Sunday, May 29, 2011

SunMed Jogathon 2011


Oops I did it again..... Hehehe.... For 2 consecutive day tu. Merasa la sakit-sakit badan sekarang ni. Kaki pun dah terasa ketat-ketat. Oh tapi memang sangat worth it la join SunMed Jogathon ni. Serious best gila. Rugi pada sapa yang tak join. Rugi sangat-sangat ok. This time cuma I bertiga with Edwin and Leen aje yang dapat join. Yang lain ada yang join Sundown kat Singapore and ada yang join Ekiden. Eh Ekiden tak de sape-sape join this year. So cuma SunMed and Sundown aje.

The event was held at Sunway Medical Center and the surrounding area like Sunway Pyramid, Sunway College etc. According to the detailed rules guide, event would start at 6.15am so merasa la kena bangun pukul 4 pagi. Mr. Manager kata kena gerak pukul 5. 30 pagi. Serious mengantuk gila ok. Even lepas solat Subuh dekat Petronas mana entah masih lagi mengantuk. When we reached there, participants tengah mula ramai tapi in total tak la ramai mana sangat pun. More like private event aje.


Masa sampai tu terdengar announcement suruh minum kopi dulu bagi menghilangkan mengantuk. Pergh tak penah lagi running event ni ada sediakan kopi. Gatorade pun ada. Ramai yang minum kopi tapi I tak berani la nak minum takut nanti perut meragam la pulak kan. Tapi kopi yang disediakan memang gempak ok. Bukan cap Hang Tuah ke apa. Nanti cerita pasal kopi tu.


Lepas minum kopi and Gatorade, ada warming up session by Celebrity Fitness. Memang best ok. Terkinja-kinja I melompat and menari bagai nak rak pagi-pagi tu. Hehehe.... Flag off was officiated by the famous Flying Doctor; Tan Sri M. Jegathesan. This is the cleanest and safest even ever. Every few meters mesti ada police petrol and security guards. Selain selamat, nak cheated pun tak boleh la kan. Lari sikit ada pak guard, lari sikit lagi jumpa pak guard lagi, lari lagi jumpa polis pulak, pastu pak guard lagi. Hoh ramai betul penjaga.

Minum pun sama. Selalu minuman orang letak atas meja je kan. Ni tidak. Diorang passed the cups to runners. Air pun Gatorade jugak. And then normally during running event, around water stations memang penuh la cups bersepah kan. But not at SunMed Jogathon. Sebelum flag off diorang dah pesan supaya tidak membuang sampah merata-rata and they've prepared rubbish bag for the cups in which semua orang pun comply. Pandai jugak orang Malaysia ni patuh pada peraturan eh.

At the finishing line,begitu banyak benda yang menanti. Memang best and meriah ok. Just before I sampai finishing line, Edwin sms suruh cepat sebab ada ice-cream menanti. Wah tak sabar ok.

Minah ceria dapat minum Milo and makan ice-cream

Wah tak penah-penah ok. Lepas amik sijil, I terus minum Milo 2 cups and makan ice-cream; Walls Fruitare Kiwi. Emmm....sedapppp..... Then sambung minum Milo balik. Selalu Milo ni cepat habis kan tapi sebab runners tak ramai mana so boleh la minum Milo sepuas hati. Sejuuukkkk..... Sedaaappppp..... The ada free flow coffee jugak. The same coffee as in the morning. Memang gempak ok sebab diorang kasi Starbucks coffee. Wah mewah betul sponsor. Terbaek dari ladang....

Stuff yourself with as many coffee as you wish. Memang heaven ok

Klynn and Starbucks lovers out there, this is for you guys. Emmmmm sedaaappppp.....

Leen and Edwin

Me and Leen

Eh posing wajib nampak....

Lepak-lepak sambil tunggu penyampaian hadiah

Free flow Walls ice-cream

Free flow Gatorade. Minum la sampai muntah

Me with my fourth cup of Milo

The famous Flying Doctor

Edwin new pose; planking or in his term; dolphining


Lepas dah puas minum air free, we went to the medical center untuk acara selanjutnya; Health Fest. First stop mestilah free health screening kan. Semua ok except my glucose level yang shoot up to 8.1mmol. Memang padan la kan dengan 4 cups of Milo, a cup of coffee with sugar and milk and an ice-cream. Tu yang creia semacam aje tu; sugar-high. Oh my weight pun dah naik 4kg. Gulps! Kena turunkan balik ni.....

Macam-macam program ada untuk sepanjang hari tu

Ramai betul orang


We had so much fun at this booth. Sayang I tak suruh Leen took the picture of me posing there. Kecoh oh. Habis semua staff dia berkumpul depan tu tengok I and Edwin berposing. Blamed it on the sugar ok. Tetibe jadi berani... Edwin planking as a table, I put the pinggan-mangkuk and cawan at his back, holding a chopstick at my right hand and I tadah tangan konon-konon berdoa sebelum makan. Hahaha......

I memang prepare to buy something here so memang banyak jugak duit habis

Lepas dah terjah semua booth and beli semua benda yang patut, Edwin ajak makan kat Subway abang ipar dia at Section 7, Shah Alam. So ke sana la kami.

Welcome to the newly opened shop

Ye sila la order ye

My fifth cup of Milo today

My tuna sandwich. Sedaaapppp....Ish apa kena semua benda sedap aje hari ni.....

From Shah Alam we went to Alamanda dulu sebelum balik rumah. I bought something there tapi yang tu nanti cerita. Yang berikut adalah hasil tangkapan masa dekat Health Fest tadi.


Omron's Resistive Exercise Band. Boleh improve bone density semua ni so kena la rajin buat. After discount price adalah RM55


Omron's Pedometer. Dah lama nak beli akhirnya dapat jugak. After discount price adalah RM100

Gold Plus Health Screening at SunMed Specialist and Wellness Centre Damansara Heights. After discount price ialah RM495. Risau jugak nak pegi buat ni...

So itulah saja laporan saya untuk hari ini. SunMed Jogathon adalah sangat impressive. Paling awesome pernah I pegi. Next year kalau ada lagi memang wajib join ye. Oh lupa nak mention. All volunteer and staff involves masa event adalah sangat-sangat friendly ye. Even those masa dekat Health Fest pun sangat awesome. Seronok sangat ok. Ceria aje. Ke sebab I was on sugar-high? Happy semacam aje.....

Whatever pun, hari ini and semalam memang sangat best ye. I had so much fun walaupun adalah sangat keletihan sebab tak cukup rehat, Bangun awal pagi, berlari-lari and berkejaran sepanjang hari menguruskan beberapa perkara. Sekarang belakang adalah sangat sakit. Hai bilalah boleh pegi massage ni.....

Alamak esok dah Monday la. Alahai.......

No comments: