Sunday, May 08, 2011

A birthday gift for myself

Yesterday was spent spending money here and there. Hehehe..... Actually spending money ni sometimes boleh menggembirakan and sometimes boleh mengecewakan. Both I rasa semalam. Yang bab mengecewakan tu deserve a special post on itself so this one I nak cerita pasal yang menggembirakan aje.

I kan suka je beli hadiah untuk diri sendiri ni kan. Tapi last month sibuk beli hadiah untuk orang lain sampai I punya tak sempat nak beli lagi. I have a few in mind; a camera, a watch or anything yang I terjumpa and might feels like kena ada. Cewah over gitu tau. Actually semalam keluar bukan la semata-mata sebab nak beli hadiah tapi tetibe terbeli la pulak. Wah boleh gitu? Alasan sangat tetibe tu tau. Hehehe.....

Anyway, I keluar dengan Rehan semalam. We went to Midvalley and Garden. Mula-mula she said she wanted to look for a camera so I teman la dia tengok. I already have one in mind so I malas nak survey-survey dah. And since that morning I learnt about big sum of money yang akan terpaksa berpisah dengan I so I was not really in the mood for shopping. Ye lah sangat tu kan.

Banyak kedai masuk tapi I tak beli apa pun. Wah sangat menakjubkan ok. Maybe sebab asyik la terfikir pasal yang berita pagi tu kan. Just tengok-tengok and belek-belek aje. Oh semalam I terjumpa sesuatu yang menarik and terus masuk dalam senarai benda yang I nak. Hehehe..... Nak tau apa? Mesti korang gelak nanti ni. Bukan kasut, bukan handbag, bukan gadget, bukan barang rumah. Hoh semua bukan, apakah benda itu agaknya ye.





Yes..... ianya ialah folding bicycle. Actually dah lama dah teringin nak beli basikal tapi duduk apartment ni macam susah pulak nak simpan bicycle tu kan. Nak letak kat bawah confirm tak selamat tapi nak usung turun naik lif macam tak kuasa la pulak. Pastu kalau dah bawak naik pun macam susah jugak nak simpan dalam rumah kan. So I've found the perfect solution for that with this folding bicycle. Nak bawak ke mana-mana pun senang. Semangat I try the bicycle semalam. Dah la masa tu sorang-sorang. Yang tokeh tu pun rajin je melayan I. Hahaha......

Cuma harga dia aje yang tak memberansangkan. I plan nak beli bicycle dalam range RM200++ je. Nak beli mahal-mahal buat apa, bukan la I ni athlete ke apa. Sekadar nak suka-suka berbasikal around Putrajaya aje so tak payah la mahal-mahal kan. As for this folding bicycle, yang model atas tu harganya RM745 and and second one tu RM675. Considered mahal la for me. Beza antara dua tu ialah yang atas tu lebih ringan dari yang bawah. Yang bawah tu although slightly heavier tapi ada spring so kalau lalu kat kawasan berbukit-bukit ada shock absorber. Berat both tu between 13kg to 15kg. Agak berat tapi boleh la diusahakan untuk diangkat bila dah ada tu nanti. Ada a few model lain yang I minat tapi nanti bila dah betul-betul nak beli baru I akan pilih la. Wah bunyinya macam nak beli aje tu kan. Hehehe.....Tunggu dan lihat je lah dulu.

From Midvalley ke Garden. Hoh kedai kat Garden ni takat boleh lalu kat luar ajelah. Takut nak masuk or usha dari luar. Harga barang dia mahal ya rabbi. Tapi dalam pada takut nak masuk tu ada la a few kedai yang still affordable. Kira orang selekeh macam I yang suka pakai t-shirt and jeans ni tak la ditengok lain macam oleh the sales assistant. One of it ialah kedai yang I selalu pegi; Fossil Boutique. I dah aim nak beli jam from Fossil ni. Selalu usha online. Hehehe....

So semalam telah berjaya membeli hadiah untuk myself. A rose gold tone watch yang sangat cantik. Rehan bought the same watch but in a different shades. I loves watches. I tak kisah tak de jeweleries tapi watch mesti ada. Tapi jam I tak la semahal jam Siti Nurhaliza yang boleh beli kereta mewah or bungalow sebijik tu. The most expensive watch yang I minat pun takat Tag Heuer aje. Yang itu entah bila la boleh dapat tu.


Cantik tak? Cantik tak? Cantik kan.... (Sila baca guna nada macam Eric Leong). I suka simple watch aje. And mostly my taste would be the same. Cuma ubah sikit-sikit here and there aje. Memang sangat tak bercitarasa I ni kan. Hahaha......

Last year kan I dapat APC. The money I got for it selain diguna untuk belanja my family and officemate makan, telah digunakan untuk membeli watch juga. I suka my watches to be a memorable one. Lagipun watches ni kan tahan lama. So semua pun akan ada memori tersendiri.


Casio chronograph range. Dalam tu pun ada diamond-like stone. Wah bling-bling aje my watches ni eh. Hehehe.... Ok in considering for a watch, the first criteria (selain dari rupa yang cantik according to my taste) mestilah the durability. I suka jam yang tahan lasak sebab I kan boleh tahan lasak la jugak. Ecece..... So both watch walaupun bling-bling tapi boleh bawak pegi swimming and even diving ye. Tapi diving takat 100m je lah. Kalau nak dalam lagi kena la ada professional diver watch, tak gitu? Lagipun I mana la reti nak diving ni, takat rendam-rendam dalam sungai boleh la. So both watches adalah tahan for that kind of activities.

I paling suka Casio watches sebab sangat kena dengan citarasa I. In fact that chronograph watch adalah my second Casio watch. Yang pertama dah rosak (after 7 years of hard usage) and tak sempat nak hantar repair lagi. Tapi lepas ni maybe nak try Seiko or Titus pulak. Itu kena tunggu tahun lain la pulak kan.

Although dah dapat jam ni, I still nak beli jugak the camera dengan alasan sebagai birthday gift. Hahaha..... Berapa banyak gift mau ni??? Saje je alasan untuk bershopping kan. Hehehe......

4 comments:

Anonymous said...

beli, beli. nanti boleh buat pelepasan cukai RM300.

1na said...

Wah menarik folding bike tu. Kedai kat mana? brand apa? tak nampak la... sbb kat fitness center tu brand reebok, harganya rm1400.

Eny Yusof said...

Klynn,

Yang tu untuk peralatan senaman macam treadmill etc je la. Kalau bicycle macam tu tak layak claim pun.

Eny Yusof said...

Kak Ina,

Memang sangat menarik. Boleh dibawa ke mana-mana. Brand K-Rock. For more info, check this site :
http://www.verifinebike.com/ref