Tuesday, March 15, 2011

Trip to Utara - Day 4

I tak lena tidur sebab kesejukan and sakit pinggang. I tak sure whether ianya adalah effect akibat selalu terjatuh or what but I can't lie down on hard surface without having that painful and kengiluan teramat bila nak bergerak. It's like tengah tidur pastu bila nak beralih akan tersedar, alihkan pinggang tu slow-slow sambil tahan sakit and sambung tidur. Pastu bila nak beralih akan sedar semula, alih slow-slow and tahan sakit lagi. Dah banyak tahun jugak I suffered from that. So sebab tu kalau nak tidur atas totto, I kena lapik totto tu tebal-tebal sampai jadi macam tilam. Those yang pernah tengok my totto bed tau la. Tapi bila balik kampung takkan nak demand pulak kan. So sila tahan aje ye.

Lepas Subuh terus tolong Cu buat breakfast nasi goreng guna leftovers from the kenduri. And then jaga Dik Manan. Sepanjang bercuti ni, selain sibuk menolong kat dapur, I juga menjadi bibik mengasuh kanak-kanak yang berempat tu. I rasa all the time diorang mandi memang I yang mandikan. I love giving bath to kids. Dah tu dari kecik I dok mandikan adik-adik so dah jadi macam satu kewajipan pulak bab-bab mandikan budak ni. Nak-nak budak-budak tu asyik request nak mandi ngan I. "Cik Ngah nak mandi ngan Cik Ngah". No no no mandi sama tak boleh ye. But mandikan boleh. Hahaha.....

I baru perasan. Kalau balik Lenggong, almost tak pernah tengok TV sebab ada je benda lain yang lebih menarik selain dari tengok TV. Yang gila games pun tak main games. Kali ni sibuk bakar ikan la, panjat pokok kelapa sebab nak amik kelapa muda la, masak la and macam-macam lagi la. Abah kata kalau lama la kitorang dok kampung, habis segala benda kat keliling rumah tu kitorang kerjakan. Mujur le rumput tu tak leh makan. If not kalau balik kampung seminggu terus jadi padang jarak padang tekukur le rumah Opah tu. Hahaha.....

For lunch we had ikan bakar, sambal picit (I buat and mendapat pujian semua ye but credits kena kasi kat Cu la sebab Cu yang tukang rasa), masak lemak pucuk paku, baby kailan with some kind of green tauge, some kind of ikan yang super duper sedap bila digoreng garing, sambal belacan, pucuk beka and pucuk ubi rebus, petai bakar and air kelapa muda. Ish bila sebut ni teringin la pulak. Sedap hingga menjilat pinggan la. Hahaha.....

Lepas makan rehat kejap sebelum agenda seterusnya iaitu aktiviti wajib bila balik Lenggong; mandi sungai. Mula-mula macam tak sempat dah tapi masing-masing buat muka kecewa bila tak pegi-pegi so Abah bawak la jugak. Gerak dari rumah pukul 4 and balik semula pukul 5. Ish tak puas betul. Abah siap pesan tak boleh lama-lama sebab perjalanan masih jauh. Dik Manan pun join mandi. Meraung-raung budak tu kesejukan. Yang gadis kecik bertiga tu pulak, Adah sorang je yang berani main air, yang lain takut-takut especially si Nabila. Abah kata lenkali kita masak pagi-pagi pastu berkelah kat tepi sungai. Wah best tu tapi tak tau la bila pulak boleh balik ramai-ramai macam tu lagi. Hayat and Cumat aje yang melepas. Hopefully keseronokan macam ni akan terus berkekalan walaupun lepas semua orang dah kawin and beranak-pinak.

Balik dari sungai terus bersiap nak balik. Ish tak puas rasanya bila balik Lenggong kejap sangat. Opah pun kesedihan aje bila kami nak balik dah. Left Lenggong around 6.45pm, stop by at Tapah for dinner and berpisah haluan kat Tanjung Malim for those yang nak balik Kuantan ikut laluan Genting. I sampai rumah dalam pukul 12 lebih whilst orang Kuantan sampai pukul 2 lebih. Except for the horrifying experience at the wedding, we all had a great times. I rasa selagi ada hayat la, cerita kat majlis tu mesti akan sentiasa diceritakan semula. Nak-nak bab kena mendaki bukit tegak terpacak tu. Memang la masa tu bengang semua ada but later on bila dah tua-tua akan jadi bahan lawak jenaka lah.

One of the thing I suka pasal the whole family ialah walaupun terpaksa berhadapan dengan situasi yang sangat la tak best tapi semua cool and siap melawak lagi. Macam-macam lawak yang terkeluar masa mendaki tu and masing-masing dok bagi sokongan untuk meneruskan perjalanan. Ingat-ingat balik rasa kelakar la pulak. Itu yang baiknya bila ahli keluarga ipar duai selalu berkumpul. Barulah kemesraan terjalin. Tak gitu?

Ok dah tamat. Not much photos to share sebab tak sempat nak nak snap semua especially the wedding. Too emotionally distracted. Hahaha......

No comments: