Wednesday, March 02, 2011

Allah lebih menyayanginya

Baru dapat satu perkhabaran yang menyedihkan. Hilmy Hasrin, salah seorang sahabat dari Batch 2/2006 telah meninggal dunia pagi tadi. Innalillah hi wainna ilai hirojiun. Daripadanya kita datang dan kepadanya jua kita kembali. Mudah-mudahan roh sabahat kami ini ditempatkan di kalangan orang yang beriman.  

Begitu banyak kenangan bersama yang terakam dalam kotak memori ni antara kami. Kami bukan takat satu batch, malahan satu sidang lagi. Masa OBS, kami satu watch. Banyak cerita menarik yang dikongsi bersama sepanjang kat OBS. Maklumlah, sesi santai petang tepi pantaikan. Then masa kat PULADA, kami berdua diamanahkan sebagai Tok Sidang dan Mak Sidang. Sama-sama kene denda before kawan-kawan lain kena. Ish sedih la. Terbayang-bayang kami berdua sama-sama kena tepuk lalat la, squat jump la.

Dan mungkin ramai yang tak tau. Ayah kami adalah sahabat baik semasa di LATEDA dulu. Kami tau pasal ni masa kat PULADA la. Masa dinner tu, kami kena duduk bersama VVIP yang lain. Sembang punya sembang, baru dapat tau both our dad pernah berkhidmat kat LATEDA. So I tanya la Abah and memang Abah and pakcik Hasrin bersahabat baik dulu. Masa convo DPA, kami telah pertemukan semula dua sahabat yang telah lama terpisah. Berpeluk sakan dua orang tu. Ada gambar tapi tak pasti kat mana simpan.

Last week he uploaded so many video of stuff during DPA. And since I sedang dalam mode menjemput untuk Apis wedding, I tulislah kat wall dia supaya sampaikan salam kat ayah dia and jemput datang ke kenduri tu nanti. He replies saying he couldn't convey the message sebab ayah dia passed away in June 2010. Masya Allah.... I didn't know that.

And today the shocking news of him passing away. He's a really good guy. Really really good ones. Tak pernah marah, sentiasa tersenyum dan mesra dengan semua. Dan sangat berbakat. He can sing and play instruments. In fact masa DPA, dia selalu terlibat dengan persembahan nyanyian berkumpulan bersama kawan-kawan rapat sesidang. Diorang ni bertiga; aruah Hilmy, Khaizurul Ezwan and Fahmi. Mereka ni sentiasa bertiga kemana-mana. Duduk dekat auditoriom pun mesti bertiga aje. Dan kalau tak silap I, dia ni salah seorang penari zapin jugak. 

Dunia kehilangan salah seorang manusia yang sangat baik. Isterinya kehilangan seorang suami, anaknya kehilangan ayah dan officenya kehilangan pegawai yang baik. He will be sadly missed by everyone. Orang yang baik memang disayangi oleh Allah. Sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan rohnya akan ditempatkan dikalangan oarng yang beriman dan semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. 

Kepada yang mengetahui berita ini, tolong sampaikan kepada kawan-kawan lain. Dan sedekahkanlah alfatihah untuk roh  beliau mudah-mudahan akan dicucuri rahmat oleh-Nya jua. Alfatihah.....

No comments: