Tuesday, June 28, 2011

Rasukan di Kota Bharu Day 2

Day 2 dimulakan dengan breakfast session at one of the famous kedai makan jugak. Tak ingat nama kedai tu tapi kat sana you can find all the famous nasi berlauk. Orang Kelantan kan breakfast makan nasi so ada banyak tempat yang jual nasi berlauk yang best-best. Tapi nak kena travel ke sana-sini la pulak gitu kan. So kat kedai ni, ada nasi berlauk from all different places. Kira macam one stop center gitu. Senang kan. Tapi I tak la makan nasi berlauk semua tu. I makan roti aje.

Roti hayat. Sedap ni. Ish bila tengok gambar ni rasa teringin nak makan lagi

Kat tempat gambar banyak-banyak tu la tersusun deretan nasi berlauk yang famous-famous tu

Lepas breakfast terus ke next rasukan center iaitu Pasar Siti Khadijah. Datang shopping awal pagi ni bagus jugak sebenarnya sebab kebanyakan peniaga baru nak start the day so kalau dengan pelanggan pertama tu diaorang selalunya tak la berkira sangat. So mudah jugak lah nak dapat diskaun. Alamak terlupa la istilah yang diorang selalu guna tu. "Gori" kalau tak silap. Something like pecahkan telur la kalau kat belah-belah sini. I tak pegi banyak kedai pun. Kedai pertama I beli sepasang kain. Kedai kedua la tempat I borong macam orang hilang akal so takat dua kedai aje lah. Tak dok pitih dah weh.

Banyaknya kain yang cantik-cantik......

Kering tekak weh mintak diskaun ni. Kita minum dulu.....

Seperti penagih yang dikelilingi dengan dadah aje.....

Trying to reduce the choices tapi susah betul. Last-last angkut semua tu. Hahaha....

Eny selepas kerasukan yang amat dasyat. Gila betul

Minum lagi. Yuzi makan meehoon sup tapi I dah tak larat nak makan. Or rather still kenyang

Lepas sesi kerasukan yang amat dasyat tu kitorang pegi minum pulak. Yuzi ajak try sup perut. Tapi I kenyang sangat lagi so dia sorang je makan pastu tapau bawak balik untuk lunch. Sedap jugak sup tu. Kat kedai makan tu kan, ada sorang mamat ni handsome gila. Wah sempat jugak mengusha eh. Hahaha.... Mana taknya, handsome dah macam stok-stok model gitu. Kerja buat air. Tu kalau pegi audition jadi model ke, pelakon ke mesti boleh dapat tu. Esok dah popular, bila ada interview pasal kisah silam dia mesti cerita.... "dulu saya kerja buat air je kat Pasar Siti Khadijah. Pastu ada la orang suruh pegi buat audition...." Tu pun kalau dia tak malu nak mengaku la. Tapi memang serious handsome ok. Cuma tak la sampai I nak pegi mengorat pulak kan. Agak-agak la.... Hehehe....

From Pasar Siti Khadijah, we went to Tesco. Nak beli barang-barang buat cheesecake. Nak bagi Yuzi rasa my cheesecake. Sempat jugak I beli sesuatu kat sana. Macam la kat sini tak de Tesco eh. Hehehe..... Alang-alang dah jumpa baik beli je kan. Kalau kat sini entah bila tahun pulak I nak pegi Tesco kan.

Hasil rasukan di Pasar Siti Khadijah. Yang corak sama tu untuk the ladies in my family. Entah sempat ke tidak nak tempah untuk raya nanti

Measuring cups from Tesco. Dah lama I cari, kat KB baru jumpa. One for me and one for my mom

Balik from sesi rasukan siang, lunch dulu sebelum buat cheesecake. Elok-elok je masak cheesecake tu, bersiap ke rumah parents Yuzi kat Wakaf Che Yeh. Semalam tu kan I datang tapi tak makan. So hari ni kena makan dinner kat sana. Mak dia nak jamu I makan nasi kerabu. Sampai aje terus makan. I rasa macam baru je makan nasi dah makan nasi balik. Hahahaha...... Perut I ni tak sempat nak rasa lapar. In fact kena kerja keras kat sana. Asyik makan aje..... Rumah parents Yuzi ni betul-betul kat area pasar borong yang popular tu. So tak kan la tak singgah kan.

Kain-kain lagi....

Yuzi and adik dia Ida yang setia menemani I yang asyik la kerasukan ni

That's how I felt

Main longgok-longgok aje. Dah macam jual buah pulak

Rm100 untuk 5 pasang kain batik. Memang kena serbu la kan. I ingat salah dengar tapi tak ok. Memang serious RM100 untuk 5. Kain cantik-cantik tapi design bukan yang latest la

Selalu orang jual yang goreng tapi kat sana diorang bakar

Selain gerai, kedai-kedai pun banyak

Mak datuk banyaknya batik yang cantik-cantik.....

Buah yang sangat sedap. Kat pasar tani Putrajaya tu dah tak fresh sangat macam kat KB ni

Tudung pun aneka design ada

Batik lagi but don't worry, I tak beli pun batik sebab dah beli masa sesi rasukan pagi tu

Sempat rembat 2 pasang aje from Wakaf Che Yeh

Balik makan cheesecake and buah longan dulu sebelum tidur. Macam tak percaya je I boleh beli almost 20 pasang kain dalam sehari. Tu memang kena rasuk dengan teruk tu. But to my defence, 20 tu dah mengambil kira 7 pasang untuk orang lain so ok la kan. Jatuh muflis la I nak tempah semua kain-kain tu nanti. Ni yang rasa macam nak belajar menjahit aje ni. Kalau dah pandai menjahit, duit spend buat beli kain aje lah kan. Tiap-tiap bulan buat baju baru pun tak de hal gitu kan. Hehehe.....

Kejap aje rasa bercuti kat KB ni. Esok dah nak balik.....

6 comments:

Anis Rafie said...

chait!! aku igt kena rasuk sungguh.. tipah tertipu nyah.. :p

Eny Yusof said...

Anis,

Hahaha..... Kau orang kedua terkena. Soriiiii....

dian said...

Argghhh! jealous betul i baca pasal u pg wakaf che yeh. i yg kawen ngn org kelantan ni pun xpernah dapat pg sana tau. i tau da sb ape husband i xnk bw, sb i mmg gile kain, gile tudung. Tak kira, balik raya kali ni i mesti pergi!

Eny Yusof said...

Dian,

You have to go there ok. Memang best. Kalau I pun dah terbeli macam orang hilang akal, I tak tau la kalau u yg memang minat kain ni. Mau satu pasar tu u borong. Hahaha.... But seriously, kain dia cantik2 sangat. Tak tahan menengoknya weh.

didi said...

Ni rela dirasuk!!! Gila lah kau!! Aku dalam rehab daripada membeli kain baru. Since aku pregnant, dptla kawal nafsu sbb tak tau bentuk badan aku nanti mcm mana kaaaannnnnn...

Hahahaha..

Sila buat fesyen show bila semua baju hasil rasukan sudah siap.

Haha

Eny Yusof said...

Didi,

Tu la pasni kena masuk rehab la. Bahaya ok...

Malangnya, tailor semua dah stop amik tempahan. Nampak gaya, kepamlah kain-kain tu nanti menunggu....