Wednesday, May 19, 2010

Penat la nak fikir

Lately ni rasa mata sangat stress sebab asyik tengok screen aje siang malam. Maybe patut cuba Permata Hijrah la kan. Bagi segar sikit mata ni. Bila mata stress, rasa pening kepala la. Abih camne nak buat keje kalau tak boleh ngadap computer kan. Tapi update blog boleh la pulak eh. Hehehe…

Anyway bukan itu yang saya nak membebel hari ni. Wah asyik membebel aje sekarang ni eh. Actually ni benda lama tapi makin lama makin melampau la diorang ni. Macam semalam. Tak boleh blah betul baca pasal budak umur 15 yang buat maksiat dengan budak umur 19. Pastu beranak and tanam anak tu. Ape ke gilanya budak-budak sekarang ni? Saya dulu umur 15 tak terfikir langsung benda-benda macam ni. Tersentuh sikit pun boleh melompat inikan pulak nak bercinta and berlebih-lebih sampai terberanak semua ni.

Buat maksiat dah satu dosa. Pastu beranak anak luar nikah pulak tu. Paling keji tahap dewa peringkat kelapan ialah membuang anak. Buang kat tong sampah la, dalam sungai la, dalam longkang la. Apa ke bangangnya diorang ni. Hah kan saya dah terkeluar dah cakap bangang ni. Yang lebih memalu dan mendukacitakan saya ialah semua yang bangang-bangang ni adalah anak bangsa saya sendiri yang beragama Islam.

Hello omputih yang kafir pun tau nak jaga anak luar nikah ni tau. Pernah ke korang baca pasal omputih yang buang anak sana-sini? Kita bukan main la mengutuk bagai omputih yang kafir ni. Tapi realitinya diorang ni jauh lebih baik dan bagus dari kita. Sayangnya tak dapat hidayah dari Allah aje. Diorang ni kalau dah termengandung, either jaga anak tu sendiri or serah untuk adoption. Kita? Campak buang sana-sini.

Kalau dah tak nak sangat pun anak tu, hantarlah kat hospital ke, rumah kebajikan ke or kat mana-mana support center ni. Nak hantar sana malu la pulak eh tapi buat maksiat siang malam tak malu plak eh. Kat orang lain tau malu tapi kat Allah and kat malaikat yang dok kiri kanan tu tak malu lah pulak eh. Hish menyirap je rasa kalau cakap pasal diorang ni tau.

Orang lain berabis beribu-ribu duit nak dpat anak. Diorang ni senang-senang aje buang. Yang semalam tu bila dah kena tangkap baru la nak merayu mintak maaf bagai. Nak belajar lagi la, mak bapak orang susah la, eh macam-macam alasan la bagi.

Ni satu lagi benda yang saya tak boleh terima. Bila kena tangkap mulalah cakap pasal keluarga susah la, mak bapak dah tua la, adik-adik or anak-anak kecik lagi la, tanggungan ramai la. Masa buat salah tu tak fikir ke? Kenapa bila dah kena baru nak fikir? Itu semua alasan semata-mata. Give them no mercy. Jangan terima rayuan-rayuan ni. Kalau terima satu, semua pun nak merayu. Memanglah sebagai manusia kita sena ada belas kasihan dan saling maaf-memaafi tapi orang macam ni tak layak nak dibelas kasihankan. Lagi satu, kalau nak minta maaf, minta ampun la dengan Allah, bukan buat cerita sedih kait mak bapak sedara-mara semua.

Everyone deserve a second chance. Tapi saya rasa saya tak boleh bagi peluang kat orang-orang macam ni. Untuk memuaskan nafsu sendiri, semua jadi mangsa. Mak ayah dan keluarga kena tanggung malu, polis, bomba, peguam semua kena keje lebih, emosi-emosi wanita-wanita yang telah berusaha untuk mendapat anak pun terganggu, pastu duit pembayar cukai lagi membazir bayar makan diorang ni kat penjara, duit mak bapak diorang nak bayar lawyer semua tu dan emosi saya yang turut terganggu bila baca cerita diorang ni.

Tolonglah. Saya ni dah ada banyak benda nak kena fikir. Tambah plak ngan benda-benda macam ni. Buat orang stress aje tau. Tapi kan, betullah apa yang dikata oleh bijak pandai ilmuan agama selama ni. Undang-undang manusia ni sama macam tikus baiki labu aje. Makin merosakkan manusia aje. Kalau kita buat hukum hudud, Insya Allah semua pun takut nak buat maksiat. Kalau udang-undang konvensional, setakat masuk penjara aje. Paling teruk pun kenalah sebat or hukum gantung. Tapi kalau hukum hudud, kena zass terus. Nak kena rejam? Nak kena rotan di khalayak? Ada berani? Mesti orang takut punyalah.

Rasa nak lari dok dalam hutan ajelah macam ni. Tak yah fikir apa-apa. Abis kuat pun takut binatang liar and takut hantu aje. Ini macam-macam nak fikir. Penat la.

No comments: