowlah a bit pasal servis ni. Kalau tak memang tak lah nak amik tau kan. Dari segi cuti, elaun-elaun dan banyaklah benda lain lagi. Pastu I got to baca on Tonggak 12 yang I rasa sangat bagus tu. Kenapa tak de orang heran dah pasal Tonggak 12 ni eh. Bagus tau. Dan paling hebat, I hafal akujanji ok. Psiko betul. Sape ntah bagitau I dulu ada soalan pasal akujanji ni so I dengan gigihnya telah menghafal setiap perkara dalam akujanji tu. Gila semangat tapi hampeh tak keluar pun soalan tu.

Stress tau study untuk PTK ni. I rasa kalaulah dulu I study macam sekarang ni, senang-senang je boleh dapat Anugerah DiRaja ke, Anugerah Naib Canselor ke or at least Anugerah Dekan setiap sem. Tapi sebab dulu dasar pemalas, maka redha jelah dengan result yang dapat tu. At least tak pernah kena repeat paper. Ok back to study untuk PTK ni. Walaupun dah tau nak amik exam, I hanya mula study bila dah eleventh hour tu. Selagi tak last minute, baca memang tak masuk. Bila dah last minute tu, semua masuk and paham, cuma ingat tak ingat ajelah. Yang paling menambahkan stress, ada terlalu banyak benda nak kena baca and tak tau nak focus mana satu. Baca A, teringat B. Baca B, teringat C. Bengong jadinya. I sempat baca beberapa topik aje sebab banyak terbabas buat benda lain. Konon-konon sambung cuti CNY untuk study tapi hampeh.

2 days before the big day, received call from Abah; Opah sakit tenat. Alamak macam mana ni. Abah kata kalau nak balik, baliklah tapi kalau tak balik pun tak pe. Abah faham tapi I lah rasa tak sedap hati. Kalau ikutkan ada exam memang tak balik dah tapi harus diingat, exam kalau fail boleh amik semula tapi kalau orang meninggal, tak de nya nak hidup balik. So tak pelah I balik jugak Sabtu tu dengan Eman and Bang Long. Semua pun balik sampai tak muat rumah. Alhamdulillah Pak Lang dengan murah hatinya pergi booked Rumah Rehat Lenggong untuk semua yang balik. Kalau tak semua kena tido berdirilah. Hehehe…. Agaknya tengok semua anak cucu cicit dia balik, semangat Opah terus meningkat so sihatlah balik.

Sunday tu while driving back to Opah’s house, I received call from Yus; told me that we have to submit one copy of the slide during registration. What a GREAT news. I ada baca info pasal PTK ni but missed on that one important note. Dah la tak buat apa lagi. So terpaksa lah rushing balik. Sian Bang Long sebab pagi tu dia ke pasar dengan Pak Lang. Beli banyaaak makanan dengan harapan nak makan ikan bakar and lauk kampung lain. I rasa bersalah sangat but what to do. Adik dia ni memang hampeh, semua nak tunggu last minutes. So rushing balik and sampai je rumah, terus on kan laptop and buat slide. Gigih kan. Alhamdulillah malam tu berjaya membuat slide yang agak cantik jugak lah considering I mana ada buat slide pun selama ni.

Monday morning rushing ke office dulu untuk print slide before ke PICC untuk registration. Then exam. Haish memang susah ok. For generic paper, sebenarnya I rasa senang aje soalan dia tapi sebab I tak baca on that topic so bagi soalan senang pun memang tak boleh jawab. Since otak ni dah berkarat kerana dah lama tak diasah so kebolehan I untuk menggoreng amatlah terhad. Macam tak tau je apa nak goreng. Padahal dulu I rasa I lah pakar menggoreng ni sebab selalu tak study jadi terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kebolehan untuk menggoreng itu. Paper functional pulak memang susah sangat. Nothing yang I baca masuk. Selalu ada soalan on asset but this time tak de so melepaslah peluang I nak score untuk satu soalan. Kena pilih 5 dari 16 soalan. 5? Nak pilih satu pun susah. Ada soalan yang I jawab 2-3 baris aje. Yup you see that right; baris ye bukan perenggan. Tawakal ajelah.

Alhamdulillah I don’t have problem with my presentation. Ada yang kata I dah macam cikgu mengajar kat depan. Hehehe… Tapi I got very big problem ini writing paper sebab seperti yang I dah bagitau, otak ni dah berkarat kerana dah lama tak digunakan untuk berfikir secara kritis. Alhamdulillah kerana I dipertemukan dengan kawan-kawan yang sangat baik and I sangat terharu dengan jasa baik diorang ni. Sangat terharu ok. (Big shout out to Klynn and Azura Azreen) I can never thank this two enough.

Just like all the exams before, memang rasa menyesal sangat sebab tak study dengan betul-betul. Kalau study mesti boleh buat. Tapi menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak de gunanya. So sekarang tawakal aje pada Allah. Kalau ada rezeki luluslah, kalau gagal, kenalah amik balik dan memulakan cycle stress di saat-saat akhir semula. Hehehe…. tak serik-serik.

Itulah pengalaman pertama amik PTK. Kepada semua yang amik PTK sama ngan saya hari tu, saya doakan kita semua akan lulus. Kalau dapat cemerlang lagi best. Amin.

Lihatlah timbunan buku dan nota itu. Seluruh rumah dipenuhi olehnya ok. Nasib baik dok sorang-sorang. Kalau ramai mesti diorang stress tengok kertas dan buku bersepah-sepah. Macam la dia sorang je amik exam eh. 

 Kami yang balik beramai-ramai tengok Opah. Sesak sangat kat dalam sebab semua anak cucu cicit balik

Tak cukup kat dalam, kat luar ni pun ramai yang berkumpul. Seronok tengok ramai-ramai macam ni. Raya pun tak de macam ni sekali

Inilah Opah saya. Dah 80 lebih umurnya. Alhamdulillah Opah dah semakin sihat sekarang.

2 comments:

Anonymous said...

sorry about the paper.
i wish it was better.
doakan kau dapat aras 4 agar terperanjat.. hehehe

Eny Yusof said...

Aaaaaamin. Hey don't feel bad ok. U've done a great job. Sangat-sangat thankful.