Wednesday, August 18, 2010

Outstation di bulan puasa

Just got the news that I've to go to Semporna, Sabah this weekend. Aduhai malasnya lah nak outstaion during Ramadhan ni. Haish ini lah kalau memegang status single ni. Kalau dah kawin boleh la excused tapi kalau single ni memang selalu kena. Nak buat macam mana. Actually kalau bulan lain ok lah jugak tapi kalau bulan Ramadhan ni rasa macam malas je nak outstation. Nanti terkejar-kejar nak buat terawih semua tu.

Tambah memberatkan rasa hati nak pergi ialah the event itself. Event melibatkan Menteri ni. I ni bab-bab kena berdekatan dengan orang-orang atasan ni memanglah agak berat sikit. Bukan apa, I ni bukan lah pandai sangat nak bercommunicate dengan VVIP ni. Pastu I tak pandai nak layan orang-orang macam ni. Yelah kena la ada protokol semua tu kan. I prefer to be di belakang tabir je. Low profile sudah. Walaupun terasa kagum melihat kawan-kawan yang pandai membawa diri bersama VVIP ni tapi I tidak lah pulak nak jadi macam mereka. I suka jadi invisible je. Hehehe...

And another factor yang menyebabkan bertambah berat lagi hati ni ialah ketiadaan kawan-kawan semasa di sana nanti. Although I can survive anywhere tapi kalau pergi ke tempat-tempat asing ni actually I prefer dengan orang yang dah dikenali. People always thought I ni kind or warm and friendly pastu chatty so sangat senang nak buat kawan. Tapi ada lah jugak yang kata I ni sombong. Tak kisah lah tu. Tapi sebenarnya I ni malu tau tak. Segan dengan orang-orang asing ni. Setiap kali kena berkenalan dengan orang baru. Best tu memang lah best tapi nak start tu. Ada sedikit malu juga. And kalau terus ngam tak pe lah jugak. Tapi kalau jenis pendiam tak mau campur orang agak payah lah jugak kan.

Tapi cakap apa pun tak guna. Pergi tetap kena pergi. Terima je lah dengan hati yang redha. Semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya jua. Amin.....

2 comments:

swit@kon said...

aku soka tempat itu. cantek!

Eny Yusof said...

Yanti,

Cantik pun kalau tak dapat nak menikmatinya buat apa. Keje...keje...