Saturday, September 18, 2010

Jumaat yang penuh emosi

My day today start quite early. Early as in kena keluar rumah pagi-pagi lagi sebab menjalankan tugas sebagai supir kehormat. Hehehe.... Hmm actually bukan hari ni je. Everyday pun jadi supir kehormat kalau I balik Kuantan. Since today Akak and Ayum sekolah I kena la hantar diorang ke sekolah. Tapi sebelum tu sempat la membebel seround sebab minyak keta dah empty. I memang geram betul kalo orang naik kereta I and biarkan minyak sampai empty betul; signal low fuel menyala. Sebab we never know kan, entah-entah ada emergency ke apa ke. Kalo nak isi minyak time tu entah sempat entah tidak ke. Like this morning. Dah la budak-budak tu siap lambat, memang tak sempat la nak isi minyak sebelum sampai sekolah. And the next petrol station after that adalah quite far. Risau je I kot keta mati tengah jalan ke. Pagi-pagi dah buat orang marah diorang ni tau. 

Since Mak was on leave today, keje-keje memasak Mak yang buat. I sibuk online. Hehehe.... Afternoon Thalha and Cumat yang jaga shift malam balik for Friday prayer and digantikan oleh Siti. I pulak kena amik budak-budak tu balik sekolah. Petang as usual ke hospital. Dik Man jaga shift malam hari ni. From hospital, I ke Termainal Makmur hantar Thalha. Dia balik ke UUM naik bas pukul 8 tadi. There goes another driver. Lepas ni bila I dah balik, dah tak de dah orang yang boleh drive kat rumah. Risau jugak memikirkan tu. Thalha tadi pun risau je nak balik.

Due to some miscommunication between us, I terpaksa naik ke wad Abah sampai beberapa kali  lepas hantar Thalha. Naik atas and Abah kata Mak semua dah turun. So I turun and diorang kata ada kat atas. Naik atas semula and diorang ada kat surau level 3. Turun balik Ni yang temperature nak naik ni. Ok bukan nak lagi tapi memang dah naik pun. I kalau marah ada dua je; sama ada membebel-bebel ataupun diam aje. Mula-mula tadi memang I bebel la jugak tapi lepas tu diam aje sebab geram tak habis. I know its a bad habit to be angry towards some small matter especially when it involves your own family but I can't help it. Geram betul. Balik from hospital singgah kat Carrefour ECM beli groceries. Baru je semalam I cakap tak keluar ke ECM pun this time tapi dah pegi pun tadi. Bila dah shopping ni angin tu sejuk la sikit kan. Hehehe... yeah buruk perangai I know. Bukan la I yang shopping pun, Mak and adik-adik I yang banyak membeli tapi I dapat beli susu so ok la tu. Balik terus makan cornfllakes. Perut kenyang hati pun tenang. Hehehe....  

Tapi tak la tenang mana sangat la. Actually dari siang tadi lagi I dah rasa tak best. Plan asal I nak balik esok sebab kalau jem teruk pun, I still have one more day to recover. Lagipun nanti tak de la terkejar-kejar nak hantar Siti balik UPNM. Tapi with the current situation, I rasa balik on Sunday ajelah. Kalau Sunday kenalah very early in the morning tapi early macam mana I pun tak pasti lagi sebab mesti nak singgah jumpa Abah dulu kat hospital sebelum balik. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan lah. 

Hati tak tenang sebab risau dengan yang ditinggalkan kat rumah ni. Lepas ni yang tinggal cuma Jannah, Mamat, Cumat, Dik Man, Akak and Ayum. Jannah and Mamat keje, Dik Man, Akak and Ayum pulak sekolah jadinya Cumat sorang jelah yang available untuk jaga Abah during weekdays. Weekend Mamat and Dik MAan boleh take over. Akak pun boleh tapi perempuan jaga siang ajelah. Luckily Jannah keje kat hospital so time break tu boleh la dia jenguk-jenguk Abah sama. Tu bab hospital. Bab rumah pun merisaukan jugak. Nanti sapa nak jaga rumah and nak masak-masak. Cumat boleh masak tapi dia kan nak jaga Abah kat hospital. Jannah and Mamat pagi-pagi lagi dah gi keja. Mamat ok lagi balik petang. Jannah memang tiap-tiap hari balik malam. Pastu isu ke sekolah lagi. At least Mamat boleh la kalau nak hantar Dik Man sebab arah yang sama. Tu budak 2 orang tu macam mana. Mau kena naik bas la diorang tu nanti. Tak pun naik teksi. Aduhai risaunya la. 

Ada 14 orang pun belum tentu senang nak arrange kan. Mula-mula dulu senang sebab semua cuti. Anak-anak yang besar semuanya merantau; 4 kat KL and 2 kat Kedah. Mamat pun tak lama nak ke Kedah balik. Kalau I risau, Abah mesti lagi berganda-ganda risau kan sebab semuanya Abah yang handle sebelum ni. So kena tenang-tenangkan diri. Kalau tunjuk risau depan Abah, takut nanti lagi tak tenang hati Abah..Mana nak fikir sakit dia lagi, mana nak fikir rumah dan urusan berkaitan lagi, mana nak fikir anak-anak lagi.  

On a lighter note, doktor dah bagi Abah green light untuk pindah ke wad kelas 1. Cuma tunggu the nurses uruskan saje. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan baik bagi Abah, Mak juga bagi adik-adik di rumah. Ya Allah ya tuhanku, permudahkan lah urusan kami sekeluarga. Hanya pada-Mu lah tempat untuk kami memohon bantuan. Bantu lah kami Ya Allah. Amin....

No comments: