Monday, May 30, 2011

Hero tercedera la pulak

Last Friday night, tetibe je Abah call and sound kata I tak pedulikan Eman. I was like ni apahal pulak ni. Apa salah I???? Why??? What have I done wrong??? Ecece terdrama pulak. Hahaha.... Not that dramatic but tang kena sound tu memang betul ye. Abah kata I biarkan aje my brother and tak peduli pun kat dia sampai dah teruk condition dia. Eh eh eh.... Kak Ngah jugak yang salah ye.... Hmmmmm.....

Malas nak cakap banyak so lepas dah clarify beberapa perkara terus letak telefon and sms Eman. "Oi cakap kat Abah orang tak peduli je kat kau eh. Dah kau diam aje. Ingatkan dah baik la. Mana la nak tau melarat-larat ke apa". His reply was,"Aik bila masa aku cakao camtu. Tetiba tuduh aku". Hahaha.... I dah tau dah. Abah ni suka je buat orang rasa bersalah tau. Padahal memang he didn't said anything pun. Abah yang terlebih risau and biasalah bila Abah dah risau, habis semua kena tempias and tak pasal-pasal kitorang pun jadi risau jugak.

The thing is, last Monday, while playing futsal, a friend tackled his left feet. Kaki dia terkehel and a blood vessel burst. He did told me about it. Itu pun sebab nak tanya pasal muscle rub yang doktor prescribed. I dah pesan macam-macam dah; selain sapu ubat kena la buat hot/cold compression and rise the feet when sleeping. Suruh pegi urut ke apa ke kan. And that was on Tuesday night. He was on sick leave for 3 days so bunyi macam teruk je kan. But then lepas tu dia senyap aje so ingatkan dah baik la kan. Until that call from Abah.


Apparently he mms this photo of his swollen feet to Thalha. Itu pun sebab diorang tengah berbincang pasal kasut futsal yang Thalha beli untuk dia. So ni mesti Thalha yang sebarkan pasal gambar tu kan. Eeee memang nampak mengerikan kan. I tak tau la teruk sampai macam ni sekali. Patut la Abah risau semacam. I bila tengok gambar ni pun terus panik. Habis semua orang I call malam tu nak tanya pasal tukang urut. Semua pun tak tau or kenal yang perempuan aje. Syukurlah finally an ardent footballer telah memberikan bantuan. Thanks Yasser.

So that night jugak I pegi amik Eman and bawak pegi berurut dekat Klinik Darul Syifa', Bangi. No it's not the place where orang pegi berubat untuk gangguan tu. Ini macam klinik. Unfortunately the advisor/ustaz tak de to do the screening whatsoever. Ada la sorang staff kat situ yang tolong urutkan. Menggelupur jugak Eman kena urut. Although I tergelak-gelak tapi dalam hati kesian ok. Nampak sangat kesakitannya.

Ni muka still control. Kalau tengok real life memang berkerut sejuta. Tangan pun tergenggam-genggam. Kesian....

Oh Bang Long pun call I that night and again nadanya lebih kurang macam Abah jugak. Aik... I jugak yang salah eh. Hehehe....Mesti Bang Long pun kena dengan Abah jugak ni. Ye lah... ye lah... I la yang salah kot sebab I yang tinggal paling dekat dengan Eman. And I know earlier. But to my defense, I tak sangka la seteruk itu kan. Fine, if you want me to take action, I'll be in charge. Jangan menyesal ye. Hehehe......

The morning after berurut tu, makin teruk condition kaki tu. Lebih teruk dari gambar kat atas tu ye. Risau pulak I tengok. Tapi risau-risau pun I pegi jugak attend Standard Chartered run tu. Hehehe.... Bang Long came that afternoon and while I cook lunch, I suruh Bang Long bawak Eman pegi the same clinic. The ustaz told them sepatutnya tak boleh urut masa tengah bengkak and lebam tu. Laaaa.... Mana la nak tau kan. Patut la makin teruk. Last-last diorang buat bekam lintah untuk keluarkan darah beku.

Malam tu Eman nak balik jugak rumah dia. Bosan duduk rumah I sebab tak de Astro and Streamyx. Pastu baju pun tak basuh la apa la. Dia ni memang ada je alasan. Tak pe la nak balik I hantar je la. Tapi petang Ahad tu I pegi amik dia and hantar ke Hospital Putrajaya pulak. Sepanjang perjalanan tu macam-macam alasan dia kasi supaya tak pegi hospital. Hah tu la I cakap. If you want me to be in charge, jangan menyesal la ye. I buat betul-betul. Even masa dah register at wad kecemasan tu pun dia suruh I amik balik IC dia and pegi je klinik biasa. No way..... Hahaha......

Kelakar jugak mamat sorang ni. Penakut rupa-rupanya. Dah la suruh I je tolong cakap kat doctor. Padahal he's already 30 ok. Tapi I tak teman pun dia masuk jumpa doktor cuma masa tunggu tu macam-macam la I bagitau pasal benda-benda yang dia patut cakap. Macam budak-budak pulak. From 5pm until 9m kitorang kat wad kecemasan tu. Last time masa kat Azzahra Bangi dah x-ray. Ni kat Hospital Putrajaya kena x-ray sekali lagi.

Finally his turn to see the doctor selepas beberapa jam menunggu

He got another 3 days sick leave. Doctor suruh banyak berehat and kurangkan bergerak. Since housemate dia tak de, dia kena la stay at my place aje. Kalau ikut banyak la alasan dia nak balik tapi last week dia seminggu tak makan nasi sebab sakit tak boleh bergerak and kebetulan housemate dia semua tak de. Kesian pulak I dengar. Mak pun ada call dia and suruh dia stay aje at my place sementara tengah MC ni.

Since I keje and tak boleh nak cuti, Mamat datang jaga dia. Gigih la Mamat datang naik bas pagi tadi. Siap bawak tongkat lagi. Tongkat Cumat masa accident dulu. So sekarang Mamat jadi PA Eman la. Buat apa yang patut. Termasuk la masak sekali. Hehehe.... Tengah hari tadi I hantar lunch tapi tersalah beli makanan. Kena berpantang jugak rupa-rupanya. So Mamat la yang kena masak untuk Eman. Dah la member baru je sampai. Hehehe....

Tak pe dah ada Mamat ni ada la geng dia nak menyembang masa I pegi keje kan. So tak la bosan sangat. Hopefully kaki dia akan sembuh dengan segera and kembali kepada asal tanpa sebarang kesan sampingan lain. Nanti payah pulak nak main futsal lagi eh.

Hai once a kakak, forever a kakak ok. No matter how much you've grown up, still siblings la tempat nak bergantung kan. Ke applicable pada yang bujang aje? Hahaha.....

No comments: