It still amazed me on how people can be so cruel. Being cruel to others is one thing, being cruel to your own family is another thing. Sampai sanggup commit heinous crime yang macam tak percaya aje ada orang sanggup buat kan. Apalah nak jadi dengan manusia sekarang ni.
If the criminal was another people, boleh jugaklah nak all out untuk dapatkan keadilan. Tapi kalau your own family yang buat macam mana? Serious boleh gila kalau iman tak kuat. Mana nak sedih dengan family yang dah jadi mangsa, mana nak fikir nasib family yang jadi pemangsa, nasib diri yang ditinggalkan dan stigma from others sebab in a way, darah daging kita jugak yang jahat tu. I sympathised betul dengan Puan Zaharah tu. I’m sure those yang tengok berita or baca paper tau sapa dia ni. Ibu, bapa suami and anak dibunuh oleh anak sendiri. Masya Allah. Berat betul ujian dan dugaan yang perlu dihadapinya. Dan I kesian betul bila baca paper, hari-hari sebut benda yang sama; putus tangan, pisau tercacak and kepala kena penggal. Boleh tak jangan tulis dah benda tu coz it’ll traumatize those people non-stop lah kan. Hari-hari dok baca benda yang sama and akan terimagine je benda tu. Nak-nak anak dia yang 1st jumpa those victims. Simpati lah sikit kan.
I don’t know how that bad guy can turn into the bad guy coz according to the relatives, dia tu macam baik aje. Hanya Allah yang maha mengetahui. Cumanya setiap yang berlaku adalah dugaan Allah untuk menguji iman hamba-Nya. Sebenarnya kalau bermasalah, (apa-apa masalah sekalipun) instead of running amuk, bunuh sana-sini, makan pil ecstacy ke, amik dadah ke, minum arak ke dan buat benda-beda pelik tu, baiklah berdoa memohon pada Allah. Solat banyak-banyak, berzikir and baca Quran. Kadang-kadang masalah takkan pergi begitu sahaja tapi sekurang-kurangnya kita dapat ketenangan untuk menghadapinya. Dan Insya Allah bantuan akan datang dalam cara yang tak disangka-sangka. Yang penting, mohonlah pada-Nya.
Marilah kita sama-sama berdoa agar diri kita, keluarga kita, kawan-kawan kita dan semua umat manusia di dunia ni dilindungi dan dijauhkan dari musibah macam ni. Amin.
On another note, tadi I tengok video orang kena sebat. Selalu tengok still photo aje. This time real live punya. Memang ngeri ok. 20 sebatan. Memang hancurlah punggung dia tu. Sepatutnya video ni ditayang di semua sekolah dan sebagainya. And I think, instead of masukkan orang dalam penjara, baik bagi hukuman sebat aje. Nak-nak those mat rempit, peragut, penagih and those petty criminals. Tapi kalau penjenayah kejam memang kena letak dalam penjara lah kan. Nanti kang makin ramai pulak mangsa dia tu. Setiap sebatan, boleh dengan orang tu jerit “Allah hu Akbar!”. Hah kena sebat tau pulak ingat tuhan, masa buat jahat lupa segalanya.
Patutnya kan, bila polis buat operasi tangkap mat rempit, esok tu terus je buat sebatan sorang 20 kali. Nak lagi best, buat kat khalayak ramai. Sure meraung diorang kena tu. Pastu bila dah kena sebat, nak duduk kat motor pun tak boleh dah. Baru tau nasib diri. (pergh kejam betul I ni kan) Ini tangkap sumbat dalam penjara. Tangkap, sumbat dalam penjara. Pastu makan minum diorang dalam penjara tu, kita pembayar cukai ni yang tanggung. Orang keje penat-penat, bagi penjenayah makan. Cis! PATI and prostitute pun patut disebat jugak. Hantar balik pun datang semula kan. Meh sebat sket baru tau syurga ke tak syurga dah Malaysia ni. Huhuhu nasib baik I bukan Menteri Dalam Negeri. Kalau tak, siap la korang semua. Muwahahaha. Tapi bila dah kejam sangat ni, mula lah human right activist, SUHAKAM semua tu sibuk pulak nak bersuara kan. Ni nasib mangsa ni sape nak peduli kan. Eh teremo pulak.
But then again, kalau kita kembali kepada agama, semua ni takkan terjadi. Ni sibuk nak kejar dunia, ilmu-ilmu agama tolak ke tepi. Tu yang macam-macam benda jadi ni. Kalau dari kecik dah diterapkan dengan ilmu agama yang baik, Insya Allah semua ni takkan terjadi. Semua pihak, dari yang paling bawah sampailah yang paling atas kena mainkan peranan. Memang tak de satu pun kaedah yang dapat membendung jenayah ni. Undang-undang manusia ni sama lemah dan sama jahat dengan manusia jugak. Undang-undang Allah juga yang patut kita pakai.
Bersama kita memerangi jenayah. Yeah!
2 comments:
weh. kejam dan ganas jugak pemikiran kau ni, eny
bila nanges, x ingat dunia punye
hehe
kadang-kadang kena lah kejam sikit. tapi kejam dalam pemikiran aje. pelaksanaan fail . hehehe.....
Post a Comment