Tuesday, March 15, 2011

Trip to Utara - Day 1

I'm back with 1001 cerita penuh warna-warni lagi sensasi. Cewah... intro je dah tau kan. I ni sentiasa je ada cerita-cerita sensasi ni kan. Lalat-lalat penggemar gossip mesti dah tak sabar nak baca cerita ni. Pasni banyak la modal nak kutuk I lagi ni. Eh ke situ pulak dia. Anyway jangan biarkan lalat-lalat itu menganggu keseronokan kita untuk bercerita. Hehehe..... Seperti biasa kena la recap dari mula kan. I was on leave since Friday. Patutnya until Monday aje tapi terlajak sampai hari ni. So today I on EL lah. 

My parents and few of the siblings dah pun bertolak ke Kedah on Wednesday. Epoi and family pulak gerak dari Kuantan on Thursday night and sleepover at my place. Friday tu kami akan berkonvoi 2 buah kereta ke Kedah. Bagi yang bekerja, kena lah apply cuti kan. Bagi yang study????? Mana ada cuti-cuti ni so apa lagi, ponteng le. Ooopsss.... gejala ponteng-memonteng adalah tidak digalakkan ye tetapi atas sebab-sebab tertentu dan demi kemaslahatan umum, sila la ponteng atas risiko sendiri. Hahaha..... Agak-agak sape la yang memonteng tu eh....

After my braces review, I kena amik Eman and Siti. Epoi pulak kena amik Bang Long on the the way to my place. They reached my place at 2am. I buka je pintu and muka pertama yang I nampak ialah senyum ceria si Manan comel. Budak kecik ni memang ceria memanjang. Pukul 2 pagi tu boleh dok bergelak ceria lagi. So cheeky. Hilang mengantuk I melayan budak-budak tu. I gelar Dik Manan tu Bang Cer; taken from the word ceria. Hehehe.....

Kalau ikut plan asal nak gerak lepas Subuh tapi nan adonya. Nak buat breakfast, nak basuh kain, nak itu-ini last-last pukul 10 baru keluar rumah. Itu pun puas memusing dalam Putrajaya nak top-up Touch N Go card. Bang Long, Eman and Siti naik Savvy. I pulak naik MyVi with Epoi. Boleh main dengan budak-budak kecik tu. Sepanjang perjalanan hari hujan aje. Stop for lunch and solat at RnR Sg. Perak. Terserempak dengan geng-geng artis kat situ and ternampak la Shahir AF. I tak kenal pun dia so sah-sah la bukan fan kan so tak de la excited ke apa. Oh ada peristiwa berlaku kat situ. Tengah syok-syok makan and menyembang, tetiba ada orang bertumbuk. Kecoh la kejap. Ish diorang ni pun, kalau nak bertumbuk sila ke gelanggang boleh tak. Itu tempat makan, bukan tempat bertumbuk.            

Perjalanan diteruskan and reached exit Gurun around 5pm. Dari sana kena tunggu Abah jemput and terus ke rumah kampung Pak Teh. Actually rumah kampung ni ialah weekend house tapi sebab kat dalam area kampung so kitorang panggil la rumah kampung. Satu lagi rumah taman. Masa sampai tu Mak, Apis the bakal pengantin, Ayum and Meera ke Sg. Petani untuk bershopping. Lepak-lepak, sembang-sembang and tetiba blackout. Mujur la ada a few candles. Mak and her crew shopping sampai lupa daratan. I rasa pukul 11 baru diorang balik kot. Kebetulan electric power dah ok right before diorang balik tu. So boleh la dinner dengan terang. Lepas dinner I terus tidur. Penat ok. 

-to be continued-

No comments: