Agak sedikit bosan lah hari ni. Semalam balik rumah straight away ke bathroom and memulakan aktiviti menyental. Every inch of the bathroom telah diberus dengan tangan so memang berpeluh sakan lah. A good exerciselah kan. Today rasa macam malas pulak nak balik awal even though plan awalnya nak sental another bathroom tu.
Kebetulan pulak since lunch hour tadi, I have this sudden craving nak makan sate. Ntah angin apa ntah. Puas la cari member nak teman makan. Boleh je beli and makan sorang-sorang kat rumah tapi sajelah kan. Sekali sekala kenalah bersosial dengan kawan-kawan ni kalau tak nanti diorang kata sombong pulak kan. So finally Rehan kata ok.
Just now officemates ni ajak join main bowling pulak. Told them about the sate-eating plan and kena gelak sebab dari lunch hour lagi I told them nak makan sate. Over kan. Macam mengidam pulak.
Oh perut dah berbunyi ni. Lunch tadi makan pisang goreng aje. Loceng pun dah berbunyi and air liur pun dah kecur ni. So nak pergi cari sate sekarang. Bye.
No comments:
Post a Comment