Monday, March 21, 2011

Berhemah la sangat

Basically I rasa I ni panas baran. Senang sangat triggered off. Tapi I marah bukan jenis mengamuk-ngamuk. Ecece.... ye la tu. Ok ada la jugak mengamuk but itu kalau dengan family aje lah kan. Tapi kalau I mengamuk pun tak de sape heran kat rumah tu. Bising je lebih. Diorang pun dah tau dah. Hahaha.... Ok mostly I marah dengan cara membebel aje lah kot. Pot pet pot pet membebel. May be I should seek some professional help on this la. Hahaha....

Anyway, kata pemarah la sangat kan. Kadang-kadang I ni penyabar jugak orangnya. Tapi selalu je sabar I tu tak kena pada tempatnya. So mana satu I ni yang sebenarnya ni. Tak paham I. Hehehe..... Ada masa-masa yang patut marah, I boleh pulak bersabar. I mean marah dalam hati je lah kan. Patutnya masa tu la luahkan kemarahan tu so that the other party know that I mean business. Cewah. Tapi nan adonya. Selalunya akan marah dalam hati je lah. Or tetibe menjadi terlebih sabar.

Contohnya bila memandu. I tak tau la but kalau memandu, tahap kesabaran I adalah superb ok. I can proudly say I tak pernah honk, high beamed, middle fingering or even cursing while I'm driving. Walaupun ada banyak kali I hampir nak teraccident sebab pemandu-pemandu yang sangat tak berhemah tu. Macam tiba-tiba je muncul dari kiri atau kanan, brake tetibe kat tengah-tengah jalan, bawak in between the line, masuk atau keluar simpang tetibe dan banyak lagi la yang lain. Syukur pada Allah kerana melindungi I and Savvy tersayang tu dari sebarang kecelakaan baik yang diakibatkan dari kecuaian I sendiri atau kecuaian orang lain. Kalau ikutkan memang dah banyak kali dah accident tapi sentiasa dalam lindungan-Nya. Syukur...syukur...

Mungkin itulah hikmahnya bila bersabar time memandu kan. Habis kuat pun kalau nak marah time memandu, I would utter stuff like this;

Yelah dia sorang je lah ada kereta/bayar road tax
Hah tu cirit-birit la tu
Boleh kasi signal tak?
Ek eleh, bawak ntah pape ntah....
Ni yang slow sangat ni kenapa? Bercinta la tu....

Macam semalam. I was on the way home lepas hantar Siti balik kolej. I nampak ada satu motor yang jual roti semua tu kat lane kiri and dah bagi signal nak masuk lane kanan in which I ada kat lane kanan just behind him. Too near for me to slow down before dia tukar lane. Dia tak perasan I kat belakang tu sebab dikelilingi oleh mak nenek roti semua tu kan and terus aje tukar lane. Memang dah tersentuh sikit dah pun but I managed to brake. Dia memang tak perasan langsung until I brake bila dia betul-betul dah kat kat sebelah kereta tu. Syukurlah tak de kereta kat belakang if not memang I dah kena from belakang jugak. Selain dari side mirror yang tertolak ke dalam sikit, nothing else happened. Side mirror tu pun tak cedera. Just tolak ke luar balik je lah kan. Alhamdulillah. Masa kena tu, tak putus-putus sebut Alhamdulillah sebab terselamat and tak terlanggar ke apa ke. So perjalanan diteruskan tanpa honking or bukak tingkap and marah the man whatsoever. Yang penting, both selamat.

This morning pulak kat traffic light right sebelah Parcel E. Once traffict light changed to green, I pun jalanlah and tetibe ada kereta from left and terus masuk ke kanan betul-betul depan I. Hish geram betul. I rasa kalau orang lain dah lama honk lama-lama. Tapi tu lah. Dah nak masuk 4 tahun drive and not even once I honk people. I kena honked ada la. Hahaha...... Selalu orang tukar lane macam tu kat Putrajaya ni tau. 3 tempat yang I selalu kena ialah kat traffict light sebelah KPNDKK tu. Kalau terus ke tapak pasar malam and ke kanan ke arah Masjid Putra. Ada ramai yang duduk kat lane kiri tapi bila sampai kat simpang tu terus belok ke kanan padahal yang di lane kanan tu boleh ke kanan atau straight. Another point ialah kat traffict light nak ke Precint 18 from NRE tu.

I tak faham konsep orang yang nak ke kanan tapi stay kat lane kiri padahal orang yang kat lane kanan tu boleh ke kanan atau terus. Dah banyak kali I nampak depan mata or I sendiri yang kena hampir-hampir nak berlanggar sebab orang belah kiri tu tetiba je belok ke kanan. Dah la tak kasi signal. Malaysian driver huh. Sabar je lah. Sila berada atas lane yang betul boleh tak? 

And betul apa orang kata pasal Malaysian ni; personally almost everyone is nice but once on the road they've become a monster of sort. Contohnya Eman my brother. Contrary to me, he is a nice man. Emosi adalah sangat stabil. Sangat baik orangnya. Tak caya tanyalah semua yang kenal dia. Memang puji-pujian aje lah. Ok ni bukan nak promote adik sendiri but memang reality. Tapi once he's behind the steering, he is capable of mencarut ok. Terkejut I bila dengar. Asyik nak marah aje bila dia drive. Ngeri betul. Kalau adik I yang baik tu boleh jadi pemarah, inikan orang yang dah memang pemarah kan. Jadi raksaksa gorgon dah kot.  

Seems like I sorang ajelah yang pelik kot. Bila memandu reti pulak nak bersabar. Hahaha..... Kiranya I ni pemandu yang berhemah la jugak kan. Aside from memandu dengan laju di highway, I rasa I'm a good driver. Even drive laju pun tak la sampai nak trailing belakang kereta lain kan. Bila nak parking pun tak la main park aje ikut suka. I selalu fikir; kalau I tak suka orang buat macam tu kat I then I tak patut la buat kat orang lain benda yang sama. And kalau buat benda tak baik ni balasan dia cepat aje tau.

Alangkah bagusnya jika kesabaran itu dapat dipanjangkan kepada semua situasi. Memang confirm beriman sangat tau. Al maklumlah.... Sabar tu kan separuh dari iman. Kan..kan....          

No comments: