Thursday, July 28, 2011

Mahalkah tudung itu???? (sila sebut ikut nada Sepah)

Last Saturday, after a very late lunch with Rehan at Bangi, I temankan dia tengok tudung dekat Ariani. Itu lah kali pertama I masuk kedai Ariani. I rasa tudung dia biasa-biasa je tapi harga mak datuk. Tudung ke apa tu sampai 4-5 ratus sehelai. Ada yang 2 ratus lebih, 3 ratus and yang paling mahal dalam RM580. Gila ah. Tak sanggup I beli tudung mahal cenggitu. Baik I beli leather shoes ke, gadget rumah ke or benda-benda lain. Membazir ok. 

Kalau nak tau, tudung I semuanya murah-murah aje. I rasa tudung I paling mahal pun RM40 je kot. Itu pun sehelai aje beli. My tudung bawal sulam yang sangatlah cantik sulamannya tu pun dalam RM30 je tapi for me mahal dah tu. Sekarang I beli tudung bawal yang ada batu-batu kat tepi tu and harga paling mahal pun dalam RM18 tak silap. Even masa memborong tudung kat Kelantan hari tu I beli yang harga RM15-RM18 aje. I ni bukan la jenis ikut fesyen sangat so tak kisah pun tudung jenis apa asalkan warna match dengan baju jadi la. 

They claimed that tudung tu guna original Swarovski gems tapi for me tak de beza pun. Bukannnya orang nak kelebek tudung kita nak tengok batu tu. And sama je kalau letak batu apa pun lama-lama tercabut jugak kan. I rasa price of tudung at Ariani adalah sangat tak logik. Tapi ramai jugak yang beli tudung kat sana termasuk la my mom. Padahal kat Jalan TAR tu melambak style yang sama at much cheaper price.

I wonder ramai sangat ke orang beli tudung kat Ariani ni sampaikan kedai dia bersepah-sepah merata alam. Kaya-kaya orang Malaysia ni rupa-rupanya eh. Patut la tak kisah harga barang asyik naik aje kan. Hmmmm.....
   

6 comments:

mimi said...

ahahaaa..hv the same stand with u. mmg giloo kn. aku pung x sanggup ahh bli more than rm50. rm40, 30 mungkin. lg best rm5 kt pasar mlm. kt pkn rabu/bus stand ganu pun x dpt rega tuh. corak lama la of coz. tp belasah je la yg penting match dgn baju. hik hik. tp hati2, pn I pun bli kt situ, huhuuuu

Eny Yusof said...

Mimi,

Tu la. Tudung RM5 pun kalau dah cantik ok je. Yang penting matching dengan baju kan. Mcm tak percaya je masa tgk harga tudung haritu. Tak mampuuuu den.

dian said...

eny, husband i pernah tanya kt cashier ariani, tdung paling mahal kt situ baper rm? dia kata RM1200. dia tunjuk kat ktorg, it is a chiffon shawl ngn batu2. i pg time sale.skg selalu ade sale sb da byk competitors kot.i beli yg diskaun je. i pakai ariani sb bila sarung kt kepala mcm terus cantik terletak je kalau nk banding dgn yg lain tu.

Eny Yusof said...

Dian,

Chiffon shawl dgn batu2 tu la yg harga RM580 tu. Tgh diskaun. Ooo harga asal dia RM1200 la eh. Baik beli Ipad2 dari beli tudung cenggitu. Bukannya kalau I pakai terus lelaki2 datang melutut terjatuh cinta kat I kannnn.... Hehehe....

mamamya said...

hehe...mmg mahal gilos kan? for me drpd beli tudung smpi rm500++ baik i rembat mekap bobbi brown hehe

biasala eny, lain org lain minatnya...tp i mmg tak la nak beli tudung mahal2 cmtu...bab tudung i biasa2 je you mak x kisah...tp kalau habis duit kt kedai baking tu mmg lupa diri kejap =P

Eny Yusof said...

Lin,

Aah kan. Kalau kat kedai baking, segala benda nak beli. Pastu nak yang kualiti2 je. Imported whatesoever.

Ye lah lain orang lain preference dia kan but still RM500 for a tudung (a pair plak tu) mmg idok le teman....