Sunday, August 01, 2010

Shape & Men's Health Night Run 2010


Alhamdulillah managed to complete another running event. Syukur kepada Allah kerana memberikan saya kekuatan hingga saya dapat berlari sejauh 5km tanpa henti. Ok bukan berlari la, more to slow jog. I still can't believe it that I've managed not to stop even for a second all the 5km of it. Tak sia-sia saya joined benda-benda macam ni.   Endurance dah bertambah baik. Speed aje yang memerlukan improvement.

Event kali ni buat within walking distance aje from my house. Best kan. Jalan kaki tak sempat nak berpeluh dah sampai. When we (me and my running partner, Siti Zaiton) reached there, orang dah ramai. Ayat-ayat suci Al-Quran dari Masjid Besi kedengaran sangat jelas tandanya dah nak masuk waktu Maghrib. Masa orang tengah azan aje, ada seorang perempuan India (the organizer la kot) ambil mic and terus membuat ucapan welcoming semua tu. Hello... show some respect la please. Dah la bunyi azan tu sangat jelas dan kuat. Tak kan la tak notice. Dulu masa I pegi Rock The World gigs dekat open car park Midvalley pun diorang tau nak menghormati waktu Maghrib. Mana ada dengar azan from there. Tapi diorang siap buat announcement to halt the performance bagi menghormati waktu Maghrib. Berduyun-duyun la orang pegi solat Maghrib kat Midvalley tu. Itu artist tu. Underground lagi. Ini syarikat besar tapi sangat ignorance bab-bab ni. Hampeh betul. Kata 1 Malaysia. 1 Malaysia apa kalau macam ni.

Diorang ni macam berpiknik je

Anyway after performing our Maghrib prayer, terus ke starting line. But before that sempat la posing-posing dulu. Terserempak pulak dengan Ika, Jaa, Mimi and Kemp; my batchmate. 

      
Mula-mula pakai the running vest agak malu tapi bila dah dok tengah beribu-ribu orang tu, tak de sapenya nak tengok. So tak la malu sangat dah. 


Since ada lining oren dekat vest tu, I pakai la tudung oren. Matching sangat kan. Ika kata ikut tema sangat. Hehe..

Lelaki punya running vest yang macam kat belakang tu. Pelik kan, perempuan punya sangat la revealing.

At starting line, ready to start in any time soon. Muka nampak ceriakan. Sebenarnya....

I tengah menahan cramp. Perut I cramped sampai I berpeluh-peluh menahan sakitnya I tak tau kenapa, lately ni when I ate more than I should, perut I mesti akan bloated. Bila dah bloated, tu yang cramp tu. I tak la rasa I makan too much sangat; I makan coleslaw, mashed potato and baked beans and spaghetti yang telah dibahagi 2 je. Maybe sebab makan lewat kot; lunch kat Kenny Rogers at 3pm. Hehehe... on Friday pun makan kat sana gak. Lepas ni I rasa I akan selalu makan kat sana sebab ada banyak choices of healthy food. Healthy sangat ke? Ok la kalau nak compare dengan fast food lain kan. Siti sangat risau tengok I tahan sakit. I ni lagi la risau ok. Takut kang terpengsan ke or termuntah ke or cramped sampai tak boleh gerak ke. Tapi I kuatkan jugak semangat.

I joined fun run category aje. The distance was 5km and the route adalah PoJ-NRE-KBS-AGC-PICC-AGC-KBS-NRE-PoJ. Mula-mula tu I thought I can run halfway aje. Jaraknya agak boleh tahan to me plus sakit perut semua tu. But I kept pushing myself to run. Sikit lagi Eny...sikit lagi Eny...sikit lagi Eny... and finally sampai gak kat finishing line tu. Lagipun bila nak stop je I rasa ala dah alang-alang sangat dah ni. Sikit je lagi nak sampai, so teruskan and jangan stop. Each time I rasa nak stop I akan fikir macam tu. Alhamdulillah berjaya.     

Depan PICC. Gambar gegar-gegar sebab guna camera phone aje. Sambil berlari-lari plak tu. Tapi the view sangatlah cantik.

Me in action. Siti took this photo.

Me again. Punyalah semangat, I sampai tak mo stop untuk minum pun. Takut nanti mengah pulak.

Me and my running partner. Alhamdulillah berjaya. 

At finishing line, dapat certificate of completion. I didn't stop there. Lari sikit lagi before I jalan. Kaki I sampai dah tak rasa bila pijak tu. Tapi I macam tak boleh nak stop pulak. Got to keep moving. Mula-mula I pegi minum dulu. Amik nak sekali minum 3 cups of Revive isotonic drink ok. I ni bukan boleh sangat minum carbonated drinks banyak-banyak sekali harung tapi time tu I belasah aje. Pastu pegi amik goodies bag and finaly amik fruits and mineral water. Cari si Edwin tu sampai melilau-lilau. Edwin, Leen, Ana and Fatahah joined category 12.3km punya. Diorang kan otai. Eh Wan Rahim sekali. Diorang ni team KKLW Runner. (Win saya ni termasuk tak dalam team tu? Saya pun runner gak walaupun cuma fun run je. Hehe...)   

Lepas semua dah berkumpul (semua as in KKLW Runner tu lah) ingatkan nak bergambar. Sekali camera Edwin hilang. Sian dia. Nak buat camne. Tapi kalau I mau nangis la kot camera hilang. Bukan murah-murah plak tu. So terpaksa la amik je gambar kat finishing tu guna camera phone gak. Lepas bergambar terus balik. Siti ni dah kawin. Husband and anak dia tunggu kat finishng line. So kitorang balik la sama-sama berjalan kaki. Penat betul. 

 Isi dalam goodies bag. Yang hampehnya, semuanya dah nak expired. Tak pun dah expired.

Hari ni dah 1 August. So exactly one month je lagi. Padahal dulu masa I kerja kat Guardian, foodstuff kena removed from shelf 3 months before expiry date. Sape nak jawab ni? Patut la suka ria bagi banyak-banyak.

Sama je. Hampeh betul Nature's Valley ni tau. Event-event ni jadi dumping ground diorang. Very unethical.

 Ini lagi lah. Dah expired pun. For cream, shampoo, lotion semua tu, shelf life dia adalah 3 years from date of manufactured unless stated otherwise. 2006-2010. Dah 4 tahun dah ni. Nak tau barang apa ni?

Ni hah. Ada 6 botol ok. 3 for men and 3 yang biasa. Buat cuci kasut aje lah nampak gayanya. Tak pun buat cuci bathroom. Sure wangi semacam je my bathroom. Eh tak pun buat cuci kain pengelap a.k.a kain buruk Confirm wangi gila kain buruk tu nanti. Hahaha...

The only thing yang ok. Ok sebab pinky. Tapi I mana pakai shaver semua ni. Apa kelas. I pakai Braun Epilator. Hehehe... Ada la orang yang bakal dapat benda ni nanti ni.

So after this akan rehat kejap untuk bulan puasa dan raya. Pagi tadi bangun aje I terus register untuk Mizuno Wave Run. Over tak? Hehehe... Anyway tarikhnya adalah pada 17 Oktober 2010 bertempat di UPM. So kepada kawan-kawan yang berminat, sila layari http://www.myraceonline.com/ untuk keterangan lanjut. Jom kita join ramai-ramai. See you there.... 

7 comments:

ibuiklil said...

Eny!! Congrats!! hehe berjaya lari sejauh 5km! Yang penting enjoy! Mizuno aku tak reg sab kunun2 time tuh dah p dpa.. but ada 1 more event kalu ko nak join 26 Sept Newton 12 km run

didi said...

Oh, Eny
aku pun bakal register lah ini macam

jom!
kau mesti suka sebab kau lebih otai dari aku :)

Anonymous said...

rajinnye..nanti mcdonalds pye olympic day run msuk x?26/9..

- shEkin -

Eny Yusof said...

Fatahah,

Again credit goes to you. If not because of you, I wouldn't started on anything. Sekarang dah naik syok pulak. Hehehe....

Eny Yusof said...

Didi,

Silakan. The ore the merrier. Aku otai? Apa pulak. Orang berjalan lebih laju dari aku berlari tau tak. Dan sebagai orang yang kurang daya tarikan gravitinya dari aku, ko pasti lebih hebat. Hehehe... Tapi hebat tak hebat tak penting, yang penting kita enjoy. Dah nama pun fun run kan. Register cepat tau. Nanti leh gi sama-sama.

Eny Yusof said...

Shekin,

Yang tu tak sure nak join lagi atau tak. Dia tak de fun run cateory. I can only join the women open and yang itu kena lari 7km. Agak jauh for beginner like me. Hehehe... tengok lah dulu camne nanti.

Anonymous said...

oo..me masuk je..x kire la bp KM yg tdaye leh lari pon..hehehe...

- shEkin -