Wednesday, May 18, 2011

Sakit macam nak mati

Today and tomorrow I ada kat INFRA berbengkel on MYSPATA again. Morning session went quite well but after lunch break, I was in so much pain sampai rasa macam nak mati ok. Orang selalu cakap period pain ni sakit dia separuh aje dari sakit nak bersalin. I cannot imagine la macam mana sakitnya nak bersalin tu kalau period pain ni pun I dah rasa sakit macam nak mati. There, two times already cakap sakit macam nak mati. Memang serius sakit sampai tak tau nak describe macam mana lagi dah. Not that I know how painful death is tapi itu je yang terfikir.

I tak mau la orang nampak I'm in pain kan so I duduk kat toilet. Sekali ada pulak staff lelaki yang tersalah masuk toilet tu and saw me squatting against the wall. Dah la I kenal. Segan jugak tapi rasa sakit lebih kuat dari rasa segan. Paling tak boleh blah, that guy adalah staff sana ok. Mesti main terjah aje toilet tak tengok gambar dah tu. Hahaha.... Dah la sama berbengkel dengan I. Masuk lab balik I buat muka stone aje. Thank God he didn't ask. Hehehe....

I guess my boss saw me excruciating in pain sambil key-in data tu kot. He told me to take a rest coz he saw me like having some kind of pain. Hish tajam betul mata boss I ni. Prihatin pulak tu. Ish segan pulak. Kalau ikut kan hati memang rasa macam nak balik dan-dan tu jugak sebab I was shivering sampai naik goose bump semua menahan sakit tapi segan la pulak. Entah pape je kan. Sakit-sakit pun nak segan lagi. Eh tapi betullah. Segan la kan. Hehehe....

Hari ni baru pengenalan. Tomorrow kena work with real data. Hopefully my tummy ni akan behave la sikit esok. Sakit light-light sudah la. Kalau tak sakit langsung lagi better. Tadi tu memang tak de intro langsung. Main terjah je sakit tu datang. Ish bila teringat balik rasa seriau pulak. Perut, tolong la jangan sakit esok ye. Please ye.....

I think sooner or later I have to do something with this pain la. Makin lama macam makin teruk jadinya. Tapi nak jumpa doktor macam takut la pulak. Bukan takut nak jumpa but takut with any procedure yang mungkin dibuat. Takat nak scan I no hal tapi kalau more than that macam ngeri aje. Gynae ni kan mesti nak cek yang sulit-sulit. Malu weh. Sulit darihal anggota gitu. Hehehe.....

So tolong la doakan agar nothing serious actually ye. Biarlah sihat aje.

p/s: I'm sooooooo in love with this Aaron Aziz la. Or may be it's Seth Tan but Aaron yang berlakon kan. He is sooooooo cute. Hahaha..... Wah selalu Korean man aje. This time Singaporean la pulak. Hehehe......

10 comments:

F.a.d. R.o.y said...

take care beb...

Anis Rafie said...

Sungguh concern boss mu itu.. Bersyukur sgt dpt boss mcm MR. H tu.. :)

Eny Yusof said...

FadRoy,

Thanks beb. Doakan aku sihat2 aje ye. Nanti tak dapat nak jadi pengapit kau pulak.

Eny Yusof said...

Anis,

Kan.... Thats why la aku rasa berat hati nak transfer keluar eventhough dah tahap lemak tepu dengan rutin kerja kat sini. Susah nak dapat boss baik macam tu. Syukur Alhamdulillah.....

didi said...

ENY!!!!! (dengan nada suara tegas)

Jangan nak malu bab2 kesihatan ni. Kita tau badan kita. Kalau sakit, sila check. Paling koman pun, google dulu tentang pain kau tu. Mana tau simptom yang berbahaya ke. Bukan nak takut2kan kau, tapi daripada cuba tipu diri sendiri dengan alasan yang menyedapkan hati, lebih baik check once and for all.

Badan nak guna lama cik kak! (Dengan nada mak nenek)

:p

Eny Yusof said...

Didi,

Hihihi....rindu plak nak dengar kau membebel. Aku mmg tgh contemplating nak buat checkup la ni. Tapi tu la... takat nak scan or amik darah aku ok lagi. Aku takut la kalau dia nak buat endoscopy ke apa sbb last time pun dr cakap macam tu. Nak tengok dari dalam. Ngeri ok.

Tapi sakit tanpa tau sebab lagi mengerikan, kan. Tsk.... nak kena kuatkan semangat sikit sebelum jumpa dr ni.

Anonymous said...

jgn malu bab2 ni...if every month you are suffering then better wat appoinment jumpa gynae...

it's not as bad as u think...they will ask you some questions (selalu ke sakit? flow regular ke?etc..) and probably do an ultrasound test...masa ultrasound..make sure u have full bladder. mudah utk doc lihat nanti...

harap takde apa2 yg serious...

Eny Yusof said...

Anon,

Dulu dah pernah buat check up with gynae and dah buat ultrasound 2 kali but that was like 8 years ago kot. Dr just prescribed with painkillers aje. Tonne of it. Now dah tak mau makan painkillers lagi.

Latest masa sakit teruk last March, dr kata kalau nak buat further checkup maybe diorang nak tengok dari dalam which is endoscopy la kan. Either masuk kot mulut or rectum. Tu yang takut tu....

Anonymous said...

8 years ago? lama sgt dah tu....better gi gynae and check again...a lot of changes can take place after 8 years...

endoskopi tu last resort if ultrasound tak clear...tanya kawan2 to rekomen gynae yg dekat2...cari la yg ok...apa2 dia ckp...go for a second opinion...

Eny Yusof said...

Anon,

Thanks for the advice. Kena kasi top priority la bab buat check up ni kan. Mudah-mudahan nothing serious la. Amin....