Tuesday, August 17, 2010

Acute appendicitis

Abah called just now. My youngest sister, Akak kena warded; suspected for appendicitis. Kesian dia. Kena bulan puasa pulak tu. I know how it feels. I dulu pun kena acute appendicitis and when they opererated on me, sikit lagi nak burst. Kalau burst, memang dah innalillah dah. Syukur umur I masih dipanjangkan.

Dulu masa zaman student, I selalu sakit perut yang teruk. Sampai cramp-cramp. Kalau sekali kena tu, memang lah teruk and kawan-kawan pun naik risau. No amount of pain killers nor minyak angin dapat mengurangkan sakit itu. Since I ni pemalas nak jumpa doktor, the pain goes on for several years. Sakitnya memang indescribable. To reduce it, I will brush my teeth in order to vommit. Selalunya lepas muntah-muntah sakit tu akan kurang la sikit. Kadang-kadang the pain was so bad it took days to recover.

Bila dah start kerja in 2002, ada la sekali sakit tu datang masa kat office. Boss I risau tengok I mengerekot menahan sakit so she send me to clinic. The doctor lepas check sikit-sikit terus bagi pain killer Ponstan. Then balik ke office semua. Tapi sakit tak kurang-kurang and makin teruk. So that evening they took recommendation letter from the clinic and hantar I ke HUKM. Tau tak kat HUKM I di refer ke mana? Gynae ok. Pakar sakit puan. Hehehe.....  Macam teruk je bunyi dia eh. But they didn't check me there and then. Kat sana kena buat appointment dulu. Sudah tentulah pada hari appointment itu perut saya dah tak sakit lagi kan. 

Kat klinik tu, routine dia adalah kena check berat and urine dulu before anything. Semua orang datang dengan perut yang memboyot. I je datang dengan badan yang kurus (well for masa itu lah kan). First time check diorang terus scan perut I guna scanner yang macam tengok baby punya tu. So walaupun I belum kawin dan belum pernah mengandung, I know how it feels. Malu tau tak. Kena londeh seluar pastu ada je doktor lelaki and perempuan. Siap bubuh jelly-jelly semua tu. Awww mak tak rela tau....

First time scan they can't see anything so they asked me to drink a bottle of water. Minum sampai nak termuntah-muntah ok. Later dia scan semula and the doctor told me I got cyst. Entah apakebendanya cyst tu tidak lah I tau ketika itu. Oh I belum kerja dengan Guardian lagi so my health knowledge adalah zero. Due to that, they set another appointment. On the second appointment, again scan tak nampak apa and I have to minum air banyak-banyak. This time there's no more cyst. Nak tau tak, each time lepas kena scan mesti I got my menstrual. Mana tak nya, diorang tenyeh perut I punyalah kuat. Tenyeh..tenyeh..and tenyeh lagi... suka hati dia je tau. Agaknya sebab masa tu kan perut I kempis je. Kalau orang mengandung kan perut dia macam besar so senang la nak nampak. Agaknye lah kan. Lepas scan mesti kena jumpa specialist and dia akan terangkan on the situation. I manalah paham masa tu kan so apa doktor tu cakap masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Since they can't detect what caused the pain, they prescibed me with 2 bottles of painkillers; Ponstan lagi. After that each time I sakit perut I akan makan painkillers tu. I makan Ponstan macam makan Tic-Tac ok.

In 2003, I moved back to live with my parents. Ada one night tu I sakit sangat perut I terpaksa kejut my mom. My mom tanyalah nak ke hospital ke tak nak and I terus je cakap tak nak. Wah rela menahan sakit tu. So she just boiled some water and put inside hot water bag and asked me to put my feet on that. Buat lama-lama and the pain goes away. Terrer la mak I kan.

In June 2003, ada lah satu malam tu sakit perut datang lagi. Puas I menahan lama-lama I kejut my mom and this time when she asked whether nak ke hospital or tidak I terus kata nak. Sakit sangat woooo.... Masa tu pukul 3-4 pagi kot so kena lah tahan kat wad kecemasan. One thing I noticed, kalau I sakit perut, I can't stand straight. Kena bongkokkan badan so jalan pun terbongkok-bongkok lah. Macam kritikal je rupanya eh. They took my blood and the doctor suspected that I ada kidney stone (batu karang). Siap masuk air semualah. Around 8am they moved me to another ward. They scheduled me to go for X-ray on the next day. My mom pulak kebetulan kena outstation ke KL and my dad kena hantar so tinggallah I sorang-sorang kat wad itu. Yelah ingat kan tak teruk sebab nak kena X-ray pun esoknya kan.

Pagi tu macam ok je tapi by afternoon my pain was so severe that I can only cries. Nak gerak tekan butang pun tak larat. Naaaaangis je. Nurse pun bukan nak datang tengok. Setelah sekian lama menangis, barulah ada sorang doktor datang. Dia tekan perut I and the pain got worse. Macam nak pecah perut sakitnya. So it was there and then he diagnose me as having acute appendicitis and scheduled for operation on the same evening. Kebetulan my schoolmate adalah doktor di situ. Malu lah pulak. Hehehe..... Petang tu my sister Jannah datang nak jaga I. Kawan office my mom pun datang jugak nak tolong tengok-tengokkan I. Masa tu lah juga nurse datang suruh tukar baju nak masuk OT room. Perasaan masa tu tak tau nak cakap. Call my mom mintak maaf semua and terus la disorong masuk ke OT room.

Sejuk gila OT room tu. Dah la kena naked. The doctor pulak lelaki. Oh my.... Operation selesai around 8pm kot. I was so drowsy from the anaesthetic so tak berapa nak sedar sangat. Warded for 2 days sebab lepas operation I demam la pulak. And selepas itu the journey for recovery adalah sangat menyiksakan. So until now I ada lah scar at my right tummy. Tapi comel je scar tu. In fact masa buat check up after that, semua pun kagum dengan kecomelan scar itu. Hehehe... terrer doktor tu buat. Tak de la buruk sangat perut I jadinya. Tapi kesannya ialah my right tummy adalah slightly higher than the left one. Dah macam besar sebelah la pulak. Hehehe..... Nak buat camne.... 

Risau I memikirkan Akak ni. Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya buat dia. I know she's a strong girl. Semoga dia bersabar dengan segala dugaan ini. Lindungilah adik ku ini Ya Allah dan sembuhkanlah dia dari penyakit yang dihadapinya. Amin....      

No comments: