Just finish doing my laundry. Sebaldi besar ok. Penat tapi lega dah settle. I ni rajin orangnya… hihihi bakul bocor (masuk bakul angkat sendiri la tu)
Bertolak dari PD kul 2pm plus and reach Putrajaya around 3.15pm. Malas nak masuk ofis so terus balik rumah. Macam ngantuk so nak balik tido. Padahal keje berlambak kat ofis. Hehehe keji tak? Ala bagi la can, dah 2 malam I keje sampai lewat malam tau so tak pe la kan… hehehe alasan la tu. Tapi last-last tak dapat tido pon. Asyik receive call dari ofis je. Fadhley call nak tanya pasal lantikan la apa la. Nasib la dapat kawan yang dapat ingat tarikh dengan tepat macam I ni. Senang nak jadi sumber rujukan. Hehehe bakul bocor lagi. Oh he reminded me to collect my souvenir dari German tu. Tak sabar la nak tengok apa la dia beli kat I.
Lupa nak cerita, kat Bengkel TPS (Tatacara Pengurusan Stor in case ada sape-sape nak tau)tu, ada sorang participant from JKR Kelantan ni; sebijik macam Abah. Ish asyik tengok pak cik tu rasa rindu plak kat Abah. Rasa macam nak balik Kuantan sekarang jugak. Lembut je orangnya. Siap pakai kopiah lagi. Orang JKR ni warak-warak la agaknya. Beside this uncle ada 2 lagi wakil JKR yang pakai kopiah. In fact masa pegi JKR KL, ada sorang big boss ni, IR lagi, pon pakai kopiah. I memang suka tengok orang pakai kopiah ni. Don’t ask why ok.
Btw, once during discussion, this uncle bagitau la masalah yang dihadapi oleh penyandang jawatan stor keeper like him. Since jawatan itu telah dijumudkan, they were denied from being promoted to higher gred. Keje berpuluh-puluh tahun tapi masih ditakuk lama. Not only him, ada sorang lagi dari JKR Kedah, also faced the same problem. Dah lulus exam naik pangkat jadi EO tapi JPA tak bagi naik pangkat sebab jawatan yang disandang sekarang dah jumud. Sungguh tidak adil. Sebak I bila dengar rintihan diorang ni. Nasib tak ngalir airmata kalo tak sure kecoh. Giloss emo freak ni.
Ok back to that issue. Kenapa mereka dinafikan hak untuk naik pangkat sedangkan dah berkhidmat berpuluh-puluh tahun? Just because post dah jumud? Hey come on la, itu reason yang sangat ‘bodoh’ ok. As the organization yang menjaga hal ehwal perkhidmatan kakitangan Kerajaan, JPA should do some research before menjumudkan that post. Normally diorang akan dibagi option untuk tukar service which is ok la kan sebab senang naik pangkat lepas tu. But for those yang tak opted untuk tukar service for whatever reason should also be given the same opportunity untuk naik pangkat as those yang opted untuk tukar service. PTD baru 5 tahun service dah naik gred 48 tapi kenapa kakitangan bawahan macam ni dibiarkan. Adakah sumbangan khidmat bakti mereka tak sama dengan sumbangan PTD? Kalo tak diorang ni yang buat keje, jangan harap la pegawai boleh senang-lenang tau tak. Dah macam-macam cara diorang ikhtiarkan tapi semua rejected by JPA. Sian…
Agaknya betul bagai apa dikata oleh ramai orang di luar sana; JPA cuma jaga PTD. Sebagai seorang PTD, I tak nafikan memang lah best kalo cepat naik pangkat sebab naik pangkat maknanya naik gaji. (tapi responsibility pon naik gakkan) Cuma bila baca banyak sangat komen dalam paper and dengar rintihan kakitangan lain ni I rasa macam tak adil plak. Semua sama-sama kerja untuk negara, bukan PTD je yang buat keje sorang-sorang. Kesian diorang yang mencari rezeki yang halal untuk sara keluarga. Padahal ramai PTD yang tak kompeten tapi naik pangkat semacam je. Ramai yang I dah jumpa ok. Don’t get me wrong ok, I have nothing against PTD in fact I’m grateful sebab berjaya menjadi PTD and I love this service and everything that comes with it tapi I pon kesian dengan mereka-mereka yang menghadapi nasib macam uncles from JKR. No wonder ramai yang anti-PTD.
Anyone nak lantik I bertanding post Presiden CUEPECS? Hehehe….
It’s a good issue sebagai renungan untuk semua. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sebab masih ramai lagi orang lain yang menghadapi nasib yang lebih teruk. Don’t take things for granted coz we might just loose it one day and it will never come back. So bersyukurlah Eny… don’t grumble too much.
No comments:
Post a Comment