Sedang saya bermalas-malasan melayan mengantuk di atas sofa pagi tadi, tiba-tiba saya terdengar bunyi telefon. Berlari lah saya ke bilik tidur di mana telefon itu berada. Bang Long menelefon memberitahu yang dia sedang menyarung pakaian dan akan datang ke rumah saya sebentar lagi kerana dia dan adik saya Eman bercadang untuk melihat rumah yang baru Eman beli. Wah sangat terperinci pemberitahuan itu sampaikan menyarung pakaian pun hendak diberitahu. Tapi itu bukan lah sesuatu yang luar biasa kerana saya pun begitu juga. Hahaha......
Setelah mendapat perkhabaran itu, bergegaslah saya mengemas rumah dan menyelesaikan sesi pembasuhan pakaian kerana saya pun akan turut serta mengikuti mereka jadi segala perancangan kerja rumah perlu dilaksanakan dengan segera. Ketika saya sedang tekun menjemur pakaian, Bang Long pun tiba diikuti oleh Eman tidak lama kemudian. Kedua-duanya mengadu kelaparan namun mahu segera ke rumah Eman jadi terpaksalah saya bergegas bersiap kerana saya masih belum mandi lagi. Sekali lagi.... hahaha......
Pergh bosan ok tulis skema macam tu. Cukup-cukuplah dengan buat paper kat office tu eh. Anyway, Eman baru je beli apartment kat Bandar Baru Salak Tinggi. Bank lelong so dapat la harga murah. Dia nak sewakan aje rumah tu so tak kisah la kalau jauh sikit pun. Kitorang nak pergi tengok sebab dia baru je dapat kunci and dia ada suruh orang tolong cuci rumah tu. Cuci rumah pun nak upah orang. Kalau I tau, baik I je pegi cuci. Seronok apa cuci rumah ni. Eh rumah sendiri tak tercuci ada hati nak cuci rumah orang eh. Ooppsss..... Rumah tu dekat aje dengan rumah one of my aunty yang duduk kat BB Salak Tinggi jugak.
So inilah rumahnya. Level 3 which is kat huruf B tu
Front door, kitchen door and dining area. I suka macam ni. Tak la macam rumah I. Masuk je nampak dapur dulu
Keciknya. The door kena tukar la sebab dah reput and most probably Eman nak guna pintu yang jenis lipas-lipat tu so that tak la sempit sangat jadinya
Masa kitorang sampai tu diorang tengah mengemop lantai and cuci area kitchen. Since semua pun kelaparan, kitorang pegi breakfast dulu. Tengah sedap-sedap makan, in fact dah nak habis dah pun, sekali tengok kari lipas daaa...... Eeeeee yikes. Thank God I ordered maggi goreng. Terbantut selera Bang Long and Eman. Kesian. Tapi diorang jenis senyap aje. Tak de nya nak complaint ke apa. After I paid the meal, I show the cashier the kari lipas and just cakap, "cuba tengok ni"and terus blah. Mesti diorang malu kan and I pun malas nak cakap banyak.
The cleaners (there are 3 of them) were already downstairs when we arrived and after paying them, diorang terus balik and baru lah kitorang check rumah tu. Sangat la hampeh hasil kerjanya and they charged him RM300. Baik la upah I jadi cleaner. I would't mind doing it for free tapi kalau dapat RM300 lagi la I semangat kan. Hehehe..... Dulu masa I pindah, I cuci sendiri aje tau. Siap cuci 2 rumah lagi sehari tau and there were only 3 of us; me, Radin Ime the owner of another unit and Rehan. Penat gila tapi puas hati lah bila cuci sendiri. And jimat duit. So nampak gayanya kena la pegi cuci rumah Eman tu nanti. Tapi entah bila la tu sebab minggu depan dah puasa.
Bang Long memang sangat suka bab-bab assembling and tak boleh tengok kalau ada benda yang tak berpasang lagi ni
Eh I bukan tukang tengok je tau. I tolong angkat pintu-pintu ni, tolong kutip skru jatuh, tolong simpan jam and of course tolong amik gambar
Banyak kerja nak kena buat kat rumah tu tapi tak tau la bila nak buat. Nak kena cuci semula, pasang lampu, kipas, soket, tukar pintu toilet and tombol semua bilik, kepala paip and macam-macam lagi lah. Wah I pulak yang over semangat eh. Tuan punya rumah pening nak mengeluarkan duit. Tapi sebab nak sewakan tak de la nak buat any major renovation. Takat repair mana yang penting aje lah. Lebih cepat settle lebih cepat la dapat sewakan. Kalau ada sesiapa nak cari rumah sewa, boleh la bagi tau. Kawasan and rumah ok cuma for me agak jauh sikit la kot dari Putrajaya.
Balik dari rumah tu masing-masing terlentang kepenatan except for me la. Kena masuk dapur memasak. Lepas Asar baru diorang balik. Hai kalau la kerja dekat-dekat, memang I suruh je diorang duduk rumah I ni. Every time my family (tak kira la parents ke, siblings ke) left my place I macam ada one kind of a feeling. Macam sedih sikit. Entah pape je eh. Terlebih emo sikit.
Eman dah ada rumah. Although tak tinggal kat situ but at least he has one. Agak-agak I bila eh? Hmmmm...... Rumah sekarang mahal sangat la. Macam tak mampu aje nak beli. Bila la boleh beli rumah sendiri ni.....
2 comments:
salam,sy mmg nk cari umah sewa nih,urgent! harap dpt membantu lah ye.. call me- 0136332733
salam..apartment msh availabe x??saya mencari rumah sewa area bandar baru salak tgi..if possible area ktt..contactme at 0199312276..
Post a Comment