So ini cerita birthday bash (konon-konon la kan) untuk April and May babies. Tak pernah buat ramai-ramai serentak camni. Memang pokai abih la beli hadiah. Hehehe..... The plan tu jemput sekali jenjiran adalah terpaksa dibatalkan atas sebab kekurangan ruang. Boleh gitu? Hahaha..... Iye la kalau nak jemput jenjiran ada lebih 60 orang ok. Kitorang je dah penuh satu hall depan tu. So next time kalau nak buat makan-makan with jenjiran, kena buat kat luar la. Lagipun dah ada canopy kat luar tu. Meja and kerusi je tak de.
Anyway, let the picture do the story-mory ok.
All presents already wrapped.
My tonne of muffins; choc chips, strawberry, blueberry and orange poppy seed. Percaya tak I didn't eat any of those, not even a pinch. Entah kenapa.
Must have food every time buat birthday. Selalunya selain mee ada sate tapi sebab muffin melambak so tak beli la sate. Mee ni memang sedap bangat. I guess masak seguni mee pun tak cukup. I dapat makan sikit aje. Frust betul. Each time pun macam tu. We jokingly said this mee sedap sangat sebab peluh Jannah (si tukang masak) terpercik-percik dalam tu menambah perisa. Hahaha.... I know it sounded gross tapi nama pun melawak kan. Mostly my brothers la yang suka keluarkan statement berbunyi gross begitu.
My cheesecake that no one ate that night. Semua pulun makan mee, buka hadiah and cabut tengok game bola Arsenal lawan sape ntah. Next morning baru la kitorang makan this cake
Dik Manan. Ish bila tengok gambar ni rasa rinduuuu sangat. Si masam air liur meleleh tapi ceria sepanjang masa ni
Ayum ripping off his present from me; a board tactical games. Mencabar betul ok. I pun tak reti nak main. Hahaha....
Dik Man got a Nokia C3 from me and Nivea deodorant from Adah. Kan dah kata dah..... Memang kecoh la sebab Dik Man dapat handphone baru. Hopefully dia akan jaga this one dengan baik. I told him that if he lost this one, he got to pay me back 5 times the original price. Hehehe......
Hayat with a new sandal. I ni bukan reti sangat nak beli sandal girly-girly ni tapi that sandal kind of cute la jugak and hopefully she likes it
Zakiah got kain pasang from me. Kain sutera bersulam warna purple for kebaya. Alamak ustazah pakai kebaya la pulak. Hahaha....
No one gave me any hadiah pun. Kesian I tau. Tapi tak pe sebab ada orang belikan hadiah and kasi I senyap-senyap sebab yang lain tak dapat. Hahahaha..... And dah dapat right on Saturday morning. So tu pasal la I tak kisah sebab tak dapat from orang lain. Hehehe.... Eh kalau orang lain tak kasi pun I tak kisah sebab bukan semua mampu nak beli kan. Since rezeki bulan April I murah sangat so merasa la semua dapat hadiah ratus-ratus. Kalau idok puluh-puluh je lah ye. Yang bulan lain-lain tu sila jangan jealous ye. Ada la tu nanti rezeki masing-masing nanti.
Flip N Cook pan. Ce teka sape kasi? Ce teka...ce teka.... Hehehe.... Mak le sape lagi. Terima kasih Mak. Pasni kena belajar la masak guna benda alah ni. Mesti best kan
Hopefully semua orang suka dan gembira la dengan hadiah masing-masing. Itu je yang termampu nak bagi. Tapi I tak puas hati betul sebab dapat makan mee sikit sangat. Hahaha..... Balik ni nak suruh Jannah masak lagi. Selain Mak, mee goreng Jannah la yang paling sedap sekali. Ish sebut-sebut dah terasa lapar. Hai sedapnya kalau dapat makan mee goreng Jannah ni......
No comments:
Post a Comment