Wednesday, August 25, 2010

Hari ketiga belas Ramadhan: Sabah Day 4

Last day at Semporna. Flight balik adalah pada jam 10am so seawal 6.30am kami bertolak dari Semporna ke Tawau. Bertolak awal dengan harapan nak membeli-beli buat yang terakhir kalinya di Tawau tapi macam tak sempat aje. En. Ross la ni nak cari makanan-makanan kering kat sana. sampai je airport rombongan YBM dah pun sampai and getting ready nak board the plane aje.

Alhamdulillah rezeki kami semua dapat sekotak udang and sekotak makanan laut kering yang lain. Rezeki buat En. Ross la ni. Dia beria-ia nak membeli kat Tawau tapi tak sempat. Rupanya nak dapat benda yang lebih best. Since kami sampai awal dan tak tau nak ke mana lagi, kami lepak-lapak kat airport saja.

Kotak putih tu udang and kotak coklat tu makanan kering

Dah nak balik. Selamat tinggal Tawau. Panjang umur kita jumpa lagi... cewah...

Nik, Abang Is and Anis

Cantiknya awan... macam kapas aje. Gera rasa nak pegang-pegang

Nampak macam gebu je...


Sampai rumah around 3pm macam tu. Rehat-rehat kejap and kembali ke rutin asal berbuka puasa di Masjid Putra. Isteri En. Ross tegur kenapa muka merah-merah. Wah obvious ke? Hehehe... Biasalah main laut kan. Itupun hujan. Kalau panas tak tau la. Tanned terus kot. Overall, perjalanan yang sangat menarik kerana dapat discovered banyak tempat yang best. Malaysia ni kaya dengan tempat yang cantik-cantik. Kena tour satu Malaysia dulu lah before nak ke luar negara. Kepada Pejabat Menteri, thanks for the opportunity. Walaupun terpaksa korbankan my weekend but it was worth it. Terasa macam bercuti aje. Thanks again. Lain kali ajak lah lagi ye. Hehehe....

No comments: