Wednesday, March 02, 2011

Allah lebih menyayanginya - updated

So I went to visit him today. Syukurlah berpeluang juga untuk pergi walaupun hanya dapat peluang itu setelah ketiadaan beliau. Bersama-sama dalam rombongan ziarah ialah Yasser, Hafiz, Syukri, Effi, Hakim, Azlan and Kezoo (Khaizurul Izwan).

Bertolak dari Putrajaya dalam pukul 10 pagi. Pick-up Effi and then met with Syuk and naik kereta Syuk ke sana. Met Hakim and Azlan halfway and finally reached Skudai around 1pm. Stop for lunch and was later joined by Kezoo. We were told yang jenazah telah dibawa untuk post mortem dahulu so we thought it would take sometimes to be done lah kan. But by the time we reached his house, jenazah telah dimasukkan ke dalam van jenazah dan di bawa ke surau berdekatan untuk solat jenazah. Kami dimaklumkan jenazah tiba di rumah tersebut 10 minit yang lalu and sekejap aje dibuka kain kapan tersebut. Oh kalaulah kami awal sikit mesti dapat tengok wajah arwah buat kali yang terakhir. 

Masa sampai tu, van jenazah baru aje bergerak. His twin brother (yes Hilmy got a twin brother) duduk kat depan and when I saw him, berderau rasa darah. He look exactly the same. Sebijik sebuntat ok. Since kami dah pun turun dari kereta, kami singgah la jugak kat rumah dia tapi tak masuk pun. Begitu ramai orang yang datang. Indeed he was loved by many. We then proceed ke surau. Ramai orang turut serta untuk solat jenazah. I tunggu kat luar surau aje. 

Selesai solat jenazah, kami bergerak ke tanah perkuburan. Panjang betul kenderaan yang mengiringi aruah ke tempat persemadian beliau yang abadi. Again, he was loved by many. In fact semasa dalam perjalanan ke tanah perkuburan, ada dua orang lelaki yang menjaga simpang untuk memberi laluan kepada semua kenderaan yang mengiringi. Tersentuh hati melihat aksi spontan mereka.

Actually I macam ragu-ragu sama ada I boleh ke tanah perkuburan atau tidak dalam keadaan sekarang. I heard before yang ladies having menstrual tak boleh ke kubur tapi I pegi lah jugak. This would be the last and only time for me to send him. Before jenazah diturunkan ke liang lahad, mereka buka lagi kain kapan tersebut untuk memperlihatkan wajah aruah buat kali terakhir. Unfortunately I tak sempat juga nak tengok. 

Finally jenazah pun diturunkan ke dalam liang lahad. His twin brother adalah salah seorang yang menyambutnya dari dalam. Selesai urusan mengambus lubang tersebut, bacaan talkin dimulakan. Agak sayu bacaan talkin oleh imam tersebut. Especially when he said his name. Ramai yang mengalirkan air mata, lelaki dan perempuan. 

Selesai bacaan talkin, keluarga allahyarham bergilir-gilir menaburkan daun pandan dan bunga-bungaan beserta siraman air mawar. Mula-mula sekali his mom and followed by his wife. Paling menyayat hati ialah masa isteri dia punya turn. Sambil menaburkan daun-daun tu, dia menangis tersesak-esak. Selasai semua dia masih menangis dan memeluk batu nisan. Ada dua orang datang memapah dia untuk bergerak ke tempat lain. She was later consoled by family members. I pun mengalirkan air mata melihat situasi tersebut. Ye lah, pasti hatinya berat untuk menerima kenyataan bahawa insan tersayang yang sebelum ini sihat walafiat tiba-tiba pergi begitu sahaja tanpa sebarang pesan.

Sebelum meninggalkan tanah perkuburan, I sempat berjumpa dengan ibunya untuk menyampaikan salam from Abah. She still remember us. "Oh yang masa convo hari tu ye. Nanti sampaikan salam dekat ayah ye". Kesian makcik; kehilangan 2 orang insan tersayang dalam tempoh tak sampai setahun. Then I jumpa wife dia pulak. Sedih hati ni bila bersalaman dan memeluk beliau. Tiada kata-kata yang dapat dituturkan selain dari ucapan takziah dan pesanan supaya beliau bersabar. 

Sepanjang perjalanan pergi dan balik, banyak yang kami bualkan tentang pengalaman bersama arwah. Dia adalah seorang insan istimewa yang dihadirkan Allah ke dunia ini dalam tempoh yang singkat cuma namun dalam tempoh yang singkat itulah dia telah mencipta kenangan yang begitu indah dalam diri setiap yang mengenalinya.   

Sama-samalah kita sedekahkan bacaan alfatihah kepada roh allahyarham mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Andai kata allahyarham ada membuat sebarang kesilapan, pohon diampunkanlah kesalahan beliau itu dan andai ada hutang yang belum dijelaskan pohon dihalalkan. Dan sama-samalah kita doakan agar keluarga beliau diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Mudah-mudahan isteri beliau sabar dan tabah menghadapi dugaan yang begitu besar dan berat ini.  

Pemergian beliau mengingatkan kita bahawa kematian itu adalah sesuatu yang pasti. Cuma bila dan bagaimana ia berlaku adalah rezeki masing-masing. Sama-samalah kita memperingati akan kematian yang bakal menjelma dan membuat persiapan untuk menghadapinya. 

I know I am far from being a good person. I know I have done a lot of mistakes whether I realise it or not. So dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari saya dan memohon ampun dan maaf atas sebarang kesilapan yang pernah saya lakukan baik secara nyata ataupun tidak. Baik yang disengajakan atau tidak disengajakan. Andai kata saya pernah berhutang dengan sesiapa juga dan belum menjelaskan hutang tersebut, pohon tuntutlah ia dari saya. Sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita alpa dan terlupa akan sesuatu hak yang belum kita jelaskan. Jadi sebelum terlewat, tuntutlah dari saya ye.   

Hari ini adalah hari yang begitu menginsafkan. Bagaimanalah nanti bila masa saya pula ye.....

2 comments:

dian said...

takziah eny, kwn u tu kt mane? meninggal kenapa?

Eny Yusof said...

Dian,

Dia kat imegresen johor. such a nice man. terkejut semua kawan-kawan.

tak pasti puncanya tp meninggal dalam tidur. tak sempat nak tanya result post mortem.