Wednesday, January 27, 2010

APC

Semalam meeting, hari ni pun ada meeting jugak. This time kat Treasury. So ke sana la kita sekejap lagi. Anyway today I nak cerita sikit pasal Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Ok if I’m not mistaken, this APC was given based on the performance appraisal (LNPT) and also based on the judgement from the HR people. Nothing wrong with that. Problem is when they give this APC according to rotation. This year this people, next year other people pulak. Itu namanya menjerat diri sendiri. Because sooner or later, kita akan terperangkap dalam kancah memberi APC itu sendiri.

First because orang yang tak cemerlang pun tetap akan dapat jugak. So semua orang takkan berusaha untuk mencemerlangkan diri dan kerja. I’ve seen that ok. Like when someone naik untuk dapat APC sedangkan we know that person selalu datang lewat or kuat mengular. Camne tu?

Second, orang yang tak dapat lagi will wait anxiously for their turn. Sometimes this people memang bagus pun kerja diorang but then ada pulak candidate lain yang dicadangkan untuk that year. So patah la hati masing-masing yang menanti sejak sekian lama tu. Patah hati membawa kepada merajuk dan macam-macamlah. Kesian jugak diorang ni but then again, janganlah mengharap sangat nak dapat APC. Nothing much pun kalau dapat APC ni selain dari RM1K. Lainlah kalau dapat APC boleh fast track naik pangkat ke apa ke. Still kena amik and lulus PTK jugak kan.

Third, ada orang yang memang cemerlang. Kerja tip-top sentiasa. Memang selayaknya mendapat APC. Tapi sebab dah pernah dapat so terpaksa decline sebab nanti apa pulak kata kawan-kawan lain yang tak dapat tu. Hah tak ke haru. Peduli apa orang nak kata kan. Kenapa masa kita kerja bagai nak orang orang tak heran tapi bila dapat APC orang nak jealous, kutuk bagai. Kalau yang lain-lain tu nak sangat APC, silalah kerja dengan lebih gigih lagi. Tak gitu?

Tapi yelah kita ni kan manusia. Sekali sekala dapat recognition ni pasti akan menaikkan semangat dan motivasi untuk meningkatkan mutu kerja. Yang itu tidaklah dinafikan tapi janganlah terlalu mengharap. Bertenang-tenang sudah. Kalau dapat, Alhamdulillah rezeki. Kalau tak dapat, tak pe. Mungkin bukan rezeki kita untuk tahun tu. Tingkatkan lagi usaha untuk lebih cemerlang.

Tidak mendapat APC tidak bermakna tidak cemerlang ok. Lagipun kita kerja ni bukan sebab nak kejar APC kan. So chill people, ok!

Ok nak pegi meeting sekarang.

5 comments:

swit@kon said...

aku setuju ngan teori kau.
kat sini plak tengok pada seniority sama. kalau dia senior, kau junior. walaupun kau lebih cemerlang, tapi bagi laluan senior ko dulu. hehehe

next year si junior da patah hati. camno? hahaha.

Anonymous said...

betul betul betul.

didi said...

ye, saya setuju.

saya pernah menjadi urusetia kepada pengurusan prestasi ni

sebenarnya, it all goes back to penilai tu sendiri.
penilai perlu menilai setiap pegawai dengan adil sebab bila dah angkat ke panel, diorang just tgk markah je.

kalau pegawai malas pun penilai bagi 85% dan pegawai yg sangat bagus 90%, tak banyak beza pun.

tapi, kita ni, org melayu, berhemah tidak bertempat.

kalau lnpt ni dinilai dengan betul, takde isu pun. kalau org tu seumur hidup x dapat apc pun, panel ada reason x bagi dia sebab markah dia rendah.

bila penilai bagi semua org tinggi yang menyebabkan panel bagi dkt org yang tak pernah dapat je atas recommendation markah penilai.

wah, macam bagi kelas pulak aku ni.

Eny Yusof said...

Yanti,

Itulah senarionya kan. Walaupun sometimes junior are better than the senior tapi kekananan itu tak boleh nak tinggal.

Eny Yusof said...

Didi,

Aku setuju sangat sebab bila nak buat LNPT ni rasa sangat terikat. Bila aku judge betul-betul, nanti orang kata aku kedekut markah pulak. Bila bagi markah tinggi, staff akan rasa dah cukup bagus kerja diorang padahal hampeh.

Tak macam masa private dulu. Performance apparaisal sangatlah stict sebab akan menentukan bonus dan kenaikan gaji.

LNPT ni more like prosedur aje. Nothing much pun. Kadang-kadang aku tengok orang yang malas, tapi dapat boss baik so dapat markah banyak. Orang rajin tapi dapat boss strict so dapat markah sikit. Macam unfairkan. tapi nak buat macam mana, thats how things are done over here. Terima ajelah dengan pasrah.