I rasa I ni dah ketagih ni. Asyik fikir apa nak buat aje. In term of baking la. I suka googled recipe and baca cooking blog. Pastu mulalah berangan-angan nak buat. Hish kenapa la ramai sangat orang buat cooking blog sekarang niiiii... Dah la ada gambar yang cantik-cantik and nampak mengiurkan. I rasa instead of sibuk nak banteras BERSIH semua tu, baiklah kerajaan banteras pengwujudan cooking blog ni. Bahaya ok. Buat orang gian nak try je. Mengalahkan dadah la pulak eh.
Anyway, hari ni tahap ketagihan dah memuncak so balik je tadi terus masuk dapur and this time I nak try buat cheese tart. I confident je semua ingredients ada tapi masa tengah siapkan ingredients tu baru I perasan lemon tak de. Tak pe lah, substitute dengan limau kasturi la. Thanks Puan K for sharing that info before. If not mana lah nak redah cari lemon tu kan. Recipe I took from here and here. For cream cheese I follow the first recipe and for the tartlet I follow the second recipe. And one more thing, I replaced the icing sugar with castor sugar sebab I tak de icing sugar. Eh ke sama je both sugar?
The ingredients; flour, sugar, butter, cream cheese, egg, vanilla extract and strawberry filling
Bakar adunan tu for 15 minutes. Tapi I rasa I patut bakar lama sikit la sebab macam tak berapa garing aje. Anyway, sambil kita tunggu benda alah tu (apa orang panggil eh? Sarung tart? Tart base?) masak, I siapkan cream cheese dia pulak.
Beat until smooth ye. Since I keluarkan cream cheese tu right before that, mine macam tak berapa smooth sangat. Belasah aje lah eh
Then piped cream cheese atas tu. Bab ni agak fail sikit la sebab ada yang comot and sememeh aje. Again, belasah je lah
I tak reti nak buat macam yang orang buat kasi cantik tu so I just cucuk lidi and kacau skit kasi nampak la at least merah-merah atas tu. Then bake again dalam 5-10 minutes and it's ready to eat
Since I puasa tadi, I kena tunggu berbuka baru boleh rasa. Tapi Siti selaku perasmi kepada my first ever cheese tart kata ok, sedap and boleh jual. Hehehe.... And lepas I rasa, ok la not that bad. Maybe kena belajar how to buat kasi lebih cantik sikit. Tapi hasilnya tak banyak la. Dapat la dalam 30 biji je tadi.
I bukannya nak makan sangat. I suka kepada penghasilan sesuatu tu. So esok jom kita breakfast dengan cheese tart. Ada orang nak bawak hot chocolate. Wah mesti best esok ni. Since ianya tak banyak, tak dapat la nak edarkan kepada semua macam biasa. Macam tak sesuai aje kalau kasi 1-2 biji tapi kalau makan ramai-ramai I rasa ok sikit kot. So puan-puan abjad, kalau nak rasa, sila datang kat tempat I macam biasa eh.
Sebenarnya kan....sebenarnya kan..... selain dari cheese tart tu, I buat mocha orange brownies. Tapi entah kat mana salahnya it didn't turn out as brownies tapi macam kek tak jadi aje. Texture wise memang fail la tapi rasanya ok. Since I dah kehabisan plastic ware, I tak dapat lah nak edarkan as usual jugak. Sekali lagi saya ingin menjemput puan-puan abjad untuk datang ke tempat saya untuk mencuba brownies tak jadi saya ini. Komen-komen anda mingkin dapat membantu saya mengenalpasti akan kesilapan saya ketika membuat brownies itu. Datang noooo....
Actually semalam and hari ni I tak de kat office. I kat treasury attending ToT on the asset system. Hoh banyak la kerja lepas ni sebab bilapindah bangunan baru nanti we would implement this system. Anyway, nothing much about it yang I nak share. I just nak share something I saw while I was there.
Sape pernah pergi treasury? I suka sangat treasury sebab officenya sangat kemas, tersusun and ceria. Treasury ni amalkan 5S so memang semuanya tersusun dengan kemas. Semua benda ada label. Kalau ikut I nak je amik gambar dalam office tu tapi I takut macam tak sesuai la pulak kan. Dah la I ni kira pelawat aje. Takut la nanti melanggar privacy sistem ke apa kan so tak dapat nak share with you guys betapa kemas dan cantiknya office kat treasury tu. Tandas pun bersih dan wangi aje. Paling best, surau adalah besar dan imarah. Every time I solat kat sana memang ada je kuliah zuhur. Ramai pulak tu yang turun dengar kuliah. Bagus kan. Siap ada solat berjemaah lagi lepas tu. Kira semuanya best la kat sana.
Tapi ada sesuatu yang mencacatkan sikit la. Hehehe...... Yang ni memang tak boleh nak cover sebab dekat main lobby. I tak tau la macam mana diorang boleh terlepas pandang benda ni. Kalau kat Kementerian I, benda-benda macam ni sensitif. Ada je orang yang akan tegur kalau salah sikit. Garis tak berapa nak lurus pun orang tegur inikan ejaan yang memang terang lagi bersuluh salah kan.
So kalau ada kawan-kawan kat treasury yang baca benda ni, hello-hello la kat bahagian yang bertanggungjawab eh. Kat main lobby tu. Kalau kat tempat tersorok boleh la buat tak nampak kan. Jangan marah no treasury.....
4 comments:
haaaa...baru tau perasaan org ketagih baking cmne kan? kan? kan?
hehe...itula kerja aku hari2 kat rumah ni eny, surfing cuci mata tengok resepi intai2 mana yg sedap mana yg tak, selalunya yg dah masuk blog ni boleh caye sbb ada komen2 kan..
skang ni tgh sibuk plan kek raya apa nk buat, and kalau sempat buat blk msia nnt cookies raya =)
Lin,
Tu lah pasal. Bahaya niiii... Kalau la I ni SAHM macam u, mau badan ni bagai dipam-pam kan. Kejenya membaking aje hari-hari. Masak lauk tak pandai jugak. Hahahaha....
Akak pun samer tengah intai2 biskut apa nak wat balik rumah mak & MIL utk hari raya puasa nie. biskut kacang kegemaran en.hubby mmg wajib buat. Tambahlah satu dua lagi...biskut dahlia mat gebu ker, or yg simple2.
ni kat ner eny..nanti dayah bawa isu nie kt management..
Post a Comment