Tuesday, March 15, 2011

Trip to Utara - Day 2

Bangun Subuh dekat nak pukul 7 sebab malam tak lena tidur; Dik Manan bangun mintak susu sampai 3 kali. Bangun-bangun tengok Mak Lang (adik my Mak) and her daughter Ira dah sampai from KL. For breakfast Mak Lang buat meehon goreng. Bang Long pulak sibuk dok buat kopi yang dia masak tu. Lepas breakfast ada yang keluar beli barang untuk masak tengahari and ada yag dok melepak kat depan main PS2. Hai diorang ni tak habis-habis dengan games tau. Tu dah ada PS2 tu lagi la semua benda tak jadi tu.

Seronoknya main bubbles. Tak sia-sia beli bubbles mahal. Definitely a hit la.

Tengok I lepak kat buaian ni, semua menyibuk nak lepak sama

Ish...ish... siapalah yang rajin sangat tu....

Tengok I menyapu daun, semua pun nak menyapu sama

Syabbas betti.....syabbas.....

I tolong Abah sapu halaman. Seronok jugak sekali sekala buat kerja luar macam ni. Great workout gitu. Eh tapi takat sapu daun kering aje la kan. So light workout je la. Budak-budak tu pun bila tengok Cik Ngah dia menyapu, semua sibuk nak menyapu jugak. Sampaikan tengah panas terik pun diorang dok la menyapu daun jugak. Pantang tengok ada daun atas tanah. Bagus...bagus.... esok Atuk and Nenek dah pindah rumah baru, korang teruskanlah kerajinan korang tu ye. Bersih rumah Atuk and Nenek nanti. Kat rumah Pak Teh ada buaian yang pasang kat pokok tu. Alahai time ni la nak terlupa nama benda alah tu. Memang tumpuan betullah. Ni tuan yang menulis ni pun sama. Asyik nak melepak kat situ aje. Best wooo......

Bestnya lepak kat buai ni. Nak-nak time berangin. Pergh....

Me and Dik Manan jadi mandur. Hahaha.....

Rumah Pak Teh ni pakai pam air. Since malam tu tak de electricty, pam tak berfungsi so air pun tak de lah. Cukup-cukup nak buat masak and nak pergi toilet aje. So memang tak mandi pagi la. Tapi dalam pada tak de air tu, makan mewah ok. Nasi beriani with dalca and ayam mesak merah. Hebat ok. Tu kira pre-kenduri la tu. Lagipun tak tau lagi masa kenduri makan apa.

Since sampai ke petang air tak de lagi, kami tumpang mandi dekat rumah sepupu Mak Teh somewhere in another kampung a few kilometers away. Gigih ok demi nak mandi. Mula-mula tu semua plan nak mandi kat mana-mana air terjun aje tapi bukan dekat-dekat. I pun terpaksa la buat muka tak malu tumpang mandi kat sana. Belasah je lah labu. Since yang kategori Mak-mak dok sibuk kat dapur, I kena la bawak anak-anak sedara pegi mandi. Dah makcik tuan rumah tu ingat I ni mak budak-budak tu. Hahaha.... Tak pe I took that as compliment. Nampak sangat I ni bersifat keibuan kan. Hahaha... Sila la muntah sekarang. I tak kisah. Hihihi...

Petang tu Pak Lang (adik my dad) sampai from Ipoh. Datang bertiga dengan anak yang bongsu. Actually Pak Lang belah Abah ni kami panggil Pak Lang Ayaq. So Pak Lang Ayaq and Mak Lang Ayaq. Ni keje Bang Long and I la ni masa kecik-kecik. Lekat sampai sekarang. Tak silap I, masa diorang kawin or masa bila entah Mak Lang mintak air. Since Mak Lang ni orang Kedah, dia sebut la ayaq. Dapat kat kami ni terus la lekat ayaq tu kat belajang nama diorang. Senang nak differentiate Pak Lang belah Mak and Pak Lang belah Abah. Kebetulan masa diorang datang tu, turn Mak-mak pulak yang pegi mandi. Abah amik Thalha and awek dia kat UUM whilst Apis pulak amik Jannah and Akak yang datang naik bas. Kira semua adik-beradik I ada masa weeding kecuali Hayat and Cumat sebab diorang kerja.

Sambil-sambil menyedut udara petang, yang lelaki-lelaki belah buah kelapa muda. Semua dok teringin nak minum air kelapa muda la tu. Malam Pak Chik Li (adik my dad juga) pulak sampai from Teluk Intan. Lepas another round of nasi beriani, kami ke KEDA Resort. I booked bilik kat sana for family Pak Lang and Pak Chik. Memandangkan air dah habis terus, semua pun pegi ke sana untuk mandi. Mula-mula I booked bilik aje tapi due to that unforeseen circumstances, terpaksa tukar kepada inapan; 1 queen size and 2 single bed for each room. Rate ialah RM200 per room. So sila kali 3. Pengsan.....

At first I nak mandi aje tapi last-last decide nak tidur sana terus. So Epoi and family, Jannah, Akak, Ayum and me stay kat sana and yang lain balik. Diorang nak buat sirih junjung. Erk esok the big day. Tapi I tengok the groom to be tu relax aje. Siap main games and berjalan sana sini lagi. I pulak yang risau. Mudah-mudahan segalanya akan berjalan lancar la esok.

-to be continued-

No comments: