Eh hampir terlupa nak sambung cerita haritu eh. So keputusan x-ray mendapati....... ada keretakan berlaku kat kaki I. Tak ingat pulak area mana. Jadinya kenalah simen kaki tu. Pergh dasyat jugak eh. Jatuh macam sikit aje tapi sebab terperosok dalam longkang and kaki pun terpeleot semacam tu yang kecederaan pun teruk tu kot. Since bilik simen dah tutup operasi for that night, I kena datang esoknya.
Nak tau sape hantar I pegi hospital esok tu? Resident staff. Hehehe... Dia pun pelik macam manalah I boleh jatuh sampai retak-retak ni. Dia hantar aje pastu dia balik and tinggallah I sorang-sorang kat hospital tu. I rasa kan, tukang simen tu tak perasan kot yang ankle I luka and I pun tak bagitau. So selamba je dia simen luka-luka tu sekali. Macam ngeri la pulak sebab katil sebelah I tu ada lelaki India. Dia accident kot and before that kaki dia dah kena simen. Maybe dia pun sama macam I ada luka-luka so diorang nak buka simen tu balik. Masa staff tu gergaji simen tu (wow that sounds scary), mamat tu menjerit-jerit ok. Trauma I kat sebelah ni tau. Staff tu gergaji guna mesin yang macam orang potong kayu kat kilang tu la. Tapi yang portable one. Eeeee ngeri je masa tengok tu sebab I risau takut terpotong dengan kaki mamat India tu sekali ke apa ke. Tu yang mamat tu menjerit-jerit tu kot. Dia lagi la trauma kan. Macam cerita Saw la pulak. Kaki I kena simen dari lutut ke bawah.
Keluar dari bilik simen I selamba je berjalan albeit terdengkot-dengkot la. Kaki berat semacam ok. Masa nak keluar tu ada la HA-HA yang tegur, "Aik kaki dah bertukar menjadi simen keeee?" Not funny ok. Balik tu I naik ambulan UiTM kalau tak silap. I dapat MC lama tapi tak boleh nak balik rumah sebab masa tu exam week. Rugi je kan. Kalau tak boleh lepak kat rumah lama sikit. I tak nak la extend just because kaki kena simen kan. So tahan aje lah.
Pagi kena simen malam I dah sibuk sambung siapkan paperworks entrepreneurship tu balik. Since dalam group tu ada lelaki dan perempuan, tak boleh la buat kat my room. They decided nak buat dekat kolam renang nearby my kolej. Hai kena naik motor dengan lelaki lagi. Sabar je lah. Settled paperworks ada presentation on it. Although pakai blazer bagai tapi kaki pakai selipar aje ok. Hahaha.... Even for my job interview for english module pun I pakai selipar aje. Dah la job interview tu kat level 7. Naik la tangga dengan kaki bersimen tu.
My parents tak dapat nak datang sebab Mak tengah sarat menunggu hari. Ayum le baby tu. So Bang Long je la yang datang. Actually Bang Long pun study kat UiTM Shah Alam jugak tapi masa tu dia practical kalau tak silap. Bang Long offered nak belikan tongkat tapi I kata tak payah. Susah la nak jalan pakai tongkat ni tapi merasa la kaki tu kena pressure je manjang kan. When he first saw me with simen kat kaki dia tergelak besar. Pastu bukak beg dia keluarkan marker. Nak tau dia tulis apa? PADAN MUKA! Sabar je lah.
A friend bawak I ke pesta convo and selamat la simen tu kena contengan. Pastu siap pegi melepak kat Kompleks PKNS lagi tau. Ok tak la melepak but pegi makan McD aje. Kaki bersimen pun tak reti nak duduk diam eh. Tapi malam-malam merasa la kaki tu sakit and bengkak. Jari kaki tu dah jadi macam sosej aje tau. Gemuk-gemuk. Tapi bila makan ubat surut bengkak dia surut la kejap.
During exam week I belasah je pakai jeans. Dah tu tak kan nak pakai kain pulak nak naik motor kan. Terselak sana-sini karang sape yang malu? Ahkak jugak kan. Mula-mula tu I naik motor dengan groupmate I. Dia la yang bawak I balik from lab on the first day tu, dia la yang bawak ke kolam renang kat kolej tu and dia jugak la yang amik I bawak pegi exam hall. Tapi ada one day tu, my class leader yang bawak balik. Dah jadi Kolonel pun dia sekarang. Dulu naik motor kapcai aje. Hehehe....
I ni baik jugak la dengan kakak-kakak yang warak-warak pakai tudung labuh ni. So when my ex-roommate yang warak itu tau I naik motor dengan lelaki (in which I pun tak suka sebenarnya tapi dah terpaksa kan) so dia terus offered to send and fetch me from exam hall. Kalau dia tak sempat dia suruh la kawan-kawan dia yang tolong amik I. Baik kan. Even tolong basuhkan pakaian ok. Maklumlah kaki I ni tak boleh kena air so memang tak basuh la kain baju I tu. Washing machine memang tak de lagi kat kolej-kolej ni. Sekarang je kot yang dah ada semua kemudahan tu.
Makan pun kawan-kawan yang tolong amikkan from dining hall. Paling susah masa kaki bersimen ni of course la nak pegi bilik air kan. Simen tu nak kena balut dulu supaya tak kena air. Ada sekali tu ada sorang senior ni kesian agaknya tengok I dengan kaki bersimen ke toilet, dia tolong papahkan I. Baiknya hati dia padahal I boleh je jalan sendiri. Cuma like I said, terdengkot-dengkot la. And then masa exam pulak kaki tu kena halakan ke tepi, tak boleh nak luruskan kat bawah meja macam biasa. Sekali ada satu lecturer yang jaga exam tu tersepak my kaki ok. Dia tak perasan. Pergh..... Puas la lecturer to say sorry. Ala tak marah pun tapi macam ngeri aje tersepak-sepak ni.
After one month kena ke hospital semula untuk review. Doktor nak suruh sambung pakai sampai 2 bulan tapi I nak bukak jugak. Dah nak cuti semester so nak balik Kuantan camne kalau kaki bersimen kan. So doktor pun bukaklah. Kan masa jatuh tu my ankle luka kan. So masa nak bukak tu simen tu dah melekat kat kulit ok. Pergh ngeri je tengok masa nak cabut simen tu dari kulit. Siap doktor tanya lagi, "eh ada luka eh?". Lepas tercabut simen from kulit tu, the ankle look a bit raw je. Kemerah-merahan and the skin is very nipis. Then doktor terus suruh try berjalan. Rasa macam tak de kaki kejap ok. Maklumlah sebelum ni berat semacam aje kaki tu. Terhoyong-hayang kejap berjalan. Lepas bukak tu merdeka je rasa. Boleh la mandi sepuas hati. Cuma rasa sengal semacam la kaki tu and lama jugak nak baik.
Tapi nasib kaki tu memang agak malang kerana right after bukak simen tu I temankan my nenek balik kampung dulu before balik Kuantan. Konon-konon nak belajar bawak motor sekali terjatuh and ligamen at the same kaki terkoyak la pulak. Since I dah serik kena simen, memang tak la nak simen semula kan. Just pegi berurut aje. Kena urut ni sakit dia mak datuk..... tak terucap ok. Dah la kena pegi banyak kali. Nasib la kan. Sape suruh tak sedar diri kaki tu tak berapa elok lagi. Padan la muka I kan. Lama ok kaki I tak berapa ok.
Semenjak kejadian itu, I trauma dengan longkang ok. Like seriously. Longkang kecik pun I seriau. Lately ni je macam dah ok sikit. Tapi kalau ada alternatif yang lain, even jauh sikit pun tak pe la dari kena langkah longkang. Ngeri je rasa. And I tak pernah dah belajar nak bawak motor. I guess me and 2 wheeler thing ni memang tak mempunyai hubungan yang baik lah. And since then juga I telah mengucapkan selamat tinggal kepada semua aktiviti luar yang dicintai. No more kawad-kawad (sebab kena hentak kaki bagai kan), no more panjat gunung or any outdoors yang akan memberikan bebanan kepada kaki ini. I start buat balik aktiviti lasak ni masa dah masuk PTD aje lah.
Alhamdulillah besides occasional cramp, my right leg dah ok and tidak mengalami sebarang kecederaan lagi. Cuma maybe kesan dari selalu cedera and jatuh tu, lutut selalu sakit. Area tapak kaki semua tu selalu sengal-sengal. Bila berlari lebih sikit dia pun start la sakit-sakit. Sekarang ni I memang sangat berhati-hati la. Kalau boleh nak elakkan diri dari jatuh lagi sebab bukan takat kaki, belakang and pinggang pun effect jugak bila selalu jatuh-jatuh ni. I pun tak sure kenapa la I ni selalu sangat terjatuh. Nak kata cuai tak la sangat. Paling last I rasa I jatuh depan lift last year kot. Story on that here.
Ada lagi satu cerita jatuh yang teruk tapi nanti-nanti la I cerita. Asyik cerita pasal kecederaan aje bosan jugak. Lasak jugak I ni rupa-rupanya. Padan la dengan perangai yang macam jantan tu kan. Hahaha..... Dulu laaaa.... Sekarang dah ala-ala gadis ayu gitu.... Kannnn....
Alhamdulillah besides occasional cramp, my right leg dah ok and tidak mengalami sebarang kecederaan lagi. Cuma maybe kesan dari selalu cedera and jatuh tu, lutut selalu sakit. Area tapak kaki semua tu selalu sengal-sengal. Bila berlari lebih sikit dia pun start la sakit-sakit. Sekarang ni I memang sangat berhati-hati la. Kalau boleh nak elakkan diri dari jatuh lagi sebab bukan takat kaki, belakang and pinggang pun effect jugak bila selalu jatuh-jatuh ni. I pun tak sure kenapa la I ni selalu sangat terjatuh. Nak kata cuai tak la sangat. Paling last I rasa I jatuh depan lift last year kot. Story on that here.
Ada lagi satu cerita jatuh yang teruk tapi nanti-nanti la I cerita. Asyik cerita pasal kecederaan aje bosan jugak. Lasak jugak I ni rupa-rupanya. Padan la dengan perangai yang macam jantan tu kan. Hahaha..... Dulu laaaa.... Sekarang dah ala-ala gadis ayu gitu.... Kannnn....
No comments:
Post a Comment