Ok sambung. Again, entry adalah super panjang ye.
Sek. Men. Kerajaan (A) Matang No. 2, Kuching (1991)
Started my secondary education at this religious boarding school. Ada banyak cikgu yang best juga. I can't remember the names of the teacher though except for my sejarah teacher; Cikgu Haris Fazilah and BM teacher Puan Saodah. Semua cikgu best la; cikgu math, cikgu KH, cikgu PJ. Even cikgu ganti and cikgu practical pun adalah sangat best ok. Oh ada satu je yang tak best actually. My ustaz Bahasa Arab. I tak suka ustaz ni. I rasa sebab tu lah tak berkat hence sampai sudah I tak pandai bahasa arab. Hehehe....
I love everything about this school (kecuali beberapa senior yang hampeh) eventhough sekolah ini adalah sangat daif sebab menumpang. Percaya tak kalau I cakap kelas I atap nipah ok. Sebab tak cukup kelas, form 1 kena la duduk bangunan lama, dinding papan and atap nipah and jauh terasing dari bangunan utama sekolah dan kelas-kelas yang lain. Cikgu-cikgu kena menapak jauh gila ok. So ketua kelas selalunya akan tolong angkatkan beg cikgu.
Cikgu Saodah adalah sangat baik. Dan kelakar. Dan sporting juga. She help to keep our money. Maklumlah kat sekolah berasrama ni, risiko untuk hilang duit memang tinggi. So simpan duit kat cikgu and bila nak guna baru mintak. I tak tau la kenapa but dalam banyak-banyak tahun I sekolah, masa form one lah I have good repo dengan semua cikgu. Except with that ustaz BA tu lah ye. Memang sangat-sangat kamcing. Mostly sebab I suka berbual-bual dengan cikgu la. Ada je benda nak tanya dan nak sembang. Hehehe.... Agak-agak merasa tak nak jumpa cikgu-cikgu ni lagi ye?
I sekolah kat sini setahun aje and then pindah semenanjung semula. Sayang betul sebab cikgu semua best and sekolah tu pindah ke tapak baru starting next year tu. Tak merasa la I sekolah baru.
Sek Men. Keb (A) Tengku Ampuan Hajjah Afzan, Jerantut, Pahang (1992-1993)
This is the worst school ever eventhough kalau ikutkan masa tu sekolah ni adalah antara sekolah terbaik di Pahang. I didn't enjoy my 2 years stay there. Semuanya tak best. I didn't know why but everything was wrong there. Ada je benda tak kena and tak betul, bukan I yang rasa tak kena or tak betul, but I yang tak kena and tak betul tu ok. I tak tau lah I yang weird or what but that was my experience there. Being a newcomer at form two, memang sangat tak best. It's like you're the new student even after one year ok.
And there's too many rules and regulation. Sekolah ini jugaklah yang telah membentuk I menjadi seorang yang sangat inferiority complex. Rasa rendah diri sangat sebab macam semua benda lah tak betul. I was bullied by the boys and seniors. Altough tak la semua but still memberikan impak yang mendalam ye. Despite hating this school so much, I dapat kawan baik that is Hanim. Hanim pun shared the same thought about this school. Both hated this school to bit. Hahaha.....
English teacher masa form two adalah Puan Mahfudzah yang sangat garang. She beat me once (or rather pinch tapi banyak kali) sebab terlupa nak lukis diagram. That was the only time I kena dengan dia tapi menangis bagai nak rak ok. Tak pernah I mengadu pasal cikgu pukul I tapi her's memang I called my mom and menangis-nangis mengadu sebab she cubit my hand sampai ada darah beku ok. At least I kena cubit aje. Boys kena penampar sampai berdarah mulut, kena baling dengan duster etc. Ngeri sangat ok. Ustazah Nor Ana yang ajar bahasa arab pun sangat garang. Suka je nak cubit perut. Then english teacher masa form 3, Puan Zaiton pulak mulut laser mak datuk. Dah la I ni jiwa sensitif. Hahaha.....
The only teacher yang best was my class teacher masa form 3; Puan Noraini. She is the only one yang I boleh connect. Yang lain memang hampeh. Sorry but that is the reality then. The teacher there either terlalu garang or tak de perasaan sangat so macam tak rapat dengan students. The only one yang bagus was Puan Noraini tu lah. Oh how can I forget my geography teacher yang sangat best itu; Cikgu Shahrom. Dia bukan best apa tapi dia suka bawak atlas masuk kelas and pasang lagu Kitaro. Memang heaven ok.
Anyway, I was traumatized by my short stint there. Mimpi ngeri la sekolah tu. Hahaha......
Sek Men. Seri Mahkota, Kuantan, Pahang (1994-1995)
This is the first school yang ada ramai kaum lain selain Melayu. Mostly chinese la. So pertempuran (cewah!) antara malay and chinese boys happened almost all the time. First time tengok bertumbuk bagai depan mata memang terkejut ok. But I preferred this school better rather than the konon-konon best religious boarding school. At least here no one treated me badly. I was a newcomer jugak tapi tak de la kena buli except for one insiden tarik tudung masa I mula-mula masuk.
I was in the first class; the one and only science class so teachers semua memang bagi tumpuan penuh la. Class teacher for both year (form 4 and 5) was Miss Tham; she taught us chemistry. Biology teacher was Cik (and later Puan) Fazilah. She is so sengal. Sengal as in lawak and selamba aje talking about stuff deems taboo too us. Nama pun biologi kan. Hehehe..... Physics masa form 4 was taught by Cikgu Zulkifli and in form 5 by Cikgu Leong yang sangat nerd. Math teacher pun sangat best despite me being one of the weakest student in math. Both cikgu BM and BI sangat sayang kat I sebab I was their best student in the whole batch masa I form 4 and 5. Welll....... (blew nails.... hahaha.....) Tapi terlebih confident bahaya jugak sebab turn out both subject I tak dapat score A pun. Hahaha.....
Our class adalah sangat small; only 17 of us so semua pun quite close with each other. Melayu and Cina berkawan baik. I rasa in my class aje la kot sebab kelas-kelas lain tu both races adalah quite hostile towards each other. Pantang silap sikit terus berlaku pertempuran ok. And being in the first class, of course kalau ada apa-apa mesti cikgu dulukan kitorang. So merasa la pergi pekhemahan science and math, pertandingan itu ini, ceramah macam-macam etc. And here tak de cikgu yang cubit-mencubit atau denda-mendenda. At least at my class la. So rasa tenang aje nak pegi sekolah.
Sek. Men Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang (1996)
I buat lower six for 6 months at this school. Ni sekolah bandar where students mostly comes from rich families. Pegi balik sekolah driver hantar naik kereta mewah. I naik la trak la macam biasa. Hehehe....... Cikgu here mostly adalah ok. Tak sempat nak kenal rapat pun dengan semua cikgu sebab sekejap sangat sekolah kat sana. To be honest, selain dari cikgu pengajian am dan sejarah yang best tapi I tak ingat nama, cikgu-cikgu lain adalah biasa-biasa aje. Nothing much impact pun from this school. Tak sempat nak merasa sebarang event pun except for a Sixxer's Nite; dinner for form six students.
Universiti Teknologi MARA Shah Alam (1997-2001)
I was under the School Of Administation and Law (now dah separated into two faculty; law and admin science and policy studies). Lecturers here ada yang best and ada yang biasa-biasa aje. But they are definately not like teachers at school; relationship between students and lecturers were quite formal. Tak de la nak manja-manja like at school. Lagipun semua dah dewasa so memang like adult la perangai tu kan. Nevertheless, lecturers juga banyak membentuk peribadi students; they inspire us to be someone. Masa sekolah bukan cikgu tak inspire tapi lecturers ni lain sikit pendekatannya. So kita banyak mengenal diri masa kat uni sebab lecturers taught us to think and not to just absorb aje apa yang dia kasi.
My favourite lecturers were my account lecturer yang menyebabkan I jatuh cinta dengan subjek account (but I can't seem to remember her name though), my law lecturer; Datin Beatrice Vohrah (ye suami dia ialah judge Datuk K.C Vohrah yang famous tu), the eccentric Miss Glory with her famous words, "Small is beautiful", Cik Siti Korota Aini yang sangat sporting (now dah jadi assoc. prof with Dr. title), En. Jalil Ali (pun dah jadi assoc. prof) yang agak strict thus menyebabkan kami lebih prepare sebelum masuk kelas, Ustaz Zaki yang rock and kelakar and handsome macam Bernard Chandran (yes that famous designer), En. Shaharuddin Badaruddin (juga dah jadi assoc. prof) yang sangat informative, Mr Allagan dan ramai lagi lah. Oh ada sorang yang dah meninggal pun; Tuan Ibni Radzuan. Almost semua lecturer adalah best and mempunyai kekuatan masing-masing.
Hoh kalau nak cerita semua 10 hari 10 malam pun tak habis ni. Anyway, despite banyak kenangan manis masam pahit payau kelat semua during students time but still masa belajar lah paling best sekali. Except for that 2 years of nighmare, I love being a student. Heaven aje. Nothing much to worry about. And I love all my teachers. Diorang banyak memberikan impak yang postif and membentuk I menjadi someone I am today. I was not able to say it then but I'm saying it now;
TERIMA KASIH CIKGU ATAS SEMUA TUNJUK AJAR, BANTUAN, NASIHAT DAN PANDUAN YANG DIBERIKAN. SEMOGA CIKGU SEMUA SENTIASA DIBERKATI OLEH ALLAH. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK CIKGU. BUDI BAIK CIKGU AKAN SAYA KENANG HINGGA AKHIR HAYAT. SELAMAT HARI GURU, CIKGU!
1 comment:
Wei, banyaknya kau tukar sekolah. Aku yang tukar 3 kali pun dah rasa cukup trauma. Hahaha.
Tapi paling best, sekolah kat UK la. Silabus dan sukatan pelajaran dia dan cara mengajar memang tip top la. Dari segi mental, fizikal, akidah (walaupun tak belajar agama sangat tapi sgt tekankan community service mcm modul kat rumah org tua, jaga budak2 OKU). Kita benda2 mcm tu taknak tiru, nak tiru waktu sekolah satu sesi lah, benda2 yg tak bawak manfaat.
Seriusly, dari segi silabus sekolah, we are so far away behind. Masa aku balik Malaysia, aku rasa patah balik dalam ketamadunan pembelajaran. Hahaahha
Post a Comment