Thursday, March 10, 2011

Back to normal

No more that almost formal BM ye. Sungguh skema bunyinya. Tapi menarik jugak kalau sekali sekala tulis macam tu kan. Macam nerdy aje. Anyway, I've managed to complete the annual report thingy. Kena dapatkan perakuan and then off they go to MoF. Alhamdulillah. Selesai satu beban. Ada banyak lagi yang menanti but at least the most urgent one telah selesai. Boleh la bercuti dengan aman. 

Besides that, baju yang ditempah last week dah siap pun. Actually I request untuk siapkan sepasang aje dulu tapi the tailor telah menyiapkan dua-dua sekaligus. Kegembiraan berganda gitu. So boleh la melaram baju baru masa kenduri nanti. I'm not the kind yang bila ada majlis je mesti nak pakai baju baru tapi sometimes it happen to be baju yang ditempah siap right before majlis atau ada je baju baru yang belum dipakai. So apa lagi, melaram aje lah kan. Tapi yang pasti masa kenduri belah Kuantan nanti akan pakai baju yang dah dipakai masa hari raya hari tu la. Tak pe lah, yang penting ladies semua pakai sama.

Petang ni ada braces review lagi. Haish asal ada nak makan besar mesti ada review right before tu. Saje je tau. Tak mau kasi orang makan banyak la tu. Maklum lah bila ada buat review mesti ada slight discomfort for few days after that. Tapi kan, I ni dah pakai braces for one and a half years dah pun tapi bab melecet and sakit tu memanjang ada. Syikin tak pulak sakit atau melecet macam I. Sama ada mulut I ni manja terlebih atau doktor buat tak betul. Hahaha...... Marah pulak doktor tu nanti eh.

Esok sampai Isnin I cuti ye. Kalau rajin and ada kesempatan, I update la cerita. If not, tunggu lah minggu depan ye. Yang pasti lepas habis kenduri, kami nak balik kampung Abah kat Lenggong. Dah lama tak balik. Last time was masa Opah sakit hari tu. Nyum..nyum... balik Lenggong best wooo. Makan makanan kampung; ikan sungai bakar, sambal tumbuk ikan sungai, ulam-ulam dan macam-macam lah. Yang pasti, bila balik Lenggong je I dapat makan ulam pucuk beka tu. Tak pernah lagi jumpa kat tempat lain. Ish..ish... teruk betul dia ni. Bukan ingat balik nak jumpa Opah ke, nak tolong kemas apa patut ke, ingat nak makan aje eh. Hehehe....

Hai tak sabarnya... Malam ni anak-nak sedara tersayang akan datang bermalam kat rumah. Esok pagi kami akan konvoi 2 kereta ke utara. Tak pernah lagi ni berkonvoi adik-beradik ni. Oh that reminded me yang I belum pack baju lagi. Haish belum sempat lagi nak unpack the bag from the recent short trip to Port Dickson dah nak kena pack semula. Macam la busy bebenor dia tu eh. Hahaha....

Ok doakan agar segalanya berjalan dengan lancar lah ye.    

No comments: